# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #
Laman Utama » , , , » Demonstrasi Kraf @TEKAT GUBAH

Demonstrasi Kraf @TEKAT GUBAH


Seni tekatan termasuk dalam jenis tekstil yang dihasilkan dengan cara menyulam benang emas ke atas kain dasar jenis baldu. Tekatan juga disebut sebagai suji timbul iaitu sulaman timbul atau tekat bersuji, tetapi suji sering dikaitkan dengan sulaman benang sutera. Ragam hiasnya semua dibentuk sama iaitu dalam keadaan yang timbul dari permukaan dasar kain kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempulur. 

Di Perak, seni tekat ini pada asalnya dimonopoli oleh golongan istana. Raja Permaisuri Perak pada akhir abad ke-19 merupakan pereka bentuk dan tukang yang banyak menghasilkan rekabentuk tekat. Rupabentuk bahan kelengkapan yang dihiasi dengan sulaman tekat, pada umumnya dibentuk berdasarkan fungsi kegunaan umum seperti tudung saji, tepak sirih, kusyen dan sebagainya.



COUCHED EMBROIDERY

Embroidery is a form of needlework using gold threads onto the basic velvet. This embroidery is also known as raised spine embroidery but is often related to silk thread embroidery. Whether it is embroidered, raised or using appliques, it is all the same from the cloth’s surface because it is filled with pith.

In Perak, raised relief embroidery was monopolized by the royal family. The Sultana of Perak was a great designer and craftsman who created many designs at the end of the 19th century.These embroidery are found on food covers, betel nut cases, cushions and others. 


Pengusaha :
Azizah binti Adam
Azydar Enterprise
No 5 7A, Kg Padang Changkat, 33000 Kuala Kangsar, Perak
No. Tel : 017-5128720


pelapor : fatimah
gambar : masz
 

No comments:

Post a Comment