# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #
Laman Utama » » makan makan meraikan IBU BAPA baru

makan makan meraikan IBU BAPA baru

Bertarikh 17 Mei 2013, Jumaat yang lalu, Bahagian ini telah meraikan ibu bapa yang baru menimang cahayamata dan kesyukuran memperoleh anugerah.  Seramai 5 anggota kerja berkongsi menyediakan makanan secara collection oleh mereka yang terlibat.  Manakala pihak Bahagian menyediakan sedikit cenderamata kepada ibu bapa baru tersebut.



Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas sebagai pemberitahu tujuan majlis diadakan.


Setelah doa di baca oleh En. Mohd Fairis Mohd Salleh, jamuan makan dimulakan.
 

Ibu bapa yang dirai, mengikut pusingan jam :- Puan Sahnom Sahidan, En Mohd Fairis Mohd Salleh, En Md Azrul Hussien dan Puan Siti Fatimah Zaharah Halim.  Seorang lagi anggota kerja yang tiada dalam gambar, En Syed Mohd Daniel Sayd Dasuki sedang cuti sakit.


Menu yang tersedia, Mihun Goreng, Pulut Kuning, Rendang Ayam, Ayam Goreng, Air Nescafe dan sedikit kuih muih.


Hadiah ikhlas dari Bahagian ini untuk yang dirai.

Semoga majlis ini sedikit sebayak dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan Bahagian ini di samping anggota kerja yang dirai berbahagia bersama keluarga mereka.


No comments:

Post a Comment