# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #

Kursus Keusahawanan Zon Utara, Pulau Pinang





Bertempat di Hotel Copthorne Orchid Pulau Pinang, satu Kursus Keusahawanan Zon Utara telah di adakan dengan kerjasana Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang.  Kursus tersebut telah diadakan pada  8 hingga 9 September 2014 dengan penglibatan peserta seramai  40 orang usahawan dari Langkawi, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. 

Kursus selama 2 hari tersebut meliputi tajuk Pelaksanaan Amalan Industri Hijau Dalam Industri Kraf yang disampaikan oleh Jabatan Alam Sekitar, Rating Usahawan SCORE & MCORE yang disampaikan oleh SME Corp., Taklimat berkaitan Goods & Services Tax (GST) oleh Kastam DiRaja Malaysia dan Teknik Pemasaran Berkesan Untuk Pasaran Global oleh Maznah Motivational Centre.


Kursus Keusahawanan Zon Selatan, Johor Bahru




Pada 20 – 21 Ogos 2014 bertempat di Hotel M-Suite, Johor Bahru telah diadakan Kursus Keusahawanan Zon Selatan yang diselaraskan bersama antara Bahagian Usahawan Ibu Pejabat dan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor.





Seramai 31 orang usahawan negeri Johor dan 3 orang usahawan negeri Melaka dari pelbagai bidang telah menyertai kursus tersebut yang telah berlangsung selama 2 hari.

Diantara pengisian kursus adalah berkaitan Rating Usahawan (Score & Mcore) yang disampaikan oleh pihak SME Corp., Teknik Pemasaran Berkesan Untuk Pasaran Global
dan Ceramah Motivasi oleh USIM Tijarah Holdings Sdn. Bhd. dan juga Taklimat Goods & Services Tax (GST) yang telah disampaikan oleh pihak Kastam DiRaja Malaysia.

Semoga isi kandungan kursus ini dapat dimanfaatkan oleh semua usahawan yang hadir dalam memajukan industri kraf di Malaysia di samping perniagaan masing-masing dalam menembusi pasaran di Malaysia.