# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #

Perkembangan SDSI Craft Shoppe

Pada 18 Mac 2012 (Ahad), Bahagian ini telah bekerjasama dengan Bahagian Rekaan dan Bahagian Pasaran & Promosi dalam membuat susun atur kedai SDSI Craft Shoppe. Aktiviti susun atur juga telah dibantu oleh empat (5) orang pembantu kedai yang diselaras oleh Bahagian Pasaran & Promosi.


Orang ramai dijemput hadir untuk menghayati dan menikmati hasil kraf usahawan di bawah projek Satu Daerah Satu Industri (SDSI) dari seluruh negara.  Sama-samalah kita meningkatkan industri kraf di Malaysia.

"Kraf Penjana Ekonomi Rakyat"


Pelapor : Masz

SDSI CRAFT SHOPPE

Sempena penganjuran Hari Kraf Kebangsaan 2012 yang akan berlangsung pada 21 Mac hingga 2 April 2012 akan datang, Kraftangan Malaysia juga akan melancarkan kedai yang diberi nama SDSI Craft Shoppe bertempat di Bangunan Seri Anjung diantara kedai Karyaneka. Kedai ini akan mengenengahkan produk-produk kraf yang dihasilkan oleh penusaha-pengusaha kraf di bawah Projek Satu Daerah Satu industri (SDSI) dari seluruh negara yang melibatkan seramai 405 orang.



Sehingga kini, pengumpulan produk kraf dari seluruh negara telah diterima dan sedang dalam proses pemilihan mengikut kategori produk sebelum diserahkan kepada pihak pengurusan kedai.  Kedai tersebut juga sedang dalam pengubahsuaian dan dijangka akan mula boleh digunakan pada 19 Mac 2012 untuk tujuan peragaan.

Marilah sama-sama kita menyokong usaha meluaskan pasaran produk kraf terutamanya produk kraf SDSI.

pelapor : Masz