# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #
Laman Utama » , » SESI PERBINCANGAN unit pengeluaran produk

SESI PERBINCANGAN unit pengeluaran produk

Kuala Lumpur, 28 Jun 2012 - Hari ini, Unit Pengeluaran Produk, Bahagian Usahawan, Kraftangan Malaysia telah mengadakan perbicangan bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti makmal, bimbingan teknikal dan orientasi pengeluaran bagi setengah tahun kedua.


Perbicangan ini diketuai oleh Ketua Unit iaitu En. Shazwan Abdul Rahim bersama pegawai-pegawai terlibat bagi pelaksanaan aktiviti di bawah bidang Tekstil, Hasil Rimba, Serami dan Logam,










Diantara aktiviti yang dirancang adalah memberi fokus kepada pengeluaran produk sempena promosi yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia dan ia juga mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh Bahagian Rekaan dengan menggunakan tema 'Pop Art' bagi tahun 2012.
Pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang dirancang juga akan melibatkan PKKM di cawangan negeri di seluruh Malaysia. Sesi perbincangan mengambil masa lebih kurang satu (1) jam telah menyenaraikan sebanyak 14 aktiviti untuk dilaksanakan sepanjang setengah tahun kedua tahun ini.


Pelapor / Gambar : masz

No comments:

Post a Comment