# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #

ORIENTASI PENGELUARAN produk batik pasaran antarabangsa


Bertempat di Philea Resort & Spa, Ayer Keroh, Melaka telah diadakan satu aktiviti Orientasi Pengeluaran Produk Batik Pasaran Antarabangsa selama tiga (3) hari iaitu pada 22 - 24 Oktober 2013.  Seramai lapan (8) orang peserta telah turut serta dalam aktiviti ini di mana ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada usahawan mengenai permintaan dan pasaran produk batik bagi pasaran antarabangsa.  Dalam aktiviti ini juga, Bahagian ini dengan kerjasama Bahagian Pasaran & Promosi berkongsi maklumat bersama usahawan kraf batik bagi memperluaskan pasaran produk mereka khususnya di Eropah, Timur Tengah dan Asia.

Selain daripada itu, beberapa aktiviti telah dijalankan bagi memenuhi keperluan usahawan seperti di bawah :
  • Taklimat Pemasaran Antarabangsa
  • 'Brainstorming' berkaitan rekaan produk
  • Aktiviti melakar / mencanting / menerap dan mewarna (2 rekaan)
  • Kemasan akhir produk
  • Pembentangan dan penilaian produk yang dihasilkan



sesi taklimat oleh Pegawai Bahagian Usahawan, En Shazwan bin Abdul Rahim dan Pegawai Bahagian Pasaran & Promosi, En Shamsul Azizi bin Samsudin



'brainstroming' oleh usahawan kraf batik



aktiviti melakar corak / mencanting / menerap dan mewarna sehingga menjadi produk siap diketuai oleh Cik Rosemawati binti Md Noh (Dekan Fakulti Rekaan Fesyen, Kolej Lagenda, Negeri Sembilan)



diantara produk siap yang telah dihasilkan oleh peserta dalam waktu yang singkat

Semoga aktiviti ini dapat memberi manfaat kepada usahawan kraf bagi mengembangkan perniagaan mereka di samping meningkatkan industri kraf di Malaysia khususnya industri kraf batik.


pelapor / gambar : fatimah

TAHNIAH rizal & pasangan


Pada 18 Oktober 2013 yang lalu, seorang anggota kerja Bahagian ini telah selamat melangsungkan pernikahan beliau bersama pasangannya di Kemaman, Terengganu selepas solat Jumaat.



SELAMAT PENGANTIN BAHARU

kami ucapkan kepada
KHAIRUL RIZAL BIN JAMERUL GHANI
&
ATIFAH BINTI HJ ABDULLAH @ IBRAHIM

semoga perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat
amin

MAJLIS PENGHARGAAN anggota kerja


PADA 11 Oktober 2013 yang lalu, telah diadakan satu majlis penghargaan bagi anggota kerja Bahagian ini yang akan berpindah dan menerima kelahiran bayi baru.  Bertempat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, majlis diadakan sebelum solat Jumaat untuk meraikan dua (2) orang anggota kerja iaitu Pengarah, En Ibrahim bin Haji Ismail yang akan bertukar ke Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan dan En Shazwan bin Abdul Rahim akan bertukar ke Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah.




Majlis penghargaan ini juga bagi meraikan anggota kerja yang baru menerima kelahiran cahaya mata baru En Shazwan bin Rahim pada 19 Julai 2013 yang lalu, bayi beliau diberi nama Muhammad Hadif Safwan bin Shazwan.




Majlis ini diadakan awal bagi memberi laluan kedua-dua anggota kerja tersebut yang akan berangkat ke Hanoi bagi mewakili Kraftangan Malaysia dalam aktiviti anjuran Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPN) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) pada hujung bulan Oktober.

Kami di Bahagian Usahawan mengucapkan jutaan terima kasih atas khidmat yang diberikan sepanjang mereka berdua berkerja di Bahagian ini terutama Pengarah yang banyak memberi tunjuk ajar dalam melaksanakan tugasan yang dipertanggungjawabkan.  Semoga mereka akan lebih berjaya dalam tugasan harian di tempat baru nanti.