# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #

retreat PEMBANGUNAN PRODUK & PASARAN, lumut, perak


Bertempat di Yeob Bay Hotel & Resort, Teluk Senangin, Lumut, Perak, telah diadakan satu aktiviti Retreat Pembangunan Produk & Pasaran bagi tahun 2015 yang melibatkan tiga (3) bahagian iaitu Bahagian Rekaan, Bahagian Promosi dan Bahagian Usahawan.  Aktiviti yang diadakan selama 4 hari bermula 25 September 2014 dan berakhir pada 28 September 2014 memfokuskan kepada perbincangan dalam peningkatan pengeluaran produk usahawan bagi pasaran yang akan diadakan pada tahun 2015.

Aktiviti ini dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato' Mohd Kamil Bin Mohd Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia dan setiap bahagian ketuai oleh Pengarah Bahagian, En Yusak Bin Mahamud, En Sahaimi Bin Abd Manaf dan En Zahir Bin Ahamd.  Turut serta dalam aktiviti ini adalah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Tuan Haji Shahrudin Bin Mohd Nor dan Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Perak, En Noor Effendy Bin Abdul Karim.  Selain dari perbincangan, retreat ini juga melibatkan aktiviti luar iaitu lawatan ke bengkel usahawan kraf dan riadah bagi mengeratkan perhubungan tiga bahagian yang terlibat.




Sesi perbincangan yang dipengerusikan oleh YBhg Ketua Pengarah




Diantara pegawai yang hadir untuk aktiviti retreat kali ini




Lawatan ke bengkel usahawan negeri Selangor, En Ramadas, usahawan pengeluar periuk tanah




Lawatan ke bengkel usahawan negeri Perak, En Amir Hamzah (Warisan Kraftangan Logam), usahawan pengeluar produk parang.




Rombongan bergambar kenangan di bengkel En Ramadas





Permainan bola tampar, salah satu aktiviti riadah yang diadakan




Aktiviti berkayak di teluk, berhadapan hotel




Bergambar kenangan di tepi pantai





Barbeque pada malam terakhir




Sesi karaoke juga diadakan




Bergambar beramai-ramai di hari terakhir retreat sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur




























Terima kasih semua yang terlibat dalam menjayakan retreat kali ini.
Sekian