# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #
Laman Utama » , , , » MESYUARATPENYELARASAN aktiviti pembangunan usahawan tahun 2014

MESYUARATPENYELARASAN aktiviti pembangunan usahawan tahun 2014


Bertempat di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa, Pulau Duyong, Kuala Terengganu, Terengganu telah diadakan Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Pembangunan Usahawan Tahun 2014 yang bertujuan untuk membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan pada setengah tahun kedua bagi Unit Pembangunan Usahawan Cawangan.  Aktiviti ini bermula pada 23 Mei 2014 dan berakhir pada 26 Mei 2014 yang disertai oleh seramai 40 orang anggota kerja Bahagian Usahawan dari semua cawangan kecuali cawangan Melaka.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Usahawan, En Zahir bin Ahmad dan turut serta pada malam pertama adalah Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, YBhg Dato' Mohd Kamil Bin Mohd Ali yang menyampaikan amanat supaya semua pegawai harus lebih dekat dengan usahawan dan sering melawat ke bengkel usahawan bagi mengenalpasti masalah yang dihadapai dan cuba untuk menyelesaikan masalah.

Diantara aktiviti mesyuarat ini juga diadakan satu aktiviti menaiki kapal layar tradisional yang dihasilkan oleh Pak Hassan.  Dengan aktiviti ini, pegawai Kraftangan Malaysia dapat merasai sendiri pengalaman menaiki kapal layar yang dihasilkan sendiri oleh usahawan kraf. Satu pengalaman selama 4 jam berada di atas kapal layar yang sangat bermakna bagi semua pegawai yang terlibat.




Sebahagian pegawai yang menghadiri mesyuarat.


Sebahagian lagi ahli mesyuarat yang hadir.


Aktiviti menaiki kapal layar tradisional yang diketuai oleh tuan rumah, Pengarah Cawangan Terengganu, En Mohd Latif Dirun.

Pengarah Bahagian Usahawan bersama pegawai yang turut serta dalam ekpidisi menaiki kapal layar tradisional.


Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, YBhg Dato' Mohd Kamil bin Mohd Ali.


Sebahagian pegawai yang turut serta dalam aktiviti tersebut.


Sesi lawatan ke Bilik Pameran PKKM Cawangan Terengganu sebelum perjalanan pulang.


Bergambar kenangan di tangga Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa


Semoga aktiviti mesyuarat ini dapat dilaksanakan lagi di masa akan datang bagi memantapkan lagi pelaksanaan aktiviti Kraftangan Malaysia di peringkat cawangan di samping mengeratkan lagi hubungan sesama pegawai di Ibu Pejabat dan cawangan.

No comments:

Post a Comment