# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #

Demonstrasi Kraf @TEROMPAH KAYU


Terompah kayu ialah sejenis kasut yang diukir khas dan digunakan sebagai lapik atau alas kaki. Ianya juga dikenali sebagai selipar atau capal kayu. Diperbuat daripada kayu ringan serta bahan polister, getah atau plastik dari pelbagai warna. Terompah dipercayai telah digunakan dan wujud lebih dari 700 tahun dahulu. Pemakaian terompah menjadi sebahagian tradisi dan budaya di negara Belanda. Seni kraftangan terompah Belanda telah diperkenalkan kepada masyarakat Baba Nyonya di Melaka.

Reka bentuknya mudah dan praktikal, sesuai dipakai oleh semua golongan. Terompah perempuan berlekuk ditengahnya sementara terompah lelaki sama memanjang. Terompah kayu kini semakin digemari  oleh masyarakat tempatan dan pelancong luar dengan tambah nilai lukisan motif  dan ukiran sebagai hiasan.


WOODEN CLOGS

Wooden clogs is a specially crafted shoes and used as a liner or floor mats. It also is known wooden slippers or sandals. Made from lightweight wood and polyester materials, rubber or plastic in various colors. Clogs believed to have been used more than 700 years ago. Wearing sandals to be part of tradition and culture in the Netherlands. Dutch clogs handicrafts have been introduced to the Baba Nyonya in Malacca.
           
The design is simple and practical, suitable to be worn by all ages. Female clogs notched at the middle while the man clogs same extends. Wooden clogs are increasingly favored by both locals and foreign tourists with value-added and carved motifs.
Pengusaha :
Mr. Oo Ben Meng
Old Town Clog Shoes & Enterprise
111, Jalan Hang Jebat,
75200 Melaka. 
No. Tel : 016-6761926

pelapor : fatimah
gambar : nizam


Demonstrasi Kraf @PELITA MINYAK (India)


Seramik merupakan salah satu daripada hasil kraftangan tradisi sejak dari zaman purbakala. Ia diperbuat daripada tanah liat dan antara barang-barang yang diperbuat dari seramik ialah cawan, mangkuk, pinggan, pasu dan pelbagai bentuk kegunaan lagi. Perbezaan antara produk tembikar atau seramik bergantung kepada rekacorak hiasan atau kemasannya. Perbezaan ini wujud kerana pengaruh adat dan cara hidup masyarakat setempat, serta daya cipta pengusahanya. Hal ini juga memberi gambaran bahawa barangan seramik tradisional mengutamakan ciri fungsi kegunaan selain dari ciri perhiasan.

Masyarakat Hindu menyalakan pelita sebagai tanda simbolik yang menyatakan kebaikan akan mengatasi kejahatan. Biasanya pelita dinyalakan di hadapan rumah untuk menyambut Dewi Lakshmi (Dewi Kekayaan) masuk ke rumah pada malam Deepavali dan semasa upacara perkahwinan. Kebanyakkan pelita tersebut diperbuat daripada seramik dan digunakan secara meluas. 

SMALL CERAMIC OIL LAMPS
 Ceramics is one of the crafts tradition since ancient times. It is made from clay and between the goods is made ​​of ceramic cups, bowls, plates, vases and various other uses. The difference between pottery or ceramic products depends on the design decoration or packaging. These differences exist because of the influence of customs and way of life of the local community, and the inventiveness of the trade. It also gives the impression that traditional ceramic products prioritize features characteristic function other than decorative use.
 Hindu society lighted a small ceramics oil lamps as a symbolic gesture of good will overcome evil states. Usually the lamp is lit in front of the house to welcome Goddess Lakshmi (Goddess of Wealth) came to the house on the night of Deepavali and the wedding ceremony. Most of these small ceramics oil lamps are made of ceramic and is widely used.

Pengusaha :
Er. V. N Ramadas a/l Vengdasalam
Lot 2269, Jalan Keretapi Lama,
Asam Jawa Bukit Rotan,
45700 Kuala Selangor, Selangor
012-3586304


pelapor : fatimah
gambar :nizam

SESI PERBINCANGAN unit pengeluaran produk

Kuala Lumpur, 28 Jun 2012 - Hari ini, Unit Pengeluaran Produk, Bahagian Usahawan, Kraftangan Malaysia telah mengadakan perbicangan bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti makmal, bimbingan teknikal dan orientasi pengeluaran bagi setengah tahun kedua.


Perbicangan ini diketuai oleh Ketua Unit iaitu En. Shazwan Abdul Rahim bersama pegawai-pegawai terlibat bagi pelaksanaan aktiviti di bawah bidang Tekstil, Hasil Rimba, Serami dan Logam,










Diantara aktiviti yang dirancang adalah memberi fokus kepada pengeluaran produk sempena promosi yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia dan ia juga mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh Bahagian Rekaan dengan menggunakan tema 'Pop Art' bagi tahun 2012.
Pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang dirancang juga akan melibatkan PKKM di cawangan negeri di seluruh Malaysia. Sesi perbincangan mengambil masa lebih kurang satu (1) jam telah menyenaraikan sebanyak 14 aktiviti untuk dilaksanakan sepanjang setengah tahun kedua tahun ini.


Pelapor / Gambar : masz