# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #

Koleksi Gambar HKK2012 #3

Kedai Kraf SDSI telah pon dibuka bersempena dengan sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2012 yang lalu.  Kedai ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari pengunjung sama ada yang membuat lawatan secara berkumpulan atau yang datang sendiri ke kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Pembukaan kedai ini telah mendapat kerjasama dari Bahagian Rekaan dalam susun atur dan dari Bahagian Pasaran dan Promosi dalam proses urusniaga.  Pelbagai produk boleh didapati di sini seperti kotak cenderamata kayu berukir, cermin muka, tikar mengkuang, bakul dobi, bakul berkelah, bakul majalah, beg laptop, pasu hiasan, lampu meja, tudung saji mengkuang, topeng ukiran kayu, barangan tekatan, kerongsang pewter, set barang kemas, parang, sumpit orang asli, wau hiasan dan kotak barang hantaran.



 Pandangan keseluruhan kedai.

 
 Susun atur ruang yang memberi keselesaaan kepada pengunjung semasa membeli belah.


Diantara koleksi produk yang dijual di Kedai Kraf SDSI.


Semoga pengoperasian kedai ini mendapat sokongan dari pelbagai pihak dan dapat mengembangkan lagi industri kraf keluaran usahawan Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di negara ini.


Pelapor : masz
Gambar : azman/faris

Koleksi Gambar HKK2012 #2

Selain daripada aktiviti Demonstrasi Pembuatan Produk Kraf, Bahagian ini dipertanggungjawab untuk menguruskan aktiviti Demonstrasi Masakan sempena Hari Kraf Kebangsaan 2012 yang telah berlangsung pada 21 Mac - 2 April 2012 yang lalu.

Aktiviti pada kali ini mengutarakan masakan tradisional dari negeri Kelantan dan Negeri Sembilan.


Masakan Negeri Sembilan yang sangat mendapat sambutan.  Diantara menu yang disediakan adalah Telur Itik Masak Lemak, Kerabu Perut Lembu, Ikan Keli Masak Lemak Cili Api, Ikan Pari Masak Asam dan lain-lain lagi.


 Demonstrasi Masakan Kuih Bahulu dan Kuih Bakar dari Negeri Sembilan.


Demonstrasi Masakan Kelantan mengutarakan masakan tradisional Nasi Kerabu dan Lompat Tikam.


Demonstrasi Masakan dari Negeri Kelantan iaitu Butir Nangka dan Kuih Akok.

Selain daripada itu, terdapat juga menu lain yang didemonstrasikan sepanjang HKK2012 yang lalu iaitu Kuih Belimbing, Pulut Dakap, Lemang dan Rendang Ayam / Daging.



Pelapor : masz
Gambar : fairis

Koleksi Gambar HKK2012 #1

Hari Kraf Kebangsaan 2012 (HKK2012) telah tamat pada 2 April 2012 yang lalu, sepanjang HKK2012 berlangsung, pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan dan diantara aktiviti yang diuruskan oleh bahagian ini adalah akiviti Demonstrasi Pembuatan Produk Kraf yang terdiri dari pelbagai bidang kraf.


 Demonstrasi Ukiran Kayu 3 Dimensi - Pahang
Demosntrasi Ukiran Patung Orang Asli - Selangor


 Demonstrasi Pembuatan Pasu Tembeling - Pahang
Demonstrasi Teknik Sgraffito - Perak
Demonstrasi Pembuatan Labu Sayong - Perak


 Demonstrasi Pembuatan Kostum Kepala Singa - Selangor
Demonstrasi Pembuatan Tanglung - Melaka
Demonstrasi Teknik Enameling - Selangor


Demonstrasi Tenun Pahang Diraja - Pahang
Demonstrasi Tenunan Dastar - Sabah
Demonstrasi Pembuatan Songket - Kelantan

Aktiviti ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari pengunjung sepanjang ia diadakan di mana pengunjung dapat melihat dengan lebih dekat lagi proses penghasilan produk tradisional dan moden disamping memperolehi maklumat secara terus dari pengusaha kraf yang sememangnya mahir dalam bidang tersebut.



Pelapor : masz
Gambar : fairis

Demonstrasi Kraf Sempena HKK 2012

Alhamdullillah Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2012 telah melabuhkan tirainya pada 2 April 2012 yang lalu. Demonstrasi kraf merupakan salah satu aktiviti yang diselaraskan oleh Bahagian Usahawan dalam usaha mendekatkan masyarakat terhadap proses dan teknik pembuatan sesuatu produk kraf itu. Seramai 24 usahawan telah dipilih sebagai jurudemo dalam bidang kraf masing-masing. Usahawan-usahawan ini datang dari pelbagai negeri seperti Melaka, Kelantan, Perak, Pahang, Selangor dan tidak ketinggalan jurudemo dari negeri bawah bayu.

Diantara demonstrasi kraf yang diadakan...


Pembuatan labu sayong tradisional


Teknik gurisan & scrafitto (seramik)


Pembuatan terompah kayu


Ukiran panel kayu 3D


Bahagian Usahawan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jurudemo yang terlibat sepanjang berlangsungnya HKK 2012.



sumber : intanrh.