# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #
Laman Utama » , , » akses senarai usahawan kraf melalui my1Login

akses senarai usahawan kraf melalui my1Login


my1Login adalah satu aplikasi oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri (MAMPU) yang membolehkan pengguna mengakses perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan secara atas talian.

Produk Satu Log Masuk (my1Login) ini memudahkan rakyat mencapai perkhidmatan online Kerajaan yang disediakan oleh 30 agensi perintis.


Objektif:
  • Memudahkan para pengguna berurusan dengan pelbagai perkhidmatan online agensi-agensi Kerajaan dengan hanya menggunakan Satu Log Masuk melalui Portal Rasmi Kerajaan Malaysia di pautan www.malaysia.gov.my ;
  • Menyediakan gerbang pengesahsahihan (authentication) setempat bagi capaian perkhidmatan-perkhidmatan online agensi Kerajaan; dan
  • Mempertingkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat.




Kraftangan Malaysia adalah salah satu agensi yang terpilih sebagai perintis bagi projek ini.


Kraftangan Malaysia menyediakan perkhidmatan penyenaraian profail usahawan kraf yang berdaftar.  Dengan 3 langkah mudah, anda boleh mengakses dan mendapatkan senarai usahawan yang dikehendaki seperti di bawah:
  1. Layari www.malaysia.gov.my
  2. Masukkan akaun email dan kata laluan
  3. Anda kini boleh mengakses pelbagai perkhidmatan online Kerajaan yang ditawarkan

Sebarang permasalahan boleh berhubung dengan :
ssoadmin@mampu.gov.my
www.facebook.com/mampujpm
tweeter @mampujpm

No comments:

Post a Comment