# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #

semoga mereka BERJAYA di luar sana


SEMALAM 26 Disember 2012 telah diadakan jamuan makan sempena menghargai khidmat jasa kakitangan Bahagian ini yang akan menamatkan kontrak perkhidmatan mereka dengan Kraftangan Malaysia.




Mereka yang dirai adalah Cik Atiya Tun Nur binti Abdul Wahab, Puan Noranida binti Ismail dan Puan Nurul Safarrina binti Ismail yang akan menamatkan perkhidmatan mereka di Bahagian ini pada 31 Disember 2012.  Semoga mereka berjaya dalam bidang yang akan mereka ceburi di luar sana.  InshaAllah.


pelapor / gambar : mas

OVOP/OTOP International Seminar 2012 di Bangkok Thailand





PADA 15 hingga 16 Disember 2012 yang lepas telah berlangsungnya OVOP/OTOP International Seminar 2012 "Creative OVOP/OTOP For Sustainable Community" bertempat di Impact Exhibition And Convention Center, Bangkok, Thailand.  Seminar  telah diadakan pada 15 Disember 2012 dan pada keesokkan harinya telah diadakan lawatan ke pusat pengeluaran produk lukisan seramik porcelin di Banjarong Village, Samut, Sakhon.




Seminar tersebut telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra pada 15 Disember 2012 sebelum bermilanya sesi seminar.  Seramai lebih kurang 500 orang deligasi dari pelbagai negara menyertai seminar tersebut termasuk Kenya, Guatemala, Filipina, Indonesia, Malaysia dan Thailand.

 


Seramai dua (2) orang pegawai Kraftanga Malaysia dan empat (4) orang usahawan kraf telah mewakili cluster SDSI Produk Kraf dalam seminar tersebut.  Usahawan yang terlibat adalah Encik Mohamad bin Awik (Kayuma Industri, Pahang) usahawan bidang kraf hasil rimba - kayu, Encik Jamawid bin Soh (Arah Jaya Enterprise, Sabah) usahawan bidang kraf logam - parang, Puan Wan Zainab binti Wan Ibrahim (Nadia Batik & Songket, Kelantan) usahawan bidang kraf tekstil - batik dan Puan Wan Noordiran binti Wan Long @Wan Ibrahim (Seem Noor Batek Sdn Bhd, Terengganu) usahawan bidang kraf tekstil - batik.





pelapor/gambar : saadiah

SHOWCASE satu daerah satu industri 2012

Pada 7 hingga 9 Disember 2012 yang lalu, bertempat di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Kerah, Melaka telah diadakan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) peringkat kebangsaan yang telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed pada 8 Disember 2012.

Seramai 19 orang usahawan kraf dari seluruh negara telah menyertai aktiviti pameran dan jualan sepanjang aktiviit berlangsung.  Usahawan yang terlibat adalah di kalangan usahawan Satu Daerah Satu Industri (SDSI) bidang kraf hasil rimba, tekstil, logam, seramik dan aneka.



·         Lamaka Trading – Anyaman Mengkuang, Marang, Terengganu
·         Jendila Kraf – Anyaman Daun Sal, Dungun, Terengganu
·         Johilin Keshedan – Anyaman Ribu-Ribu, Kudat, Sabah
·         Rianah Lind – Anyaman Serdang, Kota Belud, Sabah
·         Seri Bemban Enterprise – Anyaman Bemban, Serian, Sarawak
·         Kraf Rotan Ishak–Anyaman Rotan, Melaka Tengah         
·         Inakraf Wood Technology – Ukiran Kayu, Temerloh, Pahang
·         Kayuma Industry – Ukiran Kayu, Temerloh, Pahang
·         Faizal Maksal – Ukiran Lepa, Semporna, Sabah
·         Baharim A/l Sunda – Ukiran Sumpit, Pekan, Pahang
·         Arufedin Molusin–Parang, Tambunan, Sabah
·         Salleh bin Mohd Enterprise – Tembaga, Marang, Terengganu
·         DY Silvercraft– Perak, Tumpat, Sabah
·         Bastari Jaya –Mutiara, Kota Kinabalu
·         SMSB Jaya Edar– Batik, Kota Bharu
·         Dean Batik – Batik, Kota Bharu
·         ZBY Design – Batik, Gombak, Selangor
·         Ras Batik – Batik, Jasin, Melaka
·         DahHarun Enterprise, Kuala Terengganu



Majlis perasmian pada 8 Disember 2012 oleh XXX


Lawatan XXX ke booth Kraftangan Malaysia bagi SDSI Kluster Produk Kraf



Pengunjung yang melawat ke booth Kraftangan Malaysia



Diantara aktiviti yang diadakan dan melibatkan Kraftangan Malaysia adalah Pameran Produk Kraf, Jualan Produk Kraf dan Peragaan Fesyen Usahawan Kraf yang melibatkan 4 orang usahawan yang mendapat kerjasama dari Bahagian Rekaan.  Penganjuran aktiviti ini adalah secara tahunan di mana setakat ini setiap tahun Kraftangan Malaysia sentiasa mengambil bahagian dengan membawakan produk-produk baru dan terkini untuk dipromosikan kepasa orang ramai.



pelapor / gambar : farina / fairis


Makmal Kemasan Produk Sarung Parang di SARAWAK


  Bertempat di Bengkel Inkubator Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak (PKKM Cawangan Sarawak) telah dianjurkan Makmal Kemasan Produk Sarung Parang bagi usahawan produk kraf parang.



Seramai 21 orang usahawan kraf produk parang dan alat muzik sape dari negeri Sarawak telah menyertai makmal tersebut yang berlangsung selama tiga (3) hari bermula 21 hingga 23 November 2012.  Makmal ini adalah kali ketiga diadakan dengan tujuan untuk memperkemaskan permukaan produk yang dihasilkan.  Sebelum ini, dua (2) makmal telah diadakan iaitu satu di Furniture Industry Technology Center (FITEC) dan satu di PKKM Cawangan Sabah.




Dua (2) orang tenaga pengajar telah di bawa dari Pusat Inkuator Kuala Pilah iaitu En Abdul Malik Osman dan En Badrul Sham Mustafa untuk berkongsi ilmu dalam proses kemasan produk yang dihasilkan.  Pada akhir makmal, Pengarah PKKM Cawangan Sarawak juga turut meluangkan masa untuk sama-sama melihat hasil daripada makmal yang dianjurkan dan berharap agar usahawan kraf yang terlibat dapat memperbaiki mutu dan kualiti produk masing-masing.


pelapor / gambar : wan

Makmal Pembentukan Identiti Produk BATIK di Kraf Holdings


Pada 27 - 28 November 2012 yang lalu, Bahagian ini telah menganjurkan satu aktiviti Makmal Pembentukan Identiti Produk Batik bertempat di bengkel Kraf Holdings Sdn Bhd. 



Makmal ini adalah bertujuan untuk mendidik usahawan dalam bidang kraf batik untuk mengeluarkan produk yang mempunyai identiti tersendiri tanpa mengenepikan trend terkini dalam pasaran.



Seramai 21 orang peserta telah mengikuti makmal tersebut di mana pada akhir makmal, usahawan dapat melahirkan satu idea baru bagi menaiktaraf identiti produk keluaran syarikat masing-masing.


pelapor : fatimah
gambar : nizam