# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #
Laman Utama » , , , , » MAKMAL kemasiapan produk senjata & larik

MAKMAL kemasiapan produk senjata & larik


BERTEMPAT di Furniture Industry Technology Center (FITEC), Batu Caves, Kuala Lumpur, Bahagian ini telah menganjurkan satu Makmal Kemasiapan Produk Senjata Dan Larik.  Ia telah bermula pada 2 Oktober 2012 dan berakhir semalam 4 Oktober 2012 dengan penyertaan seramai 8 orang usahawan dari bidang kraf sarung parang dan kalu larik.



Peserta adalah dari negeri berbeza iaitu 3 orang dari Melaka, 2 orang dari Negeri Sembilan, seorang masing-masing dari Selangor dan Kedah.  Seorang usahawan kayu larik dari Johor juga telah menyertai makmal ini yang bertujuan untuk memperkemaskan lagi permukaan hulu dan sarung parang yang dihasilkan oleh usahawan termasuk kayu larik.



Tenaga pengajar dari Fitec iaitu Tn Hj Mahmud bin Hj Nasehan dan dibantu oleh En. Zulhaili bin Johari telah dipertanggungjawab untuk sesi pembelajaran secara teori dan secara praktikal.



Adalah diharapkan agar usahawan yang menyertai makmal ini akan dapat mengaplikasi apa yang dipelajari dan mengeluarkan produk yang lebih berkualiti untuk pasaran sempena Hari Kraf Kebangsaan 2013 yang akan datang.


pelapor / gambar : nizam

2 comments:

  1. nanti jemput tenaga pengajar ni datang Sabah..ajar teknik finishing cantik pada pengusaha senjata di negeri ini

    ReplyDelete
  2. ni terbuka kat orang awam ke..

    ReplyDelete