# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #

LATIHAN JANGKA PENDEK SENI KRAF UKIRAN BATU DI SYARIKAT SUMBER ALAM INDAH, YOGYAKARTA INDONESIA


Bahagian Usahawan, dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran usahawan kraf dalam penghasilan produk berasaskan ukiran batu, telah menjalinkan kerjasama dengan Syarikat Sumber Alam Indah, Ketonggo RT01 RW09, Gombang, Ponjong, Gunungkidul, Yogyakarta yang dimiliki oleh Bapak Karsito telah memulakan projek Latihan Jangka Pendek (LJP) Seni Kraf Ukiran Batu bermula 18 Januari 2012 hingga 18 April 2012 selama 3 bulan.











Objektif pelaksanaan projek ini adalah untuk :-
  1. Mempelajari kemahiran dan teknik seni kraf ukiran batu dengan menggunakan pelbagai bahan seperti marmar, granit dan batu kapur.
  2. Mempertingkatkan dan memantapkan seni kraf ukiran batu dalam menghasilkan produk kraf yang berkualiti tinggi.
  3. Mengaplikasikan teknik yang dipelajari ke atas produk kraf berindentiti kraf tempatan.



Setelah melalui beberapa proses pemilihan, enam (6) orang usahawan kraf telah dipilih untuk menyertai projek ini sebagai peserta iaitu Mohamad Fatihad bin Fabillah, Siti Atikah bt Yusoff, Muhammad Redzuan bin Talib (Fabillah Marble Craft, Kedah), Muhd Fathul Bari bin Abdul Hashim (Perlis), Mohamad Arman bin Md Amin (Kreatif ER Enterprise, Johor) dan Ismail bin Mohd Zahid (Kayuma Industri, Pahang).




Sepanjang tiga (3) bulan projek LJP Seni Kraf Ukiran Batu di Indonesia, peserta yang terdiri daripada 6 orang usahawan kraf akan mempelajari teknik penghasilan produk berasaskan batu seperti di bawah:

Minggu
Sukatan Pembelajaran
Pertama - Kelima
Belajar Kerajinan Ukir Batu Alam (Handmade)
Keenam
Belajar membuat Kerajinan Batu Alam Batu Dinding
Ketujuh - Kelapan
Belajar Kerajinan Ukir Batu Alam Semi Modern (bahan baku dari daerah lain)
Kesembilan – Kedua Belas
Belajar Kerajinan Ukir Batu Alam Semi Modern (bahan baku dari Malaysia)

 

Diantara produk separuh siap yang telah dihasilkan oleh peserta.


Semoga dengan pendedahan dan latihan yang diberikan oleh pihak Kraftangan Malaysia akan mengembangkan lagi industri kraf ukiran batu di Malaysia.


Pegawai Penyelaras : Cik Farina Darus

LAWATAN KE PUSAT INKUBATOR TEMERLOH dan makan ikan patin..

Khamis lepas (19/1/2012), beberapa orang pegawai Bahagian membuat lawatan ke Pusat Inkubator Temerloh bagi membincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan aktiviti OP dan demonstrasi HKK 2012. Kedatangan kami berkebetulan dengan kedatangan Pengarah PKKM Cawangan Pahang, Dato Mohd Zubair ke situ. Maka perbincangan menjadi lebih mudah.



Perbincangan awal dimulakan, dipengerusikan oleh Pengarah PKKM Cawangan Pahang, seterusnya pegawai-pegawai Bahagian dan pegawai-pegawai cawangan menyambung perbincangan berkaitan pelaksanaan aktiviti OP, LJP dan demonstrasi sempena HKK 2012. Diantara pegawai-pegawai cawangan yang turut sama dalam sesi perbincangan ini ialah Encik Norizwan, Encik Mohd Faizul, Encik Wahiyuddin dan Encik Rosli.







Lawatan meninjau fungsi mesin laser dan mesin scroll saw di bengkel-bengkel gunasama juga dibuat.





Melihat demonstrasi penggunaan mesin portable scroll saw di Bengkel inkubator Z&Z Kraf.














Kemudian, kami melawat bengkel Kayuma Industry di Kampung Peragap bagi melihat sendiri fungsi dan penggunaan mesin CNC.


Kami juga sempat meninjau pembinaan semula rumah kayu lama yang diusahakan sendiri oleh pekerja-pekerja Kayuma Industry. Menarik.



Sumber info : IntanRH.

Lawatan Penyelarasan Projek Orientasi Pengeluaran HKK2012


Lawatan Penyelarasan Projek Orientasi Pengeluaran HKK2012

Pada 12 Januari 2012, Unit Pembangunan Pengeluaran, Bahagian Usahawan telah mengadakan lawatan ke beberapa Bengkel Usahawan bagi tujuan  pemantauan produk Orientasi Pengeluaran. Antara Syarikat yang dilawati ialah :
             i)   Zafialno Enterprise
             ii)  HM Kraf Enterprise
             iii) Teroka Fis Enterprise
             iv) OK Kraf
             v) DZ Rezki Enterprise
             vi) Bintara Kraf Enterprise
             vii) Pantai Berembun Enterprise


Produk dari Syarikat Zafialno Enterprise

Produk Syarikat HM Kraf Enterprise

Produk dari Syarikat OK Kraf

Produk Syarikat Teroka Fis Enterprise

Produk Syarikat Bintara Kraf Enterprise

Produk dari Syarikat Pantai Berembun Enterprise

Adalah diharapkan produk-produk yang dikeluarkan mencapai sasaran kuantiti dan kualiti bagi tujuan di uji pasar semasa berlangsungnya sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2012 yang dijangka akan berlangsung pada 22 Mac 2012.


Pelapor : Mohd Nizam Abu

Semoga Sahnom Kembali Sihat

Pada awal tahun 2012 yang lalu, kami dikhabarkan berita sedih di mana seorang anggota kerja Bahagian ini, Puan Sahnom, telah kehilangan bayi yang dikandungnya berusia 3 bulan.  Sebahagian anggota kerja Bahagian ini telah melawat untuk bertanya khabar dan melihat keadaan beliau pada Jumaat yang lepas.



Pada lawatan tersebut, mereka telah dijamu dengan mee goreng oleh tuan rumah sebagai menghargai kedatangan mereka ke rumah beliau di Ampang, Selangor.


Semoga  Puan Sahnom sabar dan tabah dengan kehilangan tersebut dan kembali sihat seperti sedia kala serta jangan berputus asa.  Insyaallah, rezeki untuk memiliki anak sendiri akan diperolehi suatu hari nanti.

Bahasa Warna #3

Warna Neutral

Warna ini bagi mereka yang mudah bosan, kerana warna ini mudah untuk dipadankan dengan warna apa sahaja.  Warna ini paling tepat diterapkan pada ruang pemisah contohnya pada lorong atau laluan.



Putih >>
Bersih, membuat ruang nampak lebih luas, mengalirkan tenaga tertentu, moden, membangkitkan kehadiran warna lain.

Hitam >>
Misteri, tegas dan berkarakter kuat, membuat ruang nampak sempit, formal.

Coklat >>
Hangat, santai tapi tegas, moden, nyaman.






sumber : Ide-Ide Segar Menata Rumah, Keiza Amorani

Bahasa Warna #2

Warna Pasif

Warna ini untuk mereka yang menyukai ketenangan dan harmoni.  Warna ini dapat diterapkan di kamar tidur atau kawasan peribadi.


Biru >>
  • Menenangkan, segar, mendinginkan, cerah, meciptakan suasana damai pada hati dan fikiran.

Hijau >>
  • Menenangkan, segar, seimbang, nyaman, merupakan terapi terbaik untuk fikiran yang penat atau stress.

Ungu >>
  • Nyaman, hangat, bersifat spiritual, misterius, membangkitkan intuisi.

Merah Jambu >>
  • Menenangkan, pasrah, mendorong rasa nyaman dan afeksi.





sumber : Ide-Ide Segar Menata Rumah, Keiza Amorani

Bahasa Warna #1

Warna Aktif

Warna ini untuk mereka yang menyukai suasana ceria atau domonan.  Hindari penggunaannya pada ruang tidur, kerana ruang tidur harus ditunjangi oleh warna yang menenangkan.


 
Merah >>
  • Menstimulasi adrenalin, menghangatkan, dramatis, membangkitkan semangat dan ghairah. 
  • Terapkan pada ruang keluarga atau ruang kerja peribadi.

Kuning >>
  • Ceria, energi dan membuat ruang nampak lebih luas.
  • Sesuai untuk diterpakan pada pejabat peribadi atau dapur.

Jingga >>
  • Ceria, menambah selera makan, hangat, terbuka dan ramah.
  • Sesuai untuk diterapkan pada foyer atau ruang makan.




sumber : Ide-Ide Segar Menata Rumah, Keiza Amorani

Berani Bermain Warna - Idea Menghias Rumah

Tidak dapat disangkal lagi warna memainkan peranan penting dalam menghias interior.  Permainan warna dapat memberi nilai tambah pada ruang dalamam.  Warna boleh membuat ruang terasa lebih luas / lebih sempit / lebih terang / lebih hangat atau lebih segar.  Warna juga dapat membuat kita merasa lebih ghairah / lebih santai atau lebih ceria.

Jika selama ini kita menggunakan hanya 1 warna sahaja, maka kini kita perlu lebih berani untuk menggabungkan warna yang di pilih dengan warna lain.  Sebagai langkah awal, tentukan warna utama yang ingin kita gunakan.  Pilihlah dari warna utama yang menjadi kegemaran atau biasa disebut warna premier.  Setelah itu, ambil 2 - 3 warna sekunder sebagai kombinasi.


sumber

Langkah 1:
Tentukan warna premier.  Ini adalah warna utama yang menjadi center - pusat pewarnaan ruang.  Untuk menciptakan kesan kuat dan solid, gunakan warna merah, biru dan kuning klasik.  Aplikasikan warna ini pada bahagian yang mempunyai lebar yang luas dan ulangi penggunaanya di beberapa tempat untuk memperkuat warna yang dipilih.

Langkah 2:
Tentukan warna sekunder yang terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu.  Ini dapat menciptakan 2 warna premier dalam lakaran tertentu.  Dalam percampuran warna, warna putih boleh digunakan untuk mendapatkan warna yang lebih lembut.  Gunakan warna sekunder ini sebagai pemisah ruang bersebelahan dengan warna premier.

Langkah 3:
Berikan tambahan warna tertier.  Warna ini boleh diperolehi daripada paduan warna premier dan sekunder.  Misalnya merah-hijau, kuning-jingga, biru-ungu dan seterusnya.  Jika warna premier dan sekunder diaplikasikan pada dinding, warna tertier ini boleh diaplikasikan ke atas aksesori dan upholstery yang bersaiz kecil.

Paduan ketiga-tiga warna di atas dalam satu ruang menjamin rumah kita terasa lebih hidup dan lebih berseni.

sumber : Ide-Ide Segar Menata Rumah, Keiza Amorani

Selamat Ulang Tahun

Bahagian Usahawan
mengucapkan

kepada
En. Mohd Nizam Bin Abu
pada
9 Januari

semoga tahun ini diberikan kurnia kesihatan dan keberkatan yang melimpah
Ameen

Warna Monokrom

Berani bermain warna dalam menghias interior.  Sedikit info berkaitan menggabungan warna agar interior dapat memberikan rasa gairah, santai atau ceria.



Warna Monokrom adalah paduan warna yang masih dalam sari gradasi warna.  Jika anda lebih memilih warna ini, anda tetap dapat menggunakan paduan warna seperti di atas.

Caranya:
Pilih warna utama, misalnya anda memilih warna biru klasik, maka kombinasikan warna sekunder seperti biru pastel atau biru laut.
Jangan luoa untuk mewujudkan kesan 3 dimensi dengan cara menambahkan warna putih atau hitam sebagai bayangan.  Ini dapat diaplikasikan pada kusyen atau tingkap.  Untuk hiasan kecil dan upholstery, anda boleh menggunakan warna tertier yang diambil dari paduan warna aquamarine, biru-kehijauan, biru-merah dan campuran warna biru lainnya.


sumber : Ide-Ide Segar Menata Rumah, Keiza Amorani

Bengkel Jahitan Fesyen Pakaian Komersil

Aktiviti : Bengkel Jahitan Fesyen Pakaian Komersil
Tarikh : 13 - 16 Disember 2011 (4 hari)
Tempat : Kolej Lagenda, Mantin, Negeri Sembilan
Tenaga Pengajar : Cik Rosmawati Md Noh (Pensyarah Fakulti Fesyen Kolej Lagenda)
Cik Nursaadah Kamaruddin (Pereka Bahagian Rekaan)


 Peserta memulakan aktivit bengkel dengan memotong kain mengikut pola rekaan yang disediakan oleh pereka Bahagian Rekaan


 Kerja-kerja menjahit dimulakan pada hari kedua dengan mendapat pemerhatian dan bantuan sepenuhnya dari tenaga pengajar yang dilantik.


 Produk siap dinilai oleh tenaga pengajar agar penambah baikkan dapat dilakukan di masa akan datang.


Diantara produk yang berjaya dihasilkan sepanjang bengkel tersebut iaitu koleksi baju tidur dan koleksi pakaian komersil.


Penyelaras Projek : Siti Fatimah Zaharah