# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #
Laman Utama » , , » Pengemaskinian Data Usahawan Di Bawah Program Dalam Sistem E-Industri

Pengemaskinian Data Usahawan Di Bawah Program Dalam Sistem E-Industri


Bermula 11 Ogos 2014 yang lalu, Bahagian ini dengan kerjasama semua pegawai pengendali sistem di cawangan telah berusaha untuk mengemaskini maklumat di dalam sistem E-industri dalam usaha kami untuk mendapatkan bilangan usahawan yang berdaftar dengan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.



Proses pengemaskinian ini berlangsung dalam lima (5) peringkat masa yang berlainan dan ia melibatkan giliran cawangan berlainan.  Pecahan giliran cawangan dalam pengemaskinian adalah seperti di bawah:
  • 11 - 12 Ogos 2014 melibatkan cawangan Perlis, Kedah dan Langkawi
  • 11 - 14 Ogos 2014 melibatkan cawangan Sabah, Sarawak dan Pahang
  • 13 - 15 Ogos 2014 melibatkan cawangan Pulau Pinang, Perak dan Selangor
  • 19 - 20 Ogos 2014 melibatkan cawangan Negeri Sembilan dan Melaka
  • 25 - 28 Ogos 2014 melibatkan cawangan Terengganu, Pahang dan Johor



Sasaran pengemaskinian kali ini adalah berkaitan senarai usahawan tidak aktif di dalam sistem, senarai usahawan di bawah program dari segi klasifikasi usahawan tersebut samada sepenuh masa, sambilan atau hobi.  Pengemaskinian juga adalah bagi memastikan maklumat yang terdapat di dalam sistem adalah terkini dari segi alamat, bidang kraf, jenis kraf, produk yang dikeluarkan, bilangan pekerja terkini dan status usahawan itu sendiri.

Moga proses pengemaskinian ini akan sentiasa boleh dilaksanakan dari semasa ke semasa dengan kerjasama yang diberikan oleh pegawai cawangan kerana maklumat tersebut boleh diakses oleh masyarakat umum melalui portal www.malaysia.gov.my

No comments:

Post a Comment