# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #
Laman Utama » , , , , , » Makmal Suai Padan Fabrik Dan Corak Pada Rekaan Batik (FASA2)

Makmal Suai Padan Fabrik Dan Corak Pada Rekaan Batik (FASA2)


Pada 27 hingga 29 Disember 2012, telah diadakan Makmal Suai Padan Fabrik Dan Corak Pada Rekaan Batik (Fasa 2) di Shah's Beach Resort, Tanjung Kling, Melaka.  Makmal ini adalah kesinambungan kepada makmal terdahulu yang telah diadakan pada 18 - 21 Oktober 2012 juga bertempat di negeri Melaka.





Makmal tersebut telah disertai seramai 18 orang peserta dari negeri Perlis, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak.  Tenaga pengajar yang dilantik adalah Puan Rosemawati binti Md Noh, Dekan Fakulti Fesyen, Kolej Lagenda, Mantin, Negeri Sembilan bersama pembantu beliau Anggerik Musfirah binti Abd Jalil.





Objektif penganjuran makmal ini adalah memberi pendedahan kepada usahawan kraf batik cara-cara menghasilkan rekaan pakaian yang berasaskan kehendak pasaran dan tertumpu kepada penghasilan rekaan yang komersil.  Memberi pendedahan kepada usahawan kraf batik teknik perletakan motif pada pola serta jahitan pakaian yang kemas dan teratur.
 




Tujuan makmal ini diadakan adalah untuk mewujudkan produk-produk baru di pasaran terutamanya sempena aktiviti Promosi Hari Kraf KKebangsaan tahun 2013.


 


Pada makmal kali ini, peserta juga mengaplikasikan rekaan yang dihasilkan ke atas kain putih untuk dijadikan sebagai pakaian siap.  Proses mencantig dan mewarna diadakan pada hari kedua penganjuran makmal untuk melihat kesesuaian rekaan yang dihasilkan.


 


Pengarah Bahagian Usahawan, En Ibrahim Ismail dan juga Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka juga berkesempatan hadir untuk memberi komen dan pendapat ke atas hasil2 produk separuh siap yang dihasilkan oleh peserta makmal. 



pelapor / gambar : fatimah

No comments:

Post a Comment