# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #

SHOWCASE SDSI 2014, MITC Melaka


Bertempat di Melaka International Trade Center (MITC), Ayer Keroh, Melaka telah berlangsungnya satu aktiviti Showcase SDSI Peringkat Kebangsaan.  Aktiviti telah diadakan pada 4 hingga 7 Disember 2014 dengan penglibatan Kraftangan Malaysia di bawah kategori Kluster Produk Kraf.

Seramai 19 syarikat termasuk Institut Kraf Negara telah mengambil bahagian dalam aktiviti jualan sepanjang aktiviti berlangsung.  Kraftangan Malaysia juga ada mengadakan aktiviti tarikan pengunjung dengan menganjurkan Pertandingan Mewarna Batik Kanak-Kanak dengan kerjasama Bahagian Pemuliharaan Kraf.

Sepanjang aktiviti berlangsung, usahawan kraf di bawah Pavilion Kraftangan Malaysia telah menjana jualan sebanyak RM312 ribu yang meliputi bidang kraf Tekstil (RM100 ribu), Hasil Rimba (RM172 ribu), Hasil Tanah (RM8 ribu), Logam (RM26 ribu) dan Aneka (RM6 ribu).

 Semoga aktiviti sebegini dapat membantu meningkatkan jualan dan pengembangan industri kraf usahawan di Malaysia dan luar negara pada masa akan datang.




Susun atur pavilion Kraftangan Malaysia sebelum aktiviti bermula





Usahawan kraf Parang dari Kelantan, En Zaki Bin Husin





Booth usahawan kraf piuter-cenderamata, East Art Enterprise dari Selangor





Usahawan kraf batik, Halimah Batik dari Kelantan





Booth usahawan kraf kasut manik dari negeri Melaka, Sparkle Beads Enterprise





Usahawan kraf rotan, Aziah Handicraft dari negeri Pahang





Lawatan dari Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob ke Pavilion Kraftangan Malaysia





Pertandingan Mewarna Batik anjuran Kraftangan Malaysia





Penerima Anugerah Usahawan Cemerlang SDSI 2014, Kluster Produk Kraf, Mohamad Bin Awik dari Kayuma Industry, Pahang