# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #

LAWATAN PENGARAH ke Pulau Carey


  Pada 28 Ogos 2012, Selasa yang lalu, Pengarah Bahagian ini bersama dua (2) orang pegawai pembangunan telah membuat lawatan ke Perkampunagn Budaya Orang Asli Mah Meri di Pulau Carey, Banting Selangor.

Lawatan adalah bertujuan untuk melihat perkembangan pembangunan kompleks tersebut setelah hampir setahun projek tersebut dilancarkan oleh Y.B. Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan pada masa itu.


Kini, kompleks tersebut mempunyai empat (4) buah kedai yang beroperasi terdiri daripada dua (2) buah kedai cenderamata produk kraf orang asli, sebuah kedai makan dan sebuah kedai untuk aktiviti riadah.











Setelah itu, Pengarah bersama pegawai pembangunan melawat ke bengkel Tok Batin Nengkak di Sungai Kurau, Pulau Carey yang mengambil masa perjalanan lebih kurang 30 minit dari Perkampungan Budaya Orang Asli Mah Meri.

Perbincangan adalah berkaitan Latihan Jangka Pendek (LJP) yang baru berakhir dan penglibatan kaum orang asli dalam promosi yang akan dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia dalam waktu terdekat tahun ini.

Mereka telah meluangkan masa lebih kurang empat (4) jam di sana bagi melihat perkembangan industri kraf orang asli di samping mengenalpasti isu dan masalah dalam pengeluaran produk yang dihasilkan.


pelapor / gambar : nizam

Muhammad Danish Furqan [gambar]


Muhammad Danish Furqan, itulah nama yang diberi kepada bayi yang telah selamat dilahirkan oleh isteri En. Md Azrul bin Hussien, Pereka Bahagian Usahawan pada 7 Ogos 2012 yang lalu.  Bayi ini telah dilahirkan pada jam 11.15 malam di Hospital Batu Pahat seperti yang telah dimaklumkan pada berita terdahulu.



Tahniah sekali lagi diucapkan kepada beliau dan isteri, Fatehah binti Ibrahim, semoga Aidilfitri yang akan menjelma tidak lama lagi akan lebih ceria dan bahagia sentiasa di masa akan datang.  Ameen

Tahniah kami ucapkan


Tahniah diucapkan kepada En Md Azrul bin Hussien, Penolong Pengarah (Unit Pembangunan Usahawan) Bahagian Usahawan kerana isteri beliau telah selamat melahirkan bayi lelaki melalui kaedah pembedahan.  Bayi tersebut telah dilahirkan pada 7 Ogos 2012, jam 11.15 malam dengan berat 2.9 kg di Batu Pahat.

Semoga beliau berbahagia dengan kehadiran anggota keluarga baru di bulan Ramadhan yang mulia ini.