# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #
Laman Utama » , , , » LAWATAN PELAKSANAAN PROJEK OP HARI KRAF KEBANGSAAN seramik dan orang asli

LAWATAN PELAKSANAAN PROJEK OP HARI KRAF KEBANGSAAN seramik dan orang asli


Bahagian usahawan kini sedang dalam pelaksanaan pemantauan aktiviti Orientasi Pengeluaran (OP) Produk kraf sempena Hari Kraf Kebangsaan 2012.  Bagi negeri Selangor, setakat minggu ini telah diadakan lawatan ke tiga (3) buah bengkel usahawan iaitu bengkel Sweet Touch Ceramic Sdn Bhd, Orang Asli Pulau Carey (ukiran ptung) dan Orang Asli Pulau Carey (anyaman mengkuang).

Lawatan dilakukan oleh Penolong Pengarah (Unit Pembangunan Produk) Bahagian Usahawan, En Shazwan Abd Rahim, Pn Masnainiza Muhamad dan turut serta pegawai dari Cawangan Selangor iaitu En Syahrul Hakimi Setapa.

Diantara produk-produk yang dikeluarkan oleh usahawan terlibat adalah:

Sweet Touch - Teapot Set.
Orang Asli Pulau Carey - Ukiran Patung, Key Chain, Fridge Magnetic, Purse, Hand Phone Casing, Laundry Basket.












Diharapkan usahawan-usahawan yang terlibat dapat menumpukan perhatian dalam pengeluaran produk seperti yang ditetapkan untuk memenuhi keperluan pasaran produk sempena Hari Kraf Kebangsaan 2012 yang dijangka akan diadakan pada pertengahan bulan Mac 2012 nanti.


Pelapor : Masnainiza Muhamad

1 comment:

  1. Assalamualaikun. Berapa harga purse di atas.? Jika di bahagian bawahnya di buat berlipat lebih kurang 2 . 5inci seperti tutup purse dan badannya di besarkankan 11atau 12 inci, berapa harganya? Tolong emailkan kepada kembarafakir@yahoo.com atau talipon 0192897725 Pn Zaharah.

    ReplyDelete