# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #
Laman Utama » , , , , » penganjuran makmal pengeluaran produk rotan & buluh di KUALA PILAH

penganjuran makmal pengeluaran produk rotan & buluh di KUALA PILAH



Berlangsung di Pusat Inkubator Kuala Pilah, Negeri Sembilan, satu Makmal Pengeluaran Produk Dan OP Produk Hiasan Dalaman & Kegunaan Harian telah diadakan pada 4 hingga 7 September 2012.

Pelaksanaan makmal ini telah dibahagikan kepada dua (2) kumpulan pengeluaran produk iaitu produk berasaskan rotan dan produk berasaskan buluh.


Seramai 20 orang usahawan dalam pengeluaran produk rotan telah turut serta dalam makmal tersebut dengan sasaran produk iaitu bakul berkelah dan beg kipas pelbagai saiz.

Bagi usahawan pengeluaran produk buluh, seramai 5 orang usahawan telah terlibat dan produk yang dihasilkan adalah set dulang 3 saiz.

Semasa makmal berlangsung, terdapat juga penglibatan dari usahawan kraf orang asli dari Kampung Batu Peti, Negeri Sembilan iaitu 2 orang dalam bidang rotan dan seorang dalam bidang buluh.

Makmal yang dianjurkan oleh Bahagian ini mewakilkan En. Mohd Nor Iman Hamdy di mana ia mensasarkan pengeluaran produk sempena Promosi Inspirasi Alam yang akan diadakan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur dijangka pada 31 Oktober 2012 akan datang.


pelapor / gambar : iman

2 comments:

  1. boleh beri saya cara utk mhubungi usahawan kraf yg aktif di negeri sembilan..

    ReplyDelete
  2. Tuan boleh berhubung dengan Kraftangan Malaysia di Kuala Pilah, Negeri Sembilan 06-481 1058 waktu operasi
    8.30pg - 5.00 ptg.

    ReplyDelete