# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #

meraikan mereka yang DATANG DAN PERGI


Hari ini, 26 September 2012 bersamaan hari Selasa, Bahagian Usahawan telah mengadakan sedikit jamuan keraian untuk meraikan anggota kerja yang datang, naik pangkat dan bertukar di Bahagian ini.


Majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah Bahagian, En Ibrahim bin Haji Ismail dengan kata-kata perangsang kepada anggota kerja baru dan ucapan terima kasih atas perkhidmatan yang telah diberikan.
 

Seterusnya ucapan oleh anggota kerja yang dirai iaitu:
(kiri) En. Fahazanie Sandy bin Halim - naik pangkat dan bertukar ke PKKM Cawangan Johor
(kanan) En. Khairul Rizal bin Jamerul Ghani - naik pangkat dan baru berkhidmat di Bahagian ini


Sedikit cenderamata berpindah tangan sebagai tanda ingatan.


Jamuan ringkas sempena majlis keraian.


Semoga dengan kehadiran dan pemergian anggota kerja di sini tidak sedikit pun menjejaskan kreadibiliti kerja-kerja di Bahagian ini bagi memenuhi tuntutan kerja dan moga kita saling bekerjasa dalam melakukan kerja-kerja yang diamanahkan.


makmal kemasan produk Sarung SENJATA & LARIK


Makmal Kemasan Produk Sarung Senjata dan Larik anjuran Bahagian Usahawan akan diadakan pada 2 - 4 Okt 2012 bertempat di Furniture Industry Techical Center (Fitec). Makmal ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengusaha kraf yang terlibat dalam pembuatan produk kraf senjata dan kayu larik tentang kaedah kemasan produk sebelum ia di pasarkan.

Makmal ini melibatkan 11 orang peserta termasuk seorang pengajar kraf Pusat Ikubator Kuala Pilah, N.Sembilan.


info : nizam



makmal pengeluaran produk BATIK


PADA 27 hingga 30 September 2012, selama 4 hari Bahagian Usahawan akan mengadakan Makmal Pengeluaran Produk Batik sempena Promosi Kraf Inspirasi Alam dan Hari Kraf Kebangsaan 2013 bertempat di bengkel Kraf Holdings Sdn Bhd.  Makmal ini akan melibatkan peserta seramai 18 orang termasuk 4 orang peserta dari Kraf Holdings bertujuan untuk mewujudkan produk-produk batik baru di pasaran terutamanya bagi promosi yang akan berlangsung tidak lama lagi.


info : fatimah


lawatan tapak bengkel usahawan 4 BUAH NEGERI DI UTARA


     Lawatan tapak untuk memperolehi maklumat bagi insentif bantuan Kratfangan Malaysia telah dibuat selama seminggu bermula 3 September dan berakhir pada 7 September 2012 yang meliputi negeri di Utara Semenanjung iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.


 Lawatan ke negeri Perak meliputi usahawan Hajah Azizah Mohd Yusof (Gesa Mas Sdn Bhd) dan Ahmad Chukri Mat Johor (Intan Collection).


Lawatan ke Pulau Pinang melibatkan usahawan bidang kraf batik dan aneka (kulit) iaitu Mohd Rizal Jasman (Uniq Craft Work) dan Amirul Hidayat Hashim (Jago Mutiara).


 Lawatan ke negeri Kedah meliputi usahawan Sofiyyah Radzuan (Sofea Seramik), Ain Tong A/L Din Ain, Hamid Abdullah, Mohd Naser Sharif (Alam Kayu Kraf), Noor Azliza Abdul Wahab (Melati Tanjung Enterprise), Noor Azlinda Md Noor (D Cinda Enterprise), Ahmad Kassim (Opal Aura Sdn Bhd) dan Choo Wan Joey (Yingen Batik).


 Lawatan ke negeri Perlis yang melibatkan usahawan Fauzi Mamat (Sensasi Batik Asfa), Zainiza Zaid (Zaiza Art Collection) dan Che Saad Saep (Sentuhan Budi Trading).


 Daripada lawatan yang dilakukan, pegawai lebih mengetahui apa yang diperlukan oleh usahawan kraf di samping mendapat maklumat tambahan berkaitan pengeluaran produk kraf oleh usahawan di setiap negeri di Malaysia.


pelapor : azlin
gambar : fairis


LAWATAN INSENTIF BANTUAN ke negeri 9 & melaka

Peringkat kedua bagi lawatan tapak bagi permohonan insentif bantuan bengkel & mesin jentera telah diadalah bersama Pn Saadiah Mat Dahri dan Pn Azlin Abdul Aziz pada 28 & 29 Ogos 2012 yang lalu.  Kali ini, lawatan adalah meliputi Negeri Sembilan dan negeri Melaka.


 Lawatan tapak di Negeri Sembilan yang melibatkan usahawan Khadijah Yusuff Sang (DZ Rezki Enterprise), Safiah Ismail (Safirah Enterprise), Zainab Musa (Zainab Kraf) dan Hasnah Abdullah (Rawanis Enterprise).


Lawatan tapak di negeri Melaka telah melibatkan usahawan Abu Dzar Abdullah, Zolkifli Abas (Zol Kraf Enterprise), Md Sahar Hj Jiman (Kraf Hulubalang Melaka) dan Baser Ali (Miracle Step Enterprise).


Lawatan seterusnya yang dilakukan adalah meliputi negeri-negeri di Utara Semenanjung iaitu negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. 



pelapor / gambar : azlin

LAWATAN bengkel usahawan negeri pantai timur

          Pada 30 Julai hingga 1 Ogos yang lalu, satu lawatan tapak bengkel usahawan telah diadakan oleh Unit Insentif Pengeluaran & Perniagaan bagi mengenalpasti usahawan yang telah disenarai pendek bagi permohonan bengkel dan mesin jentera.  Lawatan telah diadakan oleh Pegawai Unit iaitu Puan Azlin Aziz dan ia akan dilakukan secara berperingkat bagi negeri-negeri di seluruh malaysia.


 Lawatan bengkel usahawan di negeri Pahang yang merangkumi usahawan Zurahimi Jusoh (Imey Kraf), Muhamad Deraman (Kraf Tembusu), Azizan Sepie (Seri Seni Kraf), Norazam Shuib (Lepar Works) dan Hazila Abdul Hamid (Eco Craft & Design).


Lawatan ke bengkel usahawan di negeri Terengganu iaitu Mohd Salizan Abd Rahman (Pakatan Jurukir Tradisional), Wan Manang Wan Awang (Manang Songket Sdn Bhd), Kamaruddin A. Rahman (KMZ Songket), Zulkifli Yusuf, Mohamad Jusoh dan Vezane Batik.
 

Lawatan ke bengkel usahawan di negeri Kelantan iaitu Matahari Collection, Tinta Batik House, Zaini Arif Ghazali, Ramly Mat Isa dan Vezane Batik.


Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk mengumpul maklumat dengan lebih terperinci bagi usahawan-usahawan yang membuat permohonan insentif sebelum diputuskan untuk menerima bantuan Kraftangan Malaysia.


pelapor / gambar : azlin

penganjuran makmal pengeluaran produk rotan & buluh di KUALA PILAH



Berlangsung di Pusat Inkubator Kuala Pilah, Negeri Sembilan, satu Makmal Pengeluaran Produk Dan OP Produk Hiasan Dalaman & Kegunaan Harian telah diadakan pada 4 hingga 7 September 2012.

Pelaksanaan makmal ini telah dibahagikan kepada dua (2) kumpulan pengeluaran produk iaitu produk berasaskan rotan dan produk berasaskan buluh.


Seramai 20 orang usahawan dalam pengeluaran produk rotan telah turut serta dalam makmal tersebut dengan sasaran produk iaitu bakul berkelah dan beg kipas pelbagai saiz.

Bagi usahawan pengeluaran produk buluh, seramai 5 orang usahawan telah terlibat dan produk yang dihasilkan adalah set dulang 3 saiz.

Semasa makmal berlangsung, terdapat juga penglibatan dari usahawan kraf orang asli dari Kampung Batu Peti, Negeri Sembilan iaitu 2 orang dalam bidang rotan dan seorang dalam bidang buluh.

Makmal yang dianjurkan oleh Bahagian ini mewakilkan En. Mohd Nor Iman Hamdy di mana ia mensasarkan pengeluaran produk sempena Promosi Inspirasi Alam yang akan diadakan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur dijangka pada 31 Oktober 2012 akan datang.


pelapor / gambar : iman