# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #

LAWATAN PELAKSANAAN PROJEK OP HARI KRAF KEBANGSAAN kelantan dan perak

Bermula 13 hingga 17 Februari 2012 yang lalu, Bahagian Usahawan Ibu Pejabat telah melakukan pemantauan pelaksanaan Projek OP sempena Hari Kraf Kebangsaan 2012.  Bahagian telah diwakili oleh dua (2) orang pegawai dan mengambil masa selama dua hari di negeri Kelantan dan tiga hari di negeri Perak.


Pemantauan ini dilakukan adalah bertujuan untuk melihat perkembangan pengeluaran produk yang telah ditetapkan oleh Kraftangan Malaysia bagi setiap usahawan yang akan menyertai aktiviti.

Sebanyak 10 buah bengkel telah dilawati di negeri Kelantan yang meliputi bidang kraf kayu, rotan dan logam perak.


Di negeri Perak, lawatan telah mengambil masa selama 3 hari yang meliputi sebanyak 18 buah bengkel.

Sepanjang lawatan berlangsung, Bahagian ini juga mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh usahawan dalam samada dalam proses pengeluaran atau proses kemasan sehingga kepada proses penyimpanan.  Sebarang masalah yang dihadapi, dibincang bersama dengan pegawai cawangan bagi mendapatkan penyelesaian di mana ia diharapkan tidak membantutkan proses pengeluaran produk untuk tujuan promosi jualan.

Diharapkan usahawan terlibat dapat memenuhi sasaran yang ditetapkan dan bersungguh-sungguh dalam memperkenalkan rekaan produk baru ke dalam pasaran semasa berlagsungnya Hari Kraf Kebangsaan 2012 yang akan berlangsung dalam masa 21 hari lagi.

Sumber : Mas / Sandy

Lawatan Pemantauan Pelaksanaan Projek OP di Negeri Johor


Pada 8 - 10 Februari 2012 yang lalu, dua orang pegawai di Bahagian ini telah mengadakan sesi lawatan pemantauan projek / aktiviti orientasi pengeluaran (OP) di sekitar negeri Johor. Seramai 19 usahawan direkodkan terlibat dalam melaksanakan projek ini sempena sambutan Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2012. Diantara daerah-daerah yang dilawati ialah Johor Bahru, Muar, Segamat, Pontian dan Batu Pahat. Pemantauan ini meliputi bidang kraf kayu, jahitan tradisional Johor, batik, seramik dan anyaman rotan. 

Selaras dengan pemilihan warna pop art untuk diaplikasikan ke atas produk, produk-produk anyaman terutamanya dilihat begitu menyerlah dengan penggunaan warna-warna yang terang.




Produk kraf orang asli  anyaman rotan di Kg. Ulu Juaseh, Segamat






Produk dan bengkel anyaman rotan di Bukit Mambai, Segamat


Produk seramik juga mempunyai potensi yang baik dan seperti yang diketahui, kebanyakan produk seramik diusahakan di negeri Perak. Maka usaha Mutiara Ceramic untuk mewujudkan identiti seramik negeri Johor adalah sesuatu yang baik. Lokasi bengkel usahawan seramik ini ialah di Simpang Renggam. 


Lokasi : Mutiara Ceramic (Encik Jaini), Simpang Renggam. 



Usahawan-usahawan yang mengusahakan fesyen pakaian menggunakan teknik jahitan tradisional Johor juga mula memperlihatkan kreativiti masing-masing, dimana pakaian-pakaian yang dihasilkan menggunakan kain tenun menyerlahkan lagi teknik jahitan tradisional tersebut.


Produk pakaian menggunakan teknik jahitan tradisional Johor


Di daerah Muar pula, kami membuat lawatan pemantauan di bengkel usahawan kraf kayu yang terlibat dalam projek OP Senibina. 


Lokasi : Kreatif ER, Muar


Lokasi : Zalikraf, Muar


Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada PKKM Cawangan Johor yang memberikan kerjasama baik sepanjang lawatan selama tiga hari ini. Terima kasih juga kepada semua usahawan yang terlibat dalam menjayakan projek ini.

Produk-produk ini akan dipasarkan semasa berlangsungnya sambutan Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2012 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.


Sumber laporan : IntanRH / Nizam


Lawatan Pemantauan Projek OP di Negeri Terengganu & Pahang


Bahagian Usahawan telah membuat sesi lawatan pemantauan aktiviti / projek orientasi pengeluaran (OP) dengan meninjau status pelaksanaannya di negeri Terengganu dan Pahang pada 31 Januari - 3 Februari 2012 yang lalu. Bermula di Kuala Terengganu, kami membuat lawatan ke Marang dan seterusnya memantau aktiviti OP di sekitar Kuantan, Pahang. Di Pahang juga, usahawan-usahawan batik dan anyaman rotan yang masing-masing berada di Felda Chini dan Keratong sedang melaksanakan projek ini dengan baik.






Lokasi : Bengkel usahawan anyaman mengkuang di Kuala Terengganu





Lokasi : Bengkel usahawan anyaman rotan di Keratong, Pahang





Lokasi : Bengkel usahawan batik di Jerantut, Pahang


Kesemua produk-produk ini akan dipasarkan semasa Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2012 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Terima kasih kepada semua yang terlibat.


Sumber laporan : IntanRH / Fatimah

LAWATAN PELAKSANAAN PROJEK OP HARI KRAF KEBANGSAAN seramik dan orang asli


Bahagian usahawan kini sedang dalam pelaksanaan pemantauan aktiviti Orientasi Pengeluaran (OP) Produk kraf sempena Hari Kraf Kebangsaan 2012.  Bagi negeri Selangor, setakat minggu ini telah diadakan lawatan ke tiga (3) buah bengkel usahawan iaitu bengkel Sweet Touch Ceramic Sdn Bhd, Orang Asli Pulau Carey (ukiran ptung) dan Orang Asli Pulau Carey (anyaman mengkuang).

Lawatan dilakukan oleh Penolong Pengarah (Unit Pembangunan Produk) Bahagian Usahawan, En Shazwan Abd Rahim, Pn Masnainiza Muhamad dan turut serta pegawai dari Cawangan Selangor iaitu En Syahrul Hakimi Setapa.

Diantara produk-produk yang dikeluarkan oleh usahawan terlibat adalah:

Sweet Touch - Teapot Set.
Orang Asli Pulau Carey - Ukiran Patung, Key Chain, Fridge Magnetic, Purse, Hand Phone Casing, Laundry Basket.












Diharapkan usahawan-usahawan yang terlibat dapat menumpukan perhatian dalam pengeluaran produk seperti yang ditetapkan untuk memenuhi keperluan pasaran produk sempena Hari Kraf Kebangsaan 2012 yang dijangka akan diadakan pada pertengahan bulan Mac 2012 nanti.


Pelapor : Masnainiza Muhamad