# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #
Laman Utama » , , , » LATIHAN JANGKA PENDEK SENI KRAF UKIRAN BATU DI SYARIKAT SUMBER ALAM INDAH, YOGYAKARTA INDONESIA

LATIHAN JANGKA PENDEK SENI KRAF UKIRAN BATU DI SYARIKAT SUMBER ALAM INDAH, YOGYAKARTA INDONESIA


Bahagian Usahawan, dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran usahawan kraf dalam penghasilan produk berasaskan ukiran batu, telah menjalinkan kerjasama dengan Syarikat Sumber Alam Indah, Ketonggo RT01 RW09, Gombang, Ponjong, Gunungkidul, Yogyakarta yang dimiliki oleh Bapak Karsito telah memulakan projek Latihan Jangka Pendek (LJP) Seni Kraf Ukiran Batu bermula 18 Januari 2012 hingga 18 April 2012 selama 3 bulan.











Objektif pelaksanaan projek ini adalah untuk :-
  1. Mempelajari kemahiran dan teknik seni kraf ukiran batu dengan menggunakan pelbagai bahan seperti marmar, granit dan batu kapur.
  2. Mempertingkatkan dan memantapkan seni kraf ukiran batu dalam menghasilkan produk kraf yang berkualiti tinggi.
  3. Mengaplikasikan teknik yang dipelajari ke atas produk kraf berindentiti kraf tempatan.



Setelah melalui beberapa proses pemilihan, enam (6) orang usahawan kraf telah dipilih untuk menyertai projek ini sebagai peserta iaitu Mohamad Fatihad bin Fabillah, Siti Atikah bt Yusoff, Muhammad Redzuan bin Talib (Fabillah Marble Craft, Kedah), Muhd Fathul Bari bin Abdul Hashim (Perlis), Mohamad Arman bin Md Amin (Kreatif ER Enterprise, Johor) dan Ismail bin Mohd Zahid (Kayuma Industri, Pahang).




Sepanjang tiga (3) bulan projek LJP Seni Kraf Ukiran Batu di Indonesia, peserta yang terdiri daripada 6 orang usahawan kraf akan mempelajari teknik penghasilan produk berasaskan batu seperti di bawah:

Minggu
Sukatan Pembelajaran
Pertama - Kelima
Belajar Kerajinan Ukir Batu Alam (Handmade)
Keenam
Belajar membuat Kerajinan Batu Alam Batu Dinding
Ketujuh - Kelapan
Belajar Kerajinan Ukir Batu Alam Semi Modern (bahan baku dari daerah lain)
Kesembilan – Kedua Belas
Belajar Kerajinan Ukir Batu Alam Semi Modern (bahan baku dari Malaysia)

 

Diantara produk separuh siap yang telah dihasilkan oleh peserta.


Semoga dengan pendedahan dan latihan yang diberikan oleh pihak Kraftangan Malaysia akan mengembangkan lagi industri kraf ukiran batu di Malaysia.


Pegawai Penyelaras : Cik Farina Darus

No comments:

Post a Comment