# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #

SHOWCASE SDSI 2013 kluster produk kraf


Pada 29 November hingga 1 Disember 2013 yang lalu, bertempat di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka, telah berlangsung Showcase SDSI peringkat kebangsaan di mana Kraftangan Malaysia yang diwakili oleh Bahagian Usahawan menyertai aktiviti promosi ini.  Majlis perasmian telah disempunakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Y.B. Dato' Sri Mustapa Mohamed pada 30 November 2013.




Seramai 35 orang usahawan dari seluruh negara yang mewakili projek SDSI pelbagai bidang telah menyertai aktiviti ini di mana Kraftangan Malaysia adalah di bawah kluster produk kraf.  Kesemua usahawan yang menyertai aktiviti ini adalah perkali menyertai Showcase SDSI 2013 dan telah memberikan kerjasama yang bagus dalam penyediaan produk dan layanan kepada pengunjung pavilion Kraftangan Malaysia.
 



Disamping aktiviti promosi dan jualan, Kraftangan Malaysia juga terlibat dengan aktiviti Peragaan Fesyen sempena aktiviti tersebut.  Peragaan Fesyen telah diadakan pada 1 Disember 2013 (Ahad) dengan kerjasama Bahagian Rekaan Ibu Pejabat di mana bahagian tersebut juga telah menyumbang dalam penyediaan plan layout pavilion Kraftangan Malaysia.

Terima kasih di atas kerjasama semua anggota kerja yang terlibat (ibu pejabat dan cawangan) dalam menjayakan aktiviti ini dan juga usahawan yang meluangkan masa menyertai promosi dan jualan sepanjang aktiviti ini berlangsung.  Semoga pengalaman yang diperolehi dapat diguna pakai sebaiknya di samping meningkatkan industri kraf Malaysia khasnya.


MESYUARAT penyelarasan aktiviti @ Marriott Putrajaya


Pada 15-17 November 2013 yang lalu, Bahagian ini telah mengadakan satu Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Bahagian Usahawan Bagi Tahun 2013/2014 yang melibatkan semua pegawai unit usahawan dari cawangan negeri termasuk Sabah dan Sarawak.  Mesyuarat ini telah diadakan di Hotel Marriott Putrajaya selama tiga hari, ia juga dihadiri oleh semua pegawai Bahagian Usahawan Ibu Pejabat bagi penyelarasan aktiviti bagi tahun 2013 dan tahun 2014.


Mesyuarat pada hari pertama dimulakan dengan pembentangan prestasi KPI bagi semua cawangan oleh Ibu Pejabta bagi membuat perbandingan dan penambahbaikkan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun ini berakhir Oktober 2013.




Yang Berbahagia Dato' Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Dato' Mohd Kamil bin Mohd Ali juga berbesar hati turut hadir ke mesyuarat ini bagi menyampaikan amanat dan kata semangat kepada semua pegawai yang melaksanakan tugas agar sentiasa bersedia dan bekerjasama dengan usahawan kraf serta pihak luar dalam membangun industri kraf di Malaysia.

Pada sesi tersebut, Yang Berbahagia Dato' Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia juga telah mendengar pembentangan prestasi dari empat buah cawangan negeri yang telah melepasi sasaran KPI yang telah ditetapkan iaitu cawangan Sarawak, Sabah, Pulau Pinang dan Perak.
 



 Hari kedua, mesyuarat diteruskan dengan pembentangan dari pegawai-pegawai cawangan negeri Perlis, Kedah, Selangor, Kompleks Kraf Langkawi, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.



Seterusnya, satu sesi perbincangan telah diadakan bagi membuat penambahbaikkan berkaitan aktiviti sedia ada bagi pelaksanaan yang lebih mantap dan memberi manfaat kepada pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.
 


Semoga mesyuarat seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi meningkatkan lagi kerjasama diantara pegawai Ibu Pejabat dan cawangan negeri di samping dapat berkongsi idea dalam memperbaiki pelaksanaan aktiviti yang telah ditetapkan.

mesyuarat pertama bersama PENGARAH BARU


SELAMAT DATANG diucapkan kepada Encik Zahir bin Ahmad, Pengarah Bahagian Usahawan yang baru berkuatkuasa hari ini, 1 November 2013 (Jumaat).




Hari ini juga telah diadakan satu Mesyuarat Bahagian bagi melihat pelaksanaan projek dan aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun ini.  Mesyuarat ini juga telah membincangkan berkaitan perancangan yang akan dilakukan bagi aktiviti yang belum terlaksana bagi tahun ini.

Kami mengalu-alukan kedatangan beliau dan selamat menerajui Bahagian ini bersama-sama bagi memenuhi keperluan industri kraf di Malaysia.


ORIENTASI PENGELUARAN produk batik pasaran antarabangsa


Bertempat di Philea Resort & Spa, Ayer Keroh, Melaka telah diadakan satu aktiviti Orientasi Pengeluaran Produk Batik Pasaran Antarabangsa selama tiga (3) hari iaitu pada 22 - 24 Oktober 2013.  Seramai lapan (8) orang peserta telah turut serta dalam aktiviti ini di mana ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada usahawan mengenai permintaan dan pasaran produk batik bagi pasaran antarabangsa.  Dalam aktiviti ini juga, Bahagian ini dengan kerjasama Bahagian Pasaran & Promosi berkongsi maklumat bersama usahawan kraf batik bagi memperluaskan pasaran produk mereka khususnya di Eropah, Timur Tengah dan Asia.

Selain daripada itu, beberapa aktiviti telah dijalankan bagi memenuhi keperluan usahawan seperti di bawah :
  • Taklimat Pemasaran Antarabangsa
  • 'Brainstorming' berkaitan rekaan produk
  • Aktiviti melakar / mencanting / menerap dan mewarna (2 rekaan)
  • Kemasan akhir produk
  • Pembentangan dan penilaian produk yang dihasilkan



sesi taklimat oleh Pegawai Bahagian Usahawan, En Shazwan bin Abdul Rahim dan Pegawai Bahagian Pasaran & Promosi, En Shamsul Azizi bin Samsudin



'brainstroming' oleh usahawan kraf batik



aktiviti melakar corak / mencanting / menerap dan mewarna sehingga menjadi produk siap diketuai oleh Cik Rosemawati binti Md Noh (Dekan Fakulti Rekaan Fesyen, Kolej Lagenda, Negeri Sembilan)



diantara produk siap yang telah dihasilkan oleh peserta dalam waktu yang singkat

Semoga aktiviti ini dapat memberi manfaat kepada usahawan kraf bagi mengembangkan perniagaan mereka di samping meningkatkan industri kraf di Malaysia khususnya industri kraf batik.


pelapor / gambar : fatimah

TAHNIAH rizal & pasangan


Pada 18 Oktober 2013 yang lalu, seorang anggota kerja Bahagian ini telah selamat melangsungkan pernikahan beliau bersama pasangannya di Kemaman, Terengganu selepas solat Jumaat.



SELAMAT PENGANTIN BAHARU

kami ucapkan kepada
KHAIRUL RIZAL BIN JAMERUL GHANI
&
ATIFAH BINTI HJ ABDULLAH @ IBRAHIM

semoga perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat
amin

MAJLIS PENGHARGAAN anggota kerja


PADA 11 Oktober 2013 yang lalu, telah diadakan satu majlis penghargaan bagi anggota kerja Bahagian ini yang akan berpindah dan menerima kelahiran bayi baru.  Bertempat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, majlis diadakan sebelum solat Jumaat untuk meraikan dua (2) orang anggota kerja iaitu Pengarah, En Ibrahim bin Haji Ismail yang akan bertukar ke Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan dan En Shazwan bin Abdul Rahim akan bertukar ke Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah.




Majlis penghargaan ini juga bagi meraikan anggota kerja yang baru menerima kelahiran cahaya mata baru En Shazwan bin Rahim pada 19 Julai 2013 yang lalu, bayi beliau diberi nama Muhammad Hadif Safwan bin Shazwan.




Majlis ini diadakan awal bagi memberi laluan kedua-dua anggota kerja tersebut yang akan berangkat ke Hanoi bagi mewakili Kraftangan Malaysia dalam aktiviti anjuran Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPN) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) pada hujung bulan Oktober.

Kami di Bahagian Usahawan mengucapkan jutaan terima kasih atas khidmat yang diberikan sepanjang mereka berdua berkerja di Bahagian ini terutama Pengarah yang banyak memberi tunjuk ajar dalam melaksanakan tugasan yang dipertanggungjawabkan.  Semoga mereka akan lebih berjaya dalam tugasan harian di tempat baru nanti.


mesyuarat ringkas Promosi Hiasan Dalaman


Pada 12 September 2013 yang lalu telah di adakan satu mesyuarat penyelarasan pelaksanaan aktiviti Promosi Hiasan Dalaman & Seni Taman bertempat di bilik mesyuarat tingkat M.  Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian membincangkan berkaitan perkembangan aktiviti yang akan dijalankan pada penghujung bulan ini.  Semua anggota kerja yang terlibat telah memberikan maklumbalas dan maklumat terkini yang diperolehi sehingga kini bagi jawatankuasa yang telah dipertanggungjawabkan kepada bahagian ini.




Diharapkan pelaksanaan aktiviti tersebut dapat dijalankan dengan jayanya bagi memeriahkan promosi yang dijalankan.

Orientasi Pengeluaran Kemasan Produk Sarung dan Hulu Senjata


Satu Makmal Orientasi Pengeluaran Kemasan Produk Sarung dan Hulu Senjata yang telah diadakan pada 27 hingga 30 Ogos 2013 di PKKM Cawangan PahangSeramai 35 orang pengusaha kraf produk senjata dari seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak dijemput untuk menyertai aktiviti OP ini bagi memberi pendedahan kepada pengusaha kraf yang terlibat dalam pembuatan produk kraf senjata tentang kaedah kemasan akhir produk sebelum ia di pasarkan.



Tenaga Pengajar yang dilantik adalah dari Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan iaitu Encik Md Bohari bin Saiban dan Encik Abdul Malik Osman.  Mereka merupakan Pengajar Kraf di Pusat Inkubator Simpang Pertang.




Pengisian makmal ini meliputi semua aspek termasuk kesesuaian cuaca, teknik semburan dan penggunaan bahan yang sesuai.  Selain, itu peserta juga didedahkan dengan penggunaan bahan warna stain (Rose Mahogany, Teak, Walnut) bagi tujuan mewarnakan produk. Proses kemasan ini, dijalankan menggunakan dua bahan utama iaitu AC dan NC sahaja. Bahan ini menggunakan clear 30% untuk kilatan produk.



Pengarah PKKM Cawangan Pahang iaitu Yang Hormat Dato' Haji Mohd. Zubair bin Mohd. Zain telah dijemput untuk majlis penutup dan penyampaian sijil yang diadakan pada 30 Ogos 2013.

pelapor / gambar : shazwan

Jahitan Fesyen di Mantin, Negeri Sembilan


Bermula 2 September dan berakhir 6 September 2013 yang lalu, telah diadakan Makmal Orientasi Pengeluaran Produk Jahitan Fesyen.  Makmal telah diadakan di Kolej Universiti Lagenda Mantin, Negeri Sembilan dengan kehadiran 16 orang pengusaha kraf bidang kraf jahitan.



Objektif makmal ini adalah memberi pendedahan kepada usahawan jahitan cara-cara menghasilkan pakaian yang berasaskan kehendak pasaran dan tertumpu kepada penghasilan rekaan yang komersil serta teknik-teknik jahitan pakaian yang kemas dan teratur.



Makmal yang berlangsung selama lima (5) hari ini telah mendapat khidmat dari Pensyarah yang juga Dekan Fakulti Fesyen & Tekstil Kolej Lagenda Mantin iaitu Puan Rosemawati Binti Md Noh dan dibantu oleh Anggerik Musfirah Binti Abd Jalil.




Selain di Kolej Lagenda Mantin sebagai tempat proses praktikal pengeluaran produk, makmal ini juga diadakan di Klana Resort Seremban pada hari pertama untuk sesi teori dan perbincangan pengeluaran produk.




Aktiviti makmal ini memberi fokus kepada pengeluaran produk baju kurung/ kedah, blouse, skirt dan kemasan pada leher blouse, pada poket dan pada lengan baju.




Majlis penutup makmal telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Usahawan, Encik Ibrahim bin Hj Ismail pada 6 September 2013 dengan harapan pengusaha kraf jahitan lebih fokus kepada produk yang dihasilkan dengan mengambil kira pasaran terkini bagi memperluaskan perniagaan di samping dapat meningkatkan pendapatan usahawan kraf itu sendiri.



Adalah diharapkan agar makmal ini dapat memberi manfaat kepada usahawan kraf dengan teknik-teknik terbaharu dalam penghasilan produk jahitan.




pelapor/gambar : fatimah

ANYAMAN BERTULANG


Makmal Orientasi Pengeluaran Produk Anyaman Bertulang telah berlangsung selama 4 hari bermula pada 19 – 22 Ogos 2013 di PKKM Cawangan Terengganu. Makmal pengeluaran produk ini adalah hasil rekaan-rekaan baru dan tenaga pengajar kraf di jemput untuk menjadi tenaga pelatih.




Makmal ini telah disertai oleh oleh 25 orang usahawan dalam bidang anyaman dari negeri Terengganu, Melaka, Selangor dan Kelantan.




Antara produk yang dihasilkan ialah beg, kotak cenderamata dan bekas sudu serta alas pinggan/cawan. Produk2 ini akan akan diperbaiki dari masa ke masa untuk meningkatkan kualiti pembuatan produk dan rekaan.

gambar/laporan : nizam
 

PERBINCANGAN diantara pengarah dan usahawan kraf

aktiviti : PERBINCANGAN PENGARAH BAHAGIAN USAHAWAN BERSAMA USAHAWAN KRAF NEGERI SEMBILAN
tarikh : 14 OGOS 2013
tempat : KOMPLEKS KRAF NEGERI SEMBILAN




Bertempat di Kompleks Kraf Seremban, Negeri Sembilan, satu perjumpaan di antara Pengarah Bahagian Usahawan bersama usahawan kraf Negeri Sembilan telah diadakan pada 14 Ogos 2013 bertujuan membincangkan permasalahan dan meningkatkan jualai usahawna kraf Negeri Sembilan.  Ia adalah ekoran daripada lawatan yang telah dilaksanakan oleh Pegawai Ibu Pejabat dan cawangan negeri ke atas usahawan yang berpendapatan rendah pada 15 - 19 Julai yang lalu.

Seramai 26 orang usahawan telah hadir sesi perbincangan tersebut dan harapan Pengarah Bahagian agar usahawan lebih maju dalam meningkatkan nilai jualan dan pasaran dengan menyertai apa jua aktiviti terutama promosi anjuran Kraftangan Malaysia.

Sesi perbincangan tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Kraftangan Negeri, pegawai Ibu Pejabat dan pegawai cawangan.
 

laporan / gambar : daniel

sempena SYAWAL yang bakal tiba


kami di Bahagian Usahawan
ingin mengucapkan



bunga kerongsang batu delima,
baju kurung teluk belanga,
ramadhan berlalu syawal menjelma,
semoga bahagia kita semua.

sarung ketupat dianyam siap,
dianyam dengan daun kepala,
andai ada salah dan silap,
jari disusun maaf dipinta.

kuih gunting di sira gula,
biskut dahlia bertatah ceri,
habis cuti bekerja semula,
harus di capai KPI diberi.


senyum selalu dan selamat beramal

Lampu Hiasan daripada Tempurung


Makmal Bimbingan Teknik Lampu Hiasan Tempurung telah diadakan pada 23 hingga 28 Jun 2013 bertempat di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka.  Penekanan aktiviti ini adalah terhadap penggunaan teknik-teknik yang betul bagi menghasilkan produk yang kemas, cantik dan mengikut kehendak pasaran terkini.  Seramai 14 peserta terdiri daripada usahawan dari seluruh Malaysia telah menyertai aktiviti ini.  Sebanyak 20 rekaan baru dengan kepelbagaian saiz dan rekabentuk lampu telah dapat dihasilkan selama enam (06) hari makmal ini berlangsung.







Makmal Bimbingan Teknik Lampu Hiasan Tempurung ini diharap dapat membantu usahawan dalam menghasilkan pelbagai produk berasakan gabungan bahan material lain dengan tempurung.