# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #
Laman Utama » , , , , » makmal pengukuhan USAHAWAN KRAF di Langkawi, Kedah

makmal pengukuhan USAHAWAN KRAF di Langkawi, Kedah

Pada 13 - 15 Jun 2013 yang lalu, Bahagian ini telah menganjurkan satu kursus keusahawan buat pengusaha kraf yang berpotensi untuk mengembangkan perniagaan mereka samada di peringkat domestik atau antarabangsa.  Makmal Pengukuhan Usahawan Kraf 2013 telah diadakan di The Frangipani Langkawi Resort & Spa, Langkawi Kedah telah disertai oleh seramai 49 orang pengusaha kraf dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.




Majlis perasmian telah diadakan pada 13 Jun 2013 (Khamis) oleh Yang Berbahagia Encik Mohd Kamil bin Mohd Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia.  Sebelum majlis perasmian tersebut, satu sesi percambahan fikiran telah diadakan di antara para peserta bagi mengupas isu dan masalah dalam memasarkan produk kraf di dalam dan luar negara.  Isu tersebut juga telah dibentangkan kepada Yg. Bhg Ketua Pengarah bagi mendapat penjelasan dan jalan penyelesaian bersama.


 

Selama tiga hari dua malam aktiviti tersebut, Kraftangan Malaysia telah menjemput beberapa agensi berkaitan untuk memberi taklimat dan perkongsian maklumat berkaitan pengembangan pasaran produk kraf.  Agensi yang dijemput adalah :

Prof. Dato' Dr. Muhamad bin Muda
Usim Tijarah Holdings Sdn Bhd
Negeri Sembilan
Tel : 06-7986456

Pn A'dzimah binti Ahmad Ghazali
Kementerian Pembangunan Perdagangan Luar Negara (MATRADE)
Kuala Lumpur
Tel : 03-6207 7077

En Aizul Kamil bin Ibrahim
Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI)
Kuala Lumpur
03-8000 8000

Cik Wan Hashimah binti Wan Salleh
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)
Kuala Lumpur
Tel : 03-2267 3633

Pn Aida binti Bakar
Kementerian Sumber Manusia
Putrajaya
Tel : 03-8886 5000

Pn Wan Marini binti Wan Hamzah
Jabatan Kastam DiRaja Malaysia
Putrajaya
Tel : 03-8882 2499


 


Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Yg. Bhg. Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia dengan aktiviti penyampaian sijil penyertaan peserta dan pemenang aktiviti riadah berkumpulan pada hari kedua.  Semoga dengan adanya aktiviti ini dapat membantu peserta yang terdiri dari pengusaha kraf dalam mengembangkan perniagaan mereka ke pringkat yang lebih jauh di samping meningkatkan industri kraf di mata dunia.



No comments:

Post a Comment