# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #

MAKMAL BIMBINGAN PEWARNAAN BATIK NAPTHOL di Melaka


Satu aktiviti Makmal Bimbingan Pewarnaan Batik Napthol telah diadakan pada 10 – 12 April 2013 bertempat di PKKM Cawangan Melaka.  Makmal yang berlangsung selama 3 hari ini menekankan tentang cara bancuhan warna serta formula bancuhan warna Napthol.

Seramai 32 pengusaha batik dari negeri Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.  Tenaga pengajar dari Institut Kraf Negara iaitu Encik Zalaini bin Kassim yang mempunyai kepakaran dalam kajian pewarnaan batik lebih 30 tahun telah dilantik untuk berkongsi ilmu dalam teknik pewarnaan Naphtol.

Sepanjang aktiviti makmal ini, pelbagai teknik seperti teknik ikat celup, blok dan berus di aplikasikan terhadap kain cotton dan kain satin bagi menghasilkan kualiti warna yang baik.  Satu sesi perbincangan diantara usahawan bidang batik dan usahawan bidang rotan berkaitan penambahbaikkan produk bagi memenuhi keperluan pasaran.



sesi menguji hasil warna menggunakan serbuk Napthol.



serbuk warna dan Napthol yang digunakan.



proses mencorak dan mewarna oleh peserta.



sesi persembahan hasil produk dan perbincangan hala tuju usahawan dalam bidang batik dan rotan.


pelapor / gambar : nizam 
 

Tahniah Atas Kelahiran

TAHNIAH diucapkan kepada anggota kerja Bahagian ini, En Mohd Fairis Bin Salleh dan isteri, Sofea Binti Osman atas kelahiran bagi mereka pada 4 April 2013 yang lalu.




Bayi lelaki yang diberi nama Mohd Afiq Hazim Bin Mohd Fairis telah dilahirkan secara normal pada jam 1.05 pagi, dengan berat 2.89 kg di Hospital Selayang, Selangor.

Semoga dengan kehadiran bayi ini, makin bertambah rezeki dan keazaman untuk bekerja semakin meningkat.

LAWATAN PENGARAH BAHAGIAN ke negeri Johor


Pada 11 - 12 April 2013 yang lalu, Pengarah Bahagian, En Ibrahim Ismail dan Pegawai Unit Orientasi Pengeluaran, En Shazwan Abdul Rahim telah melakukan lawatan ke negeri Johor yang meliputi Kampung Johor Lama, Kota Tinggi dan Kampung Sungai Selangi, Kota Tinggi, Johor.  Lawatan tersebut juga disertai oleh Pengarah Cawangan Johor, En Nor Azmi Ismail dan pegawai cawangan iaitu Pn Zuraida Abd Manap, En Fahazanie Sandy Halim dan En Mohd Rosdi Ibrahim.

Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk melihat potensi kampung tersebut dalam perusahaan kraf sebelum sebarang aktiviti pembangunan dilaksanakan.  Diakhir lawatan, beberapa aktiviti telah dicadangkan agar perusahaan mereka dapat dikembangkan ke arah yang lebih maju pada masa akan datang.

Sedikit gambar semasa aktiviti lawatan diadakan.


Kampung Sungai Selangi, Mawai, Kota Tinggi, Johor





Kampung Johor Lama, Kota Tinggi, Johor