# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #
Laman Utama » , , » WELCOME..... liza & pokNuh

WELCOME..... liza & pokNuh


Berkuat kuasa 1 April 2014, Bahagian ini telah menerima kedatangan dua (2) orang pegawai, seorang dari Bahagian Rekaan dan seorang dari Kraf Holdings.  Sempena dengan kehadiran kedua-dua pegawai tersebut, satu Mesyuarat Bahagian juga telah diadakan bagi membincangkan pembahagian tugas dan aktiviti-aktiviti terkini yang perlu dilaksanakan dalam tahun semasa.




Pegawai-pegawai sedang khusyuk mendengar penerangan oleh Pengarah Bahagian, En Zahir Ahmad.



Pegawai yang hadir juga berkongsi idea dalam memantapkan pelaksanaan aktiviti yang ditetapkan.



Dua orang pegawai baru di Bahagian ini, Pn Monaliza Binti Che Ann dan En Yunus Bin Seman.  Semoga mereka dapat melaksanakan tugas yang telah dirancang dan berkongsi idea baru dalam pelaksanaan aktiviti membangun industri kraf di negarai ini amnya.

Struktur organisasi Bahagian ini juga akan berubah seiring dengan pertambahan pegawai dan akan dikemaskini dalam waktu terdekat.

Harap maklum.

1 comment:

  1. selamat datang..!!.n selamat bertugas tempat baru..

    ReplyDelete