# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #

MESYUARAT penyelarasan aktiviti @ Marriott Putrajaya


Pada 15-17 November 2013 yang lalu, Bahagian ini telah mengadakan satu Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Bahagian Usahawan Bagi Tahun 2013/2014 yang melibatkan semua pegawai unit usahawan dari cawangan negeri termasuk Sabah dan Sarawak.  Mesyuarat ini telah diadakan di Hotel Marriott Putrajaya selama tiga hari, ia juga dihadiri oleh semua pegawai Bahagian Usahawan Ibu Pejabat bagi penyelarasan aktiviti bagi tahun 2013 dan tahun 2014.


Mesyuarat pada hari pertama dimulakan dengan pembentangan prestasi KPI bagi semua cawangan oleh Ibu Pejabta bagi membuat perbandingan dan penambahbaikkan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun ini berakhir Oktober 2013.




Yang Berbahagia Dato' Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Dato' Mohd Kamil bin Mohd Ali juga berbesar hati turut hadir ke mesyuarat ini bagi menyampaikan amanat dan kata semangat kepada semua pegawai yang melaksanakan tugas agar sentiasa bersedia dan bekerjasama dengan usahawan kraf serta pihak luar dalam membangun industri kraf di Malaysia.

Pada sesi tersebut, Yang Berbahagia Dato' Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia juga telah mendengar pembentangan prestasi dari empat buah cawangan negeri yang telah melepasi sasaran KPI yang telah ditetapkan iaitu cawangan Sarawak, Sabah, Pulau Pinang dan Perak.
 



 Hari kedua, mesyuarat diteruskan dengan pembentangan dari pegawai-pegawai cawangan negeri Perlis, Kedah, Selangor, Kompleks Kraf Langkawi, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.



Seterusnya, satu sesi perbincangan telah diadakan bagi membuat penambahbaikkan berkaitan aktiviti sedia ada bagi pelaksanaan yang lebih mantap dan memberi manfaat kepada pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.
 


Semoga mesyuarat seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi meningkatkan lagi kerjasama diantara pegawai Ibu Pejabat dan cawangan negeri di samping dapat berkongsi idea dalam memperbaiki pelaksanaan aktiviti yang telah ditetapkan.

mesyuarat pertama bersama PENGARAH BARU


SELAMAT DATANG diucapkan kepada Encik Zahir bin Ahmad, Pengarah Bahagian Usahawan yang baru berkuatkuasa hari ini, 1 November 2013 (Jumaat).




Hari ini juga telah diadakan satu Mesyuarat Bahagian bagi melihat pelaksanaan projek dan aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun ini.  Mesyuarat ini juga telah membincangkan berkaitan perancangan yang akan dilakukan bagi aktiviti yang belum terlaksana bagi tahun ini.

Kami mengalu-alukan kedatangan beliau dan selamat menerajui Bahagian ini bersama-sama bagi memenuhi keperluan industri kraf di Malaysia.