# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #

Lampu Hiasan daripada Tempurung


Makmal Bimbingan Teknik Lampu Hiasan Tempurung telah diadakan pada 23 hingga 28 Jun 2013 bertempat di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka.  Penekanan aktiviti ini adalah terhadap penggunaan teknik-teknik yang betul bagi menghasilkan produk yang kemas, cantik dan mengikut kehendak pasaran terkini.  Seramai 14 peserta terdiri daripada usahawan dari seluruh Malaysia telah menyertai aktiviti ini.  Sebanyak 20 rekaan baru dengan kepelbagaian saiz dan rekabentuk lampu telah dapat dihasilkan selama enam (06) hari makmal ini berlangsung.







Makmal Bimbingan Teknik Lampu Hiasan Tempurung ini diharap dapat membantu usahawan dalam menghasilkan pelbagai produk berasakan gabungan bahan material lain dengan tempurung.   



seminar sehari :: Kursus Pemantapan Pemasaran Usahawan Kraf


Pada 28 Jun 2013 yang lalu, bersempena penganjuran Promosi Kerja Kahwin 2013 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Bahagian ini telah mengambil inisiatif mengadakan seminar pendek di bawah akvititi Kursus Pematapan Pemasaran Usahawan Kraf bagi membei pendedahan kepada usahawan yang baru pertama kali menyertai aktiviti promosi anjuran Kraftangan Malaysia.




 
Seminar telah dihadiri oleh 15 orang usahawan baru dari negeri Kelantan, Sabah dan Sarawak.  Seorang pegawai dari BAHAGIAN PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN (BPU),KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI (MITI) iaitu Puan Siti Masfufa telah dijemput untuk memberi penerangan dan berkongsi ilmu dalam pemasaran produk kraf pada masa kini.



 

Pelbagai maklumat telah dikongsi dan perserta juga dapat memperoleh manfaat dari segi bagaimana cara untuk memasarkan produk melalui penyertaan aktiviti yang dianjurkan oleh MITI sendiri.



 

Di akhir seminar, beliau telah berkongsi dengan peserta berkaitan aktiviti yang dijalankan oleh MITI dan outlet pemasaran produk PKS di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.  Usahawan kraf yang berminat untuk meletakkan produk keluaran di outlet tersebut dengan menghubungi Puan Nor Azlin binti Ali di talian 03-8880 5034 atau melalui email azlin@miti.gov.my.


LJP Pembuatan Kotak Kayu di Temerloh Pahang


BERTEMPAT di Pusat Inkubator Kraf Temerloh, Pahang, telah berlangsung Latihan Jangka Pendek (LJP) Pembuatan Kotak Kayu selama enam (6) bulan bermula 16 November 2012 dan berakhir pada 15 Mei 2013 yang lalu.  Seramai 6 orang peserta telah menyertai latihan ini tetapi hanya empat orang peserta yang berjaya menamatkan latihan yang diberikan.  Tenaga pengajar bagi latihan ini adalah anggota kerja Kraftangan Malaysia yang ditempatkan di pusat inkubator tersebut di mana penekanan latihan ini adalah berkisar kepada ketepatan penghasilan kotak dan kemasan kerja akhir kotak sebagai produk untuk dipasarkan.


Produk Kotak Kayu yang telah siap di hasilkan


Produk Kotak Kayu hasil Latihan Jangka Pendek (LJP) di negeri Pahang


salam RAMADHAN





"YA ALLAH
redhalah dan terimalah segala amalan kami di bulan Ramadhan ini serta ampunilah segala dosa-dosa kami yang telah lalu.....
AMIN"