# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #

Cahayamata baru





Pada 23 April 2014 yang lalu, anggota kerja Bahagian ini, Puan Mariam binti Outar @ Autar telah selamat melahirkan cahayamata kedua beliau di Johor Bahru, Johor.  Cahayamata lelaki tersebut diberi nama Muhammad Naqiuddin bin Mohd Hafiz.  Semoga kelahiran cahayamata ini akan menambahkan lagi kegembiraan keluarga beliau.  Aamiinn.


WELCOME..... liza & pokNuh


Berkuat kuasa 1 April 2014, Bahagian ini telah menerima kedatangan dua (2) orang pegawai, seorang dari Bahagian Rekaan dan seorang dari Kraf Holdings.  Sempena dengan kehadiran kedua-dua pegawai tersebut, satu Mesyuarat Bahagian juga telah diadakan bagi membincangkan pembahagian tugas dan aktiviti-aktiviti terkini yang perlu dilaksanakan dalam tahun semasa.




Pegawai-pegawai sedang khusyuk mendengar penerangan oleh Pengarah Bahagian, En Zahir Ahmad.



Pegawai yang hadir juga berkongsi idea dalam memantapkan pelaksanaan aktiviti yang ditetapkan.



Dua orang pegawai baru di Bahagian ini, Pn Monaliza Binti Che Ann dan En Yunus Bin Seman.  Semoga mereka dapat melaksanakan tugas yang telah dirancang dan berkongsi idea baru dalam pelaksanaan aktiviti membangun industri kraf di negarai ini amnya.

Struktur organisasi Bahagian ini juga akan berubah seiring dengan pertambahan pegawai dan akan dikemaskini dalam waktu terdekat.

Harap maklum.

MAKAN-makan di luar

Pada 27 Mac 2014 (Khamis) yang lalu, Bahagian ini telah negadakan sesi makan tengahari di luar bersama-sama dalam jamuan perpisahan seorang anggota kerja Bahagian ini yang akan berpindah.  Jamuan telah diadakan di Restoran Penang Village, Great Eastern Mall, Ampang.






Anggota kerja yang dirai pada hari tersebut adalah En Md Azrul Bin Hussien, Pereka B41 yang berpindah ke Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor berkuat kuasa 1 April 2014. Terima kasih atas khidmat bakti beliau selama bertugas di Bahagian ini.  Semoga beliau terus berkhidmat dan menjalankan tugas di tempat baru.