# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #

mesyuarat ringkas Promosi Hiasan Dalaman


Pada 12 September 2013 yang lalu telah di adakan satu mesyuarat penyelarasan pelaksanaan aktiviti Promosi Hiasan Dalaman & Seni Taman bertempat di bilik mesyuarat tingkat M.  Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian membincangkan berkaitan perkembangan aktiviti yang akan dijalankan pada penghujung bulan ini.  Semua anggota kerja yang terlibat telah memberikan maklumbalas dan maklumat terkini yang diperolehi sehingga kini bagi jawatankuasa yang telah dipertanggungjawabkan kepada bahagian ini.




Diharapkan pelaksanaan aktiviti tersebut dapat dijalankan dengan jayanya bagi memeriahkan promosi yang dijalankan.

Orientasi Pengeluaran Kemasan Produk Sarung dan Hulu Senjata


Satu Makmal Orientasi Pengeluaran Kemasan Produk Sarung dan Hulu Senjata yang telah diadakan pada 27 hingga 30 Ogos 2013 di PKKM Cawangan PahangSeramai 35 orang pengusaha kraf produk senjata dari seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak dijemput untuk menyertai aktiviti OP ini bagi memberi pendedahan kepada pengusaha kraf yang terlibat dalam pembuatan produk kraf senjata tentang kaedah kemasan akhir produk sebelum ia di pasarkan.



Tenaga Pengajar yang dilantik adalah dari Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan iaitu Encik Md Bohari bin Saiban dan Encik Abdul Malik Osman.  Mereka merupakan Pengajar Kraf di Pusat Inkubator Simpang Pertang.




Pengisian makmal ini meliputi semua aspek termasuk kesesuaian cuaca, teknik semburan dan penggunaan bahan yang sesuai.  Selain, itu peserta juga didedahkan dengan penggunaan bahan warna stain (Rose Mahogany, Teak, Walnut) bagi tujuan mewarnakan produk. Proses kemasan ini, dijalankan menggunakan dua bahan utama iaitu AC dan NC sahaja. Bahan ini menggunakan clear 30% untuk kilatan produk.



Pengarah PKKM Cawangan Pahang iaitu Yang Hormat Dato' Haji Mohd. Zubair bin Mohd. Zain telah dijemput untuk majlis penutup dan penyampaian sijil yang diadakan pada 30 Ogos 2013.

pelapor / gambar : shazwan

Jahitan Fesyen di Mantin, Negeri Sembilan


Bermula 2 September dan berakhir 6 September 2013 yang lalu, telah diadakan Makmal Orientasi Pengeluaran Produk Jahitan Fesyen.  Makmal telah diadakan di Kolej Universiti Lagenda Mantin, Negeri Sembilan dengan kehadiran 16 orang pengusaha kraf bidang kraf jahitan.



Objektif makmal ini adalah memberi pendedahan kepada usahawan jahitan cara-cara menghasilkan pakaian yang berasaskan kehendak pasaran dan tertumpu kepada penghasilan rekaan yang komersil serta teknik-teknik jahitan pakaian yang kemas dan teratur.



Makmal yang berlangsung selama lima (5) hari ini telah mendapat khidmat dari Pensyarah yang juga Dekan Fakulti Fesyen & Tekstil Kolej Lagenda Mantin iaitu Puan Rosemawati Binti Md Noh dan dibantu oleh Anggerik Musfirah Binti Abd Jalil.




Selain di Kolej Lagenda Mantin sebagai tempat proses praktikal pengeluaran produk, makmal ini juga diadakan di Klana Resort Seremban pada hari pertama untuk sesi teori dan perbincangan pengeluaran produk.




Aktiviti makmal ini memberi fokus kepada pengeluaran produk baju kurung/ kedah, blouse, skirt dan kemasan pada leher blouse, pada poket dan pada lengan baju.




Majlis penutup makmal telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Usahawan, Encik Ibrahim bin Hj Ismail pada 6 September 2013 dengan harapan pengusaha kraf jahitan lebih fokus kepada produk yang dihasilkan dengan mengambil kira pasaran terkini bagi memperluaskan perniagaan di samping dapat meningkatkan pendapatan usahawan kraf itu sendiri.



Adalah diharapkan agar makmal ini dapat memberi manfaat kepada usahawan kraf dengan teknik-teknik terbaharu dalam penghasilan produk jahitan.




pelapor/gambar : fatimah