# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #

KAUNTER E-INDUSTRI (e-usahawan)


PENGUMUMAN!!

Sempena berlangsungnya Hari Kraf Kebangsaan 2013
(HKK 2013)

Bahagian ini dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat menyediakan perkhidmatan seperti di bawah:
~ Pendaftaran usahawan ke dalam sistem Kraftangan Malaysia.
~ Menyemak dan mengemaskini maklumat usahawan dan syarikat.

~ Pendaftaran MyID usahawan kraf.
~ Mencetak Sijil Pendaftaran Usahawan Kraf.


Tuan/ Puan yang berhasrat untuk berurusan dengan pihak kami untuk tujuan di atas, boleh menemui kami di 
KAUNTER E-INDUSTRI

bertempat di:
Kompleks Kraf Kuala Lumpur (bersebelahan kaunter Urusetia)
25 - 11 Mac 2013
10.00 pagi - 5.00 petang

Kehadiran tuan/ puan amat kami alu-alukan.


Lawatan Pemantauan Latihan Jangka Pendek Binaan Acuan



Pada 5hb. Februari 2013 yang lalu, tiga orang pegawai Bahagian Usahawan telah membuat lawatan pemantauan pelaksanaan latihan jangka pendek (LJP) binaan acuan di PKKM Cawangan Perak. Untuk makluman, LJP ini telah dilaksanakan selama tiga bulan bermula dari 15 Oktober 2012 sehingga 15 Januari 2013. 

Seramai 10 peserta telah menamatkan latihan ini dimana sasaran pengeluaran produk adalah untuk dipasarkan semasa berlangsungnya Hari Kraf Kebangsaan 2013.





Latihan bermula daripada pembelajaran teknik asas pembuatan model, teknik asas penyediaan bahan mentah, teknik asas pembuatan acuan dan seterusnya pembuatan produk akhir. 






Bahan mentah Plaster of Paris atau P.O.P digunakan sebagai medium utama untuk menghasilkan model dan acuan. Bahan ini digunakan disebabkan kemampuannya meyerap air dengan baik dan mudah dibentuk. Penemuan teknik binaan acuan ini memberi sumbangan besar kepada perkembangan industri kraf seramik kerana mampu meningkatkan kuantiti pengeluaran produk berbanding dengan buatan tangan atau tradisional.







Dengan adanya latihan seumpama ini dapat memberikan pertambahan pengetahuan dan ilmu kepada peserta-peserta, seterusnya memberikan sokongan kepada pengeluaran produk seramik setempat.

Selain daripada pemantauan pelaksanaan LJP ini, pemantauan terhadap aktiviti-aktiviti lain seperti orientasi pengeluaran dan insentif pengeluaran juga dibuat. (Sila rujuk entri seterusnya).







Carta Terkini Bahagian Usahawan







Bahagian Usahawan telah membuat semakan pembahagian tugas-tugas pegawai dan anggota kerja bagi tahun 2013 ini, bagi memantapkan lagi penyelarasan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti pembangunan usahawan. Justeru, berkuatkuasa pada 01 Februari 2013, carta Bahagian Usahawan adalah seperti di atas.

Harap maklum.





Tahniah Kepada Puan Sahnom





Tanggal 25 Januari 2013 yang lalu, pegawai di Bahagian Usahawan, Puan Sahnom binti Sahidan telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat walafiat dan sempurna sifatnya . Bayi comel ini telah dilahirkan dengan berat 3.74 kg. Seluruh warga Bahagian Usahawan mengucapkan sekalung tahniah kepada beliau.

Semoga bertambah rezeki dan kegembiraan.