# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #
Laman Utama » , » MAKMAL TEKNIK PATERI produk perak di kelantan

MAKMAL TEKNIK PATERI produk perak di kelantan

Bertempat di PKKM Cawangan Kelantan, pada 14 hingga 15 Mei yang lalu, Unit Pembangunan Pengeluaran, Bahagian Usahawan Kraftangan Malaysia telah menganjurkan Makmal Teknik Pateri Produk Perak dengan penyertaan seramai 8 orang usahawan produk barang kemas perak di negeri Kelantan.

Penganjuran makmal ini adalah ekoran daripada mendapat permintaan daripada usahawan sendiri yang ingin mempelajari teknik pateri / cantuman yang lebih efektif ke atas produk barang kemas perak yang dikeluarkan.  Makmal ini telah mendapat perkongsian ilmu daripada pakar pembuatan produk perak / emas dari Bangi, Selangor iaitu En Tuan Azmi Tuan Ismail yang juga merupakan anak jati Kampung Morak, Kelantan yang terkenal dengan pengeluaran produk perak di negara ini.


 Aktiviti dimulakan dengan setiap usahawan membuat lakaran rekaan bagi produk yang akan dihasilkan.


 Kerja-kerja pateri oleh usahawan dilakukan dengan tunjuk ajar oleh tenaga pengajar.


 Pengarah Cawangan, En Razis Mohd Said turut turun padang melihat aktiviti yang sedang berlangsung.


Di antara produk separuh siap menggunakan teknik pateri baru yang berjaya disiapkan dalam masa 2 hari aktiviti diadakan.


Penganjuran makmal ini telah membuka mata para usahawan di mana penggunaan bahan baru yang diperkenalkan lebih bersih dan mudah untuk dikendalikan.  Ia juga menghasilkan produk akhir yang lebih kemas dan berkualiti berbanding produk yang keluarkan terdahulu oleh usahawan terlibat.

Semoga dengan penganjuran seperti ini dapat meningkatkan lagi kualiti produk yang dihasilkan oleh usahawan kraf perak di negara ini.



Pelapor : masz

No comments:

Post a Comment