# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #
Laman Utama » LAWATAN PROJEK ke negeri selangor

LAWATAN PROJEK ke negeri selangor

Hari ini 26 Julai 2012, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Usahawan, Pn Saadiah bersama Pen. Pegawai Kewangan, Pn Roshaida (Intan) dan Pegawai Unit Insentif & Bantuan, Pn Sahnom telah melakukan lawatan projek ke bengkel-bengkel yang berkaitan di sekitar Negeri Selangor.

Lawatan ini bertujuan untuk melihat perkembangan usahawan kraf secara lebih dekat dan memperolehi maklumat yang tepat berkaitan usahawan terlibat sebelum insentif bantuan diberikan kepada mereka.  lawatan ini juga bertujuan untuk berbincang berkaitan proses pengeluaran produk sempena promosi yang akan berlangsung dalam tahun ini.

Salah satu pendekatan yang perlu dilakukan oleh pegawai Kraftangan Malaysia adalah dengan 'Turun Padang' ke bengkel usahawan untuk lebih dekat dan memahami berkaitan industri kraf itu sendiri.  Selepas ini, lebih banyak lawatan akan di pergiatkan daripada sebelum ini bagi meningkatkan industri kraf di Malaysia.

2 comments:

  1. assalamualaikum tuan,

    saya pengusaha kraf dari sabah. Bolehkah insentif bantuan sepertimana yang di perolehi pengusaha kraf di semenanjung diberikan kepada pengusha kraf dari sabah. Jika boleh apakah sysrat syaratnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam Alba,

      sebagai usahawan kraf di Malaysia, anda layak untuk memperolehi insentif bantuan sekiranya ia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan telah mendaftar dengan Kraftangan Malaysia. Tuan boleh berhubung terus dengan cawangan kami di Sabah.

      Alamat:
      PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA
      Cawangan Sabah
      Blok A, Lot 1&2, Lorong Buah Salak
      Hiong Tiong Industrial Centre
      KM 11.2, Jalan Tuaran Inanam
      88450 Kota Kinabalu, Sabah,

      Telefon: 088-433461
      Blog Rasmi : http://pkkmsabah.blogspot.com

      Delete