# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #

LAWATAN PROJEK ke negeri selangor

Hari ini 26 Julai 2012, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Usahawan, Pn Saadiah bersama Pen. Pegawai Kewangan, Pn Roshaida (Intan) dan Pegawai Unit Insentif & Bantuan, Pn Sahnom telah melakukan lawatan projek ke bengkel-bengkel yang berkaitan di sekitar Negeri Selangor.

Lawatan ini bertujuan untuk melihat perkembangan usahawan kraf secara lebih dekat dan memperolehi maklumat yang tepat berkaitan usahawan terlibat sebelum insentif bantuan diberikan kepada mereka.  lawatan ini juga bertujuan untuk berbincang berkaitan proses pengeluaran produk sempena promosi yang akan berlangsung dalam tahun ini.

Salah satu pendekatan yang perlu dilakukan oleh pegawai Kraftangan Malaysia adalah dengan 'Turun Padang' ke bengkel usahawan untuk lebih dekat dan memahami berkaitan industri kraf itu sendiri.  Selepas ini, lebih banyak lawatan akan di pergiatkan daripada sebelum ini bagi meningkatkan industri kraf di Malaysia.

LAWATAN PROJEK ke utara semenanjung


Bermula pada Isnin, 23 Julai 2012 yang lalu 3 orang pegawai Bahagian ini telah melaksanakan LAWATAN PROJEK ke Utara Semenanjung untuk perbincangan lanjut dan memantau pelaksanaan aktiviti Skim Inkubator Kraf dan aktiviti Orientasi Pengeluaran produk yang akan dilaksanakan sempena Promosi Laman & Taman dan Promosi Tekstil pada hujung tahun ini.

Pegawai yang membuat lawatan tersebut adalah En Shazwan (Ketua Unit Pembangunan Pengeluaran) En Md Azrul (Ketua Unit Pembangunan Usahawan) dan En Fahazanie Sandy (Pereka bidang seramik).  Mereka membuat lawatan meliputi negeri Perlis, Langkawi, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dan akan berakhir pada 26 Julai 2012, Khamis.  Satu lagi sesi lawatan projek akan dilaksanakan bagi ahagian Pantai Timur Semenanjung pula.  


"Walau bulan Ramadan, kerja tetap perlu dilaksanaka."

TAHNIAH Sandy

dengan tagline

"Little Things But Full Of Discovery"

Seorang anggota kerja Bahagian ini telah dinobatkan sebagai pemenang Tempat Ketiga sempena Pertandingan Teka Silangkata anjuran Bahagian Pemuliharaan Kraf pada bulan Mei 2012 yang lalu.
 

 En Fahazanie Sandy bersama hadiah yang dimenangi


Sehelai kain tenun dan t-shirt menjadi milik Sandy

TAHNIAH!!!
buat beliau

Tahniah juga buat semua pemenang lain yang terpilih
Senarai pemenang lain DI SINI

salam RAMADHAN

tajam sungguh pisau belati
mata di asah hulu di pahat
ucapan ringkas dari hati
maaf di pohon permulaan ibadat

rotan sega rotan diraut
dianyam kukuh gunakan tangan
salam ramadhan salam bertaut
moga hubungan kekal berpanjangan
 

Demonstrasi Kraf @MANIK KACA


Manik kaca merupakan salah satu daripada seni kraftangan yang terdapat di negara kita dan merupakan satu cabang kraftangan yang sangat popular di Sarawak. Ia merupakan seni tradisi masyarakat etnik Orang Ulu malah ia diwariskan dari satu generasi ke satu generasi yang lain.

Manik kaca sentiasa mendapat tempat di kalangan pembuat aksesori manik mahupun penggemar manik. Selain tidak mudah pecah, manik kaca mempunyai permukaan licin, bersinar dan elegan jika dipadankan dengan pakaian yang sesuai. 

Manik kaca ini juga terdapat dalam pelbagai warna dan bentuk seperti bulat, leper, segi empat dan bujur. Manik kaca ini boleh dijadikan pelbagai aksesori yang menarik  seperti anting-anting, gelang tangan, rantai leher dan loket.




GLASS BEADS

Glass beads is one of Malaysian new handicrafts. Its been a very popular craft in    Sarawak. Its handicrafts by  ‘Orang Ulu’ ethnic from their traditions and it passed on from one generation to another generation.

Glass beads always have a place among the beads maker and beads accessories. This beads material is unbreakable , smooth surface, shiny and elegant when paired with appropriate clothing.

Glass beads is also available in various colors. Also shapes such as circle, flat, square and oval. Glass beads can be used as various accessories such as earrings, bracelets, necklaces and pendants.


Pengusaha :
Victoria Mujan Nyagok
Victoria's  Enterprise
No 239, Kedai MARA, Bintulan Parkcity, Phase 3-Commercial Square, Jalan Tun Ahmad Zaidi,97000 Bintulu, Sarawak
No Tel : 013-5790196


pelapor : fatimah
gambar :OP / fairis

Carta Bahagian berkuatkuasa hari ini

Berkuatkuasa 17 Julai 2012 (Selasa) Bahagian Usahawan telah membuat perubahan bagi pembahagian tugas dan unit untuk memudahkan urusan kerja setelah kemasukan anggota kerja baru ke Bahagian ini.  Sehubungan dengan itu, sebarang urusan berkaitan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang, boleh lah merujuk kepada ketua unit yang berkaitan seperti di bawah:


* Sebarang perubahan kedudukan carta pada masa hadapan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Demonstrasi Kraf @CUCUK SANGGUL PERAK


Pada suatu ketika dahulu cucuk sanggul menjadi salah satu daripada perhiasan diri terutama bagi masyarakat Melayu, Portugis, India dan Nyonya peranakan untuk mendandan rambut mereka. Peranan utama cucuk sanggul yang sebenar ialah untuk menyemat dan menahan sanggul supaya tidak terurai. 

Rekaan cucuk sanggul yang bermotifkan bintang dan bulan sering dipakai oleh kaum wanita Melayu. Untuk kegunaan setiap hari hanya satu atau dua sahaja cucuk sanggul yang akan dipakai manakala semasa perayaan ianya dipakai dalam set tiga, lima atau tujuh. Pakaian rasmi perkahwinan pengantin perempuan termasuk cucuk sanggul tradisional seperti mahkota yang terdiri daripada beberapa cucuk sanggul dipakai untuk menggemetarkan pengantin perempuan ketika bergerak.



SILVER HAIRPINS
At one time hairpin one of special jewelry for the Malay, Portuguese, Indian and Nyonya Peranakan women and ladies to style their hair. It used to secure and to decorate the hair.

Those hairpins decorated with a star and crescent moon were worn by Malay women. For everyday wear, only one or two hairpins would be used, but on festive occasions pins were worn in graduated sets of three, five or seven. A bride’s formal wedding attire included an elaborate headdress comprising a number of hairpins, the crown of which were designed to quiver as the bride moved.


Pengusaha :
Tengku Yahya Tengku Chik
 212, Gelung Perahu, Kg Kepulan,16040 Pasir Mas, Kelantan
No. Tel : 019-9277918


pelapor : fatimah
gambar : OP / fairis

Demonstrasi Kraf @DULANG PAHAR TEMBAGA


Tembaga merupakan logam terawal digunakan oleh manusia. Di Malaysia penggunaan tembaga dipercayai bermula sejak zaman pra-sejarah. Menurut sejarah, penggunaan tembaga dalam proses pembuatan barangan seni telah dibawa masuk oleh Masyarakat Funan apabila berlaku kekacuan di negara tersebut.

Tembaga merupakan barangan harian yang sering digunakan suatu ketika dahulu. Walaupun barang tembaga kebanyakannya kini menjadi hiasan, namun penggunaannya masih ada seperti pahar dan tepak sireh yang digunakan dalam adat perkahwinan Melayu. Seni kraftangan tembaga masih giat dijalankan terutama di Terengganu. Teknik pembuatan masih dikekalkan walaupun penggunaan beberapa peralatan baru diperkenalkan.


COPPER TRAY

Brass is the earliest metal used by man. In Malaysia brass has been used as early as the pre-historic age. The technique of producing brass-ware originated from Funan during the reign of Dong-Son. The migration of the Funan to the Malay Peninsula started when there was political turmoil in their country.

Brass-ware was once commonly used in daily life. Although today most brass-ware items has become decorative items, some are still used on special occasions such as the use of stem boxes and stem plates during Malay wedding ceremony. The art of brass-making is still being practiced in Terengganu. The technique used remains relatively unchanged although some new implements are used.
Pengusaha :
Ahmad Amin bin Mamat
Tembaga Terengganu
1050-D, Kg Ladang Sekolah,  20000 Terengganu
No. Tel : 019-9417746
pelapor : fatimah
gambar : OP / fairis

Demonstrasi Kraf @KASUT SULAM MANIK


Kasut bermanik adalah hasil kraftangan peranakan Baba Nyonya Melaka dan dikenali sebagai ‘kasut manik muka’ sejak zaman turun temurun. Ianya dihiasi dengan manik-manik pelbagai warna dan merupakan kasut tradisi Baba Nyonya yang kerap dipakai untuk sebarang perayaan diadakan.

Cara membuatnya ialah pemidang yang berukuran panjang 1 1/2 kaki dan lebar juga bersaiz sama akan dilukis corak yang dikehendaki dan manik-manik halus disusun dengan menggunakan jarum dan benang. Jahitan ini memakan masa antara tiga hingga empat bulan mengikut gred manik yang digunakan.

Seterusnya, jahitan yang sudah selesai akan digunting kelilingnya bagi mendapat bentuk pada muka atau kepala kasut. Setelah selesai kerja tersebut, barulah ia dicantumkan pada tapak kasut yang biasanya diperbuat daripada kulit jenis Fomika Soo dan tumit tinggi plastik.



BEADS SANDALS

Beaded  sandals are crafts by Baba Nyonya Peranakan Malacca and  beads sandals known as the face sandals long time before. It has been decorated with colorful beads is a Baba Nyonya traditional sandals are often worn for any celebration is held.

This sandals made with frame length measuring 1 1/2 feet and width is the same size as desired pattern  drawn and small beads arranged with a needle and thread. This stitch takes between three to four months depending on the grade of beads used.

Furthermore, the stitching  will be cut around to get the design that are suitable for head of the sandals. After the cutting work has done, then it is listed on the sandals soles are usually made of leather types from fomica soo and plastic high heels.


Pengusaha :
Mrs. Tan Siew Hiok 
Old Town Clog Shoes & Enterprise
111, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
No. Tel : 016-6761926




pelapor : fatimah
gambar : masz

Demonstrasi Kraf @TEKAT GUBAH


Seni tekatan termasuk dalam jenis tekstil yang dihasilkan dengan cara menyulam benang emas ke atas kain dasar jenis baldu. Tekatan juga disebut sebagai suji timbul iaitu sulaman timbul atau tekat bersuji, tetapi suji sering dikaitkan dengan sulaman benang sutera. Ragam hiasnya semua dibentuk sama iaitu dalam keadaan yang timbul dari permukaan dasar kain kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempulur. 

Di Perak, seni tekat ini pada asalnya dimonopoli oleh golongan istana. Raja Permaisuri Perak pada akhir abad ke-19 merupakan pereka bentuk dan tukang yang banyak menghasilkan rekabentuk tekat. Rupabentuk bahan kelengkapan yang dihiasi dengan sulaman tekat, pada umumnya dibentuk berdasarkan fungsi kegunaan umum seperti tudung saji, tepak sirih, kusyen dan sebagainya.



COUCHED EMBROIDERY

Embroidery is a form of needlework using gold threads onto the basic velvet. This embroidery is also known as raised spine embroidery but is often related to silk thread embroidery. Whether it is embroidered, raised or using appliques, it is all the same from the cloth’s surface because it is filled with pith.

In Perak, raised relief embroidery was monopolized by the royal family. The Sultana of Perak was a great designer and craftsman who created many designs at the end of the 19th century.These embroidery are found on food covers, betel nut cases, cushions and others. 


Pengusaha :
Azizah binti Adam
Azydar Enterprise
No 5 7A, Kg Padang Changkat, 33000 Kuala Kangsar, Perak
No. Tel : 017-5128720


pelapor : fatimah
gambar : masz
 

Demonstrasi Kraf @BARANG KEMAS WANITA PERAK


Barang kemas perak adalah perhiasan yang digunakan untuk merias atau mempercantik diri terutamanya kaum wanita dan diperbuat menggunakan bahan Perak. Barang kemas ini dicipta untuk menghiasi hampir setiap bahagian badan dari hujung rambut ke hujung kaki. Barang-barang kemas boleh dihasilkan dengan gabungan pelbagai bahan seperti batu permata, logam berharga, manik dan kerang. 



Kebiasaannya barang kemas diperbuat daripada emas ataupun perak dan terdiri dari pelbagai bentuk seperti bulat, bujur, segi empat dan hati. Antara barang kemas yang dihasilkan terdiri dari cincin, kalung, gelang, loket dan anting-anting. Setiap barang kemas yang dihasilkan mempunyai kaitan dengan budaya, dan simbol status sesebuah masyarakat.



WOMEN SILVER ACCESSORIES 

Silver accessories is used to set or adorn themselves in particular women and is made using silver. This jewellery is designed to adorn nearly every part of the body from hair to toe. Goods - jewellery can be produced with a combination of various materials such as precious stones, precious metals, beads and shells.

Usually jewellery is made of gold or silver and is made up of various shapes like round, oval, square and heart. Among the jewellery that is produced consists of rings, necklaces, bracelets, pendants and earrings. Each produced jewellery has to do with culture, and status symbols of a society.



Pengusaha :
Nasar bin Che Musa (Ayah Su)
No 323, Kg Pasir Pekan Hilir, 16250 Wakaf Bahru, Kelantan
No. Tel : 019-9443739



pelapor : fatimah
gambar : masz

PERTUKARAN datang dan pergi


Berkuatkuasa pada bulan Jun dan awal Julai yang lepas, Bahagian ini telah menerima beberapa pertukaran pegawai samada diperingkat atasan mahupun di peringkat pertengahan.  Diantara pertukaran yang berlaku adalah seperti di bawah :


Pengurangan Pegawai
Nama
Jawatan
Penempatan Baharu
En Mohd Khairul Azman Bin Che Kob
Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi E27
Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu


Pertambahan pegawai
Nama
Jawatan
Gelaran Jawatan / Penempatan Di Bahagian Usahawan
Pn Saadiah Binti Mat Dahri
Pegawai Ehwal Ekonomi E44
Ketua Penolong Pengarah
En Md Azrul Bin Hussien
Pereka B41
Ketua Unit MKS, Inkubator, Warisan
Pn Mariam Binti Outar @Autar
Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi E27
Unit SDSI


Bahagian Usahawan juga dengan berbesar hati merelakan Pengarah, En IBRAHIM BIN HAJI ISMAIL untuk dipinjamkan ke Kraf Holdings Sdn Bhd selama tiga (3) bulan berkuatkuasa pada 1 Julai hingga 30 September 2012 yang akan datang sebagai Pengarah Urusan di sana.

Semoga pemergian dan kedatangan pegawai lama dan baru ke Bahagian ini akan meningkatkan lagi mutu kerja yang sediada baik di sini disamping kita dapat melaksanakan tugas dengan suasana yang aman harmoni bagi mencapai KPI dan PKT2012 yang dirancang.


*maklumat adalah benar semasa penulisan di buat. sebarang perubahan akan dimaklumkan.

Selamat Pengantin Baru



..Puan Siti Fatimah Zaharah dan pasangannya...



...Encik Mohd. Fairis dan pasangannya..


Rasanya tidak terlewat untuk Bahagian Usahawan (BU) mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada dua orang anggota kerja BU iaitu Puan Siti Fatimah Zaharah binti Halim dan Encik Mohd. Fairis bin Salleh yang  melangsungkan perkahwinan mereka pada awal bulan Jun 2012 yang lalu. Semoga perkahwinan ini dirahmati Allah SWT dan kekal hingga ke akhir hayat.