# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #

KENALI KAMI

BAHAGIAN USAHAWAN

Bermatlamat untuk membangunkan usahawan kraf berwibawa yang menjadi pemangkin di dalam pembangunan industri kraf negara di samping meningkatkan daya pengeluaran produk kraf yang berkualiti. Pelaksanaannya adalah melalui pembangunan kemahiran tenaga kerja, pembangunan pengeluaran produk, pembangunan prasarana pengeluaran, pembangunan promosi & pasaran serta pembangunan Produktiviti & Kualiti (P&Q).


OBJEKTIF

Membangun usahawan kraf yang berdaya maju dan berdaya tahan serta berdaya saing supaya menjadi pemangkin dalam pembangunan industri kraf.
  • Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat melalui penyertaan dalam aktiviti pengeluaran produk kraf secara komersil dengan menggunakan bahan mentah dan kemahiran warisan setempat.
  • Membangun sektor pengeluaran produk kraf tempatan supaya keluaran industri kraf dapat menjadi penyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).


Tiga aktiviti utama yang dilaksanakan bagi mencapai objektif adalah:-

a) Projek Satu Daerah Satu Industri (SDSI) - Produk Kraf
       Satu program untuk membangun sosio-ekonomi masyarakat setempat dalam satu daerah melalui 
       penglibatan aktiviti kraf yang diusahakan secara komersil dan bersepadu.

b) Pembangunan Usahawan
    i. Usahawan Mikro, Kecil & Sederhana
       Mempertingkatkan tahap usahawan dalam kategori mikro, kategori kecil dan kategori sederhana.
   ii. Skim Inkubator Pengeluaran Kraf
       Pakej kemudahan dan perkhidmatan khusus bagi membangunkan usahawan muda (start-up) dalam  
       pengeluaran kraf secara komersil di premis Kraftangan Malaysia.
  iii. Pembangunan Usahawan Kraf Warisan dan Orang Asli
       Membangun tenaga pelapis dalam penghasilan produk kraf warisan dan orang asli serta membantu 
       usahawan agar dapat menjana pendapatan melalui pengeluaran kraf secara pukal (mass production) 
       mengikut permintaan semasa.

c) Pembangunan Kemahiran 
      Menggalakkan usahawan kraf mengamalkan penggunaan teknologi dan sistem pengeluaran komersil 
      bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti produk yang ditawarkan ke dalam pasaran serta 
      membangunkan budaya kreativiti dan inovasi di kalangan usahawan kraf.


PEMBAHAGIAN UNIT

UNIT KHIDMAT INDUSTRI
Unit ini dipertanggungjawab untuk mengendalikan sebarang perkhidmatan kepada usahawan kraf yang berdaftar dengan Kraftangan Malaysia berkaitan :
  • Insentif Pengeluaran (bangunan bengkel / mesin / jentera / peralatan)
  • Insentif Perniagaan (bahan cetak / penyertaan promosi)
  • Skim Bekalan Bahan Mentah (tembaga / rotan)
Bagi pembuat kraf di Malaysia yang ingin berdaftar dengan Kraftangan Malaysia, sila muat turun BORANG PENDAFTARAN USAHAWAN. Borang yang telah lengkap, sila kembalikan ke Cawangan berhampiran anda.


UNIT KHIDMAT USAHAWAN
Unit Khidmat Usahawan adalah unit yang mengemaskini data usahawan yang berdaftar dengan Kraftangan Malaysia dengan bantuan pihak cawangan samada secara offline atau online.  Unit ini juga bertanggungjawab untuk menguruskan aktiviti Latihan Jangka Pendek (LJP), Kursus Keusahawanan dan Projek Khas yang melibatkan penyertaan usahawan kraf di seluruh Malaysia.



UNIT PEMBANGUNAN PENGELUARAN
Unit ini mengendalikan aktiviti-aktiviti berkaitan pengeluaran produk kraf berdasarkan aktiviti promosi yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia meliputi bidang kraf Tekstil, Hasil Rimba, Hasil Tanah, Logam dan Aneka Kraf.  Unit ini juga menyelaras aktiviti makmal teknik pembuatan produk dan juga pembekalan produk usahawan di bawah projek SDSI kepada SDSI Craft Shoppe.  SDSI Craft Shoppe mempunyai beberapa kedai seperti di bawah:
  • Kompleks Kraf Kuala Lumpur
  • Pasar Seni Kuala Lumpur
  • Hotel Putra Palace Perlis

UNIT PENTADBIRAN & KEWANGAN
Unit ini bertanggungjawab dalam segala hal berkaitan pentadbiran dan kewangan yang melibatkan semua anggota kerja dan aktiviti yang dilaksanakan oleh Bahagian ini.