# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #
Laman Utama » , » LAWATAN PROJEK ke utara semenanjung

LAWATAN PROJEK ke utara semenanjung


Bermula pada Isnin, 23 Julai 2012 yang lalu 3 orang pegawai Bahagian ini telah melaksanakan LAWATAN PROJEK ke Utara Semenanjung untuk perbincangan lanjut dan memantau pelaksanaan aktiviti Skim Inkubator Kraf dan aktiviti Orientasi Pengeluaran produk yang akan dilaksanakan sempena Promosi Laman & Taman dan Promosi Tekstil pada hujung tahun ini.

Pegawai yang membuat lawatan tersebut adalah En Shazwan (Ketua Unit Pembangunan Pengeluaran) En Md Azrul (Ketua Unit Pembangunan Usahawan) dan En Fahazanie Sandy (Pereka bidang seramik).  Mereka membuat lawatan meliputi negeri Perlis, Langkawi, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dan akan berakhir pada 26 Julai 2012, Khamis.  Satu lagi sesi lawatan projek akan dilaksanakan bagi ahagian Pantai Timur Semenanjung pula.  


"Walau bulan Ramadan, kerja tetap perlu dilaksanaka."

No comments:

Post a Comment