# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #

NOTA CERAMAH @3H2M Makmal Pengukuhan Usahawan Kraf #3


sesi ketiga sempena Makmal Pengukuhan Usahawan Kraf Bagi Pasaran Antarabangsa adalah taklimat oleh Tn Hj Aliman bin Ali dari Bahagian Special Programme Financing Priority Banking, SME Bank, Kuala Lumpur.


diantara isi kandungan taklimat beliau adalah bentuk-bentuk kemudahan yang disediakan oleh SME Bank yang disalurkan kepada usahawan di seluruh negara.  terdapat juga dana khas untuk usahawan kraf di Malaysia di bawah Program Usahawan Kraf yang mempunyai dana sebanyak RM5.0 juta.

NOTA CERAMAH @3H2M Makmal Pengukuhan Usahawan Kraf #2

penceramah untuk sesi kedua sempena Makmal Pengukuhan Usahawan Kraf Bagi Pasaran Antarabangsa pada 19 Mei 2012 yang lalu adalah Puan Anuja Balachandran, beliau adalah Juruperunding dari Bahagian WTO/TBT Enquiry Point & Publication, Standards Management, SIRIM Berhad



di antara isi kandungan teklimat beliau pada hari tersebut adalah bagaimana usahawan kraf boleh berurusan dengan pihak SIRIM Berhad untuk mendapatkan perkhidmatan semakan piawaian produk-produk yang dikeluarkan oleh usahawan kraf sebelum dipasarkan di peringkat antarabangsa.


NOTA CERAMAH @3H2M Makmal Pengukuhan Usahawan Kraf #1

penceramah pertama yang memberi taklimat semasa Makmal Pengukuhan Usahawan Kraf Bagi Pasaran Antarabangsa pada 19 Mei 2012 yang lalu adalah Puan Lin Azura Binti Yahya dari Bahagian Dasar Dan Penyelarasan Rundingan (FTA), MITI







diantara isi kandungan taklimat beliau adalah apa yang dikatakan dengan FTA (Free Trade Agreement), apakah faedah yang boleh diperolehi daripada perjanjian tersebut dengan negara2 luar kepada usahawan kraf, apakah syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh usahawan kraf dalam proses untuk mengeksport produk keluar negara.


KARNIVAL BELIA BERBUDAYA sempena himpunan jutaan belia putrajaya 2012

Sempena program Himpunan Jutaan Belia, Putrajaya Mei 2012 pada 22 hingga 28 Mei 2012 yang lepas, Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan (KPKK) telah menganjurkan Karnival Belia Berbudaya sepanjang tarikh tersebut.  Majlis perasmian karnival telah diadakan pada 26 Mei 2012 (Sabtu) dan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib bin Razak pada jam 3.30 petang.



Bersempena dengan perasmian tersebut, Kraftangan Malaysia dengan kerjasama pihak cawangan negeri Selangor dan Negeri Sembilan telah bersama-sama memeriahkan majlis tersebut.  Dengan penyertaan rombongan seramai 80 orang dari negeri Selangor dan 80 orang dari Negeri Sembilan, Kraftangan Malaysia telah menunjukkan sokongan kepada karnival yang dianjurkan oleh pihak KPKK.  Rombongan dari kedua-dua negeri masing-masing telah diketuai oleh En. Rosman bin Manan dari cawangan Selangor dan En. Mohd Shukri bin Mustafa dan En. Ab Halim bin Ab Wahab dari cawangan Negeri Sembilan dan wakil dari Bahagian Usahawan adalah En. Fahazanie Sandy bin Halim.


Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang karnival berlangsung seperti jualan, pertunjukan fesyen, persembahan artis dan demonstrasi kraf.  Bahagian ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak cawangan yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik bagi menjayakan program ini.


Pelapor : fsandy
Gambar : fsandy

GAMBAR @3H2M Makmal Pengukuhan Usahawan #2

maklumat bergambar

18 - 20 Mei 2012
Awana Genting Highlands
@18 Mei 2012 (Jumaat, 5.00 ptg - 10.00 mlm)

 aktiviti telematch di adakan di kawasan indoor kerana cuaca luar tidak mengizinkan


tarian chicken dance sebagai aktiviti pemanas badan dan sebanyak 5 game dipertandingkan


 kumpulan cantuman usahawan kraf dan anggota kerja yang sangat sporting tidak kira umur yang baru atau umur yang dah lama


 sesi pembentangan isi masalah dan cadangan penyelesaian oleh setiap kumpulan bidang kraf


sesi rumusan perbincangan oleh Pengarah Bahagian Usahawan En Ibrahim Ismail, Pengarah Bahagian Teknikal En Kamaruzaman Idris dan Pengarah Bahagian Rekaan En Yusak Mahamud.



GAMBAR @3H2M Makmal Pengukuhan Usahawan #1

maklumat bergambar

18 - 20 Mei 2012
Awana Genting Highlands
@18 Mei 2012 (Jumaat, 11.00 pg - 5.00 petang)


 sesi pendaftaran peserta dan taklimat program pada jam 11.00 pagi di Bilik Kenari, Awana Genting Highlands.  sesi taklimat disampaikan oleh En. Shazwan selaku Ketua Urus Setia program.


acara perasmian oleh Yang Berbahagia En Mohd Kamil Mohd Ali pada jam 2.30 petang di Bilik Tanau.  pengacara majlis adalah Pn Azlin Abd Aziz dan bacaan doa oleh En. Fahazanie Sandy Halim

 sesi perbincangan kumpulan @Kumpulan Kraf Tekstil


  sesi perbincangan kumpulan @Kumpulan Kraf Hasil Rimba


  sesi perbincangan kumpulan @Kumpulan Kraf Seramik/Aneka


 sesi perbincangan kumpulan @Kumpulan Kraf Logam


para urus setia yang berwajah ceria selepas sesi pendaftaran selesai



Pelapor : masz
Gambar : faizullah (IT)

MAKMAL TEKNIK PATERI produk perak di kelantan

Bertempat di PKKM Cawangan Kelantan, pada 14 hingga 15 Mei yang lalu, Unit Pembangunan Pengeluaran, Bahagian Usahawan Kraftangan Malaysia telah menganjurkan Makmal Teknik Pateri Produk Perak dengan penyertaan seramai 8 orang usahawan produk barang kemas perak di negeri Kelantan.

Penganjuran makmal ini adalah ekoran daripada mendapat permintaan daripada usahawan sendiri yang ingin mempelajari teknik pateri / cantuman yang lebih efektif ke atas produk barang kemas perak yang dikeluarkan.  Makmal ini telah mendapat perkongsian ilmu daripada pakar pembuatan produk perak / emas dari Bangi, Selangor iaitu En Tuan Azmi Tuan Ismail yang juga merupakan anak jati Kampung Morak, Kelantan yang terkenal dengan pengeluaran produk perak di negara ini.


 Aktiviti dimulakan dengan setiap usahawan membuat lakaran rekaan bagi produk yang akan dihasilkan.


 Kerja-kerja pateri oleh usahawan dilakukan dengan tunjuk ajar oleh tenaga pengajar.


 Pengarah Cawangan, En Razis Mohd Said turut turun padang melihat aktiviti yang sedang berlangsung.


Di antara produk separuh siap menggunakan teknik pateri baru yang berjaya disiapkan dalam masa 2 hari aktiviti diadakan.


Penganjuran makmal ini telah membuka mata para usahawan di mana penggunaan bahan baru yang diperkenalkan lebih bersih dan mudah untuk dikendalikan.  Ia juga menghasilkan produk akhir yang lebih kemas dan berkualiti berbanding produk yang keluarkan terdahulu oleh usahawan terlibat.

Semoga dengan penganjuran seperti ini dapat meningkatkan lagi kualiti produk yang dihasilkan oleh usahawan kraf perak di negara ini.



Pelapor : masz

MAKMAL PENGUKUHAN USAHAWAN KRAF bagi pasaran antarabangsa


Pada 18 hingga 20 Mei 2012 yang lalu, Bahagian Usahawan Kraftangan Malaysia telah menganjurkan satu aktiviti yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan usahawan kraf mengenai perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang wujud.  Aktiviti ini dinamakan "Makmal Pengukuhan Usahawan Kraf Bagi Pasaran Antarabangsa".  Seramai 41 orang usahawan dari pelbagai bidang kraf di seluruh negara dan 26 orang anggota kerja Kraftangan Malaysia Ibu Pejabat dan cawangan telah menyertai bengkel selama tiga (3) hari ini bertempat di Awana Genting Highlands Golf & Resort, Pahang.

Penceramah jemputan yang memberi taklimat adalah :

PUAN LIN AZURA BINTI YAHYA
Bahagian Dasar Dan Penyelarasan Rundingan (FTA)
Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI)
Tingkat 4, Blok 10
Kompleks Pejabat Kerajaan Jalan Duta
50622 Kuala Lumpur
Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA)
PUAN ANUJA BALACHANDRAN
WTO/TBT Enquiry Point & Publication, Standard Management
SIRIM Berhad
No. 1, Persiaran Dato’ Menteri
Seksyen 2, Peti Surat 7035
40700 Shah Alam, Selangor
Piawaian Produk Ke Pasaran Antarabangsa
TUAN HAJI ALIMAN BIN ALI
Special Programme Financing, Priority Banking
Level 20
Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Berhad (SME Bank)
Menara SME Bank
Jalan Sultan Ismail
P.O Box 12352
50774 Kuala Lumpur
Insentif Bantuan Perniagaan
PROFESOR DATO’ DR. SEIKH OMAR BIN ABDUL RAHMAN
SOAR Consultings Sdn Bhd
1124, Jalan 18/47
Taman Sri Serdang
43300 Seri Kembangan, Selangor
Anjakan Paradigma Ke Pasaran Global


Pelaksanaan aktiviti ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh barisan Urus Setia iaitu :

  • En. Ibrahim Ismail - Pengarah Bahagian
  • En. Shazwan Abdul Rahim - Ketua Urus Setia
  • Pn. Farina Darus - Urus Setia Hadiah & Cenderamata
  • Pn. Roshaida Harun - Urus Setia Penginapan
  • Pn. Masnainiza Muhamad - Urus Setia Penyertaan & Pendaftaran
  • En. Mohd Nizam Abu - Urus Setia Logistik & Pengangkutan

Penganjuran aktiviti ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada semua peserta dan pengisian aktiviti yang dilaksanakan telah meningkatkan pengetahuan secara lengkap dan terus daripada syarikat dan kementerian yang bertanggungjawab dalam pengurusan persediaan pemasaran produk ke peringkat antarabangsa.

Pelbagai masalah dapat dikupas dan dikongsi bersama diantara para peserta bengkel dengan dibantu oleh Pengarah Bahagian yang dijemput untuk sama-sama membincangkan cadangan penyelesaian yang dibangkitkan.  Pengarah Bahagian yang dijemput adalah En. Yusak Mahamud, Pengarah Bahagian Rekaan, En. Kamaruzaman Idris, Pengarah Bahagian Teknikal dan Pn. Faezah Abd Aziz, Pengarah Bahagian Pasaran & Promosi, walau bagaimanapon, Pn Faezah Abd Aziz tidak dapat menghadirkan diri atas urusan pejabat yang tidak dapat dielakkan.

Bahagian Usahawan dengan ini mengucapkan TAHNIAH dan TERIMA KASIH atas kerjasama semua peserta dan uru setia yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini.

Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;,
Andai silap sepanjang acara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Dari Rokan ke Indragiri,
Membawa tinta ke Kuala Linggi,
Kita berpisah di hari ini,
Lain aktiviti bersua lagi.
 

Pelapor : masz
u