# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #

Bengkel BT Teknik Reka Corak Batik Terap Kombinasi Canting (Imej Fotografi)

Pada 6 hingga 8 Disember 2011 yang lalu, bertempat di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Kedah, Bahagian Usahawan Ibu Pejabat dengan kerjasama pereka dari Bahagian Rekaan, En Shukri Mamat dan Timbalan Pengarah PKKM Kelantan, En Juhari Azmi telah menganjurkan Bengkel BT Teknik Reka Corak Batik Terap Kombinasi Canting (Imej Fotografi).



Bengkel tersebut telah disertai oleh seramai 17 orang pengusaha kraf bidang batik dari empat (4) buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dan telah dirasmikan oleh En Faizul Azha Ibrahim, Pengarah PKKM Cawangan Kedah.

Objektif bengkel ini diadakan adalah memberi pendedahan kepada pengusaha kraf bidang batik dalam penghasilan produk-produk baru batik dengan menggunakan teknik batik terap kombinasi canting yang juga dipanggil dengan nama Imej Fotografi.


Tujuan bengkel ini dianjurkan adalah untuk mewujudkan produk-produk baru batik di pasaran terutamanya sempena aktiviti Promosi Hari Kraf Kebangsaan tahun 2012.  Pengusaha kraf diajar dari langkah pertama dalam pemilihan subject matter sehingga ke langkah melilin, mewarna, merebus dan kemudiannya menjadi produk siap.


Diantara produk-produk kain pasang yang berjaya dihasilkan sepanjang bengkel berlangsung.  Produk yang dihasilkan tidak dapat disiapkan sepenuhnya disebabkan masa yang terlalu singkat bagi satu-satu proses yang dilakukan.


Adalah diharapkan pengusaha yang menyertai aktiviti bengkel ini dapat mempelajari teknik yang diperkenalkan dan berusaha untuk mengeluarkan produk tersebut untuk dipasarkan semasa berlangsungnya Hari Kraf Kebangsaan yang dijangka akan diadakan pada 28 Mac 2012.


Penyelaras Projek : Siti Fatimah Zaharah

Produk Bakul Anyaman Rotan Untuk Tujuan Pasaran HKK2012

Rentetan daripada Aktiviti Bengkel Produk Baru Rotan yang telah di adakan pada 18 - 21 Oktober 2011 yang lalu di PKKM Cawangan Negeri Sembilan. Beberapa siri projek Orientasi Pengeluaran telah di susun dan diantara pengusaha yang terpilih untuk tujuan tersebut adalah seperti di bawah :















Produk Beg Oversize
Zafialno Enterprise, Negeri Sembilan













Bakul Dobi
Suri Kraf, Pahang













Beg Pasar
Safirah Enterprise, Negeri Sembilan













 Dulang dan Bekas Buah
OK Kraf, Negeri Sembilan













Bakul Dobi
DZ Rezki, Negeri Sembilan
















Bakul Boko
Desa Kraf Lonek, Negeri Sembilan













Bakul Buah
Perusahaan Daya Kraf, Johor









Beg Pasar
HM Kraf, Negeri Sembilan



Produk-produk tersebut boleh didapati semasa berlangsungnya Hari Kraf Kebangsaan 2012 yang dijangka akan diadakan pada 28 Mac 2012.  Sebarang pertukaran maklumat adalah tertakluk dari masa ke semasa.

Penyelaras Projek : Mohd Nizam Abu

Showcase SDSI 2011

Pada 9 hingga 11 Disember 2011 yang lalu, Kratfangan Malaysia melalui Bahagian ini telah menyertai pameran Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2011 yang telah diadakan di Melaka International Trade Center (MITC) Ayer Keroh, Melaka.

Kali ini Kraftangan Malaysia hanya mempamerkan produk-produk keluaran pengusaha kraf  SDSI yang telah memenangi Pertandingan Produk Terbaik di bawah Pavilian Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.  Penyertaan pengusaha SDSI adalah :


Tahun Menang
Syarikat
Negeri
Produk
2007
Kraf Rotan Ishak
5 Rose Craft Enterprise
Tunjang Bakawali Sdn Bhd
Melaka
Perak
Terengganu
Kraf Rotan
Kraf Kertas
Ukiran Kayu
2008
Sweet Touch Ceramic Sdn Bhd
Sharifah Kraf Enterprise
AU Borneo Porcelain & Manufacturing
Realistic Attracction Sdn Bhd
Batik Inderawasih
Samasa Batik Sdn Bhd
Kedah
Sabah
Sarawak
Pahang
Perlis
Kelantan
Tepak Sirih Seramik
Anyaman Serdang
Seramik Periuk Kera
Tenun Pahang Diraja
Batik
Batik
2009
Julitah Kraf
Liznim Kraf Enterprise
De Legend Craft Enterprise
BT Songket
Pern Sutera Pulau Keladi
Sensasi Batek Asfa
Sabah
Perlis
Melaka
Terengganu
Pahang
Perlis
Beg Salingkawang
Kotak Cenderahati
Aksesori Pewter
Songket
Tenun Pahang Diraja
Pakaian Batik
2010
Inakraf
D’Cinda Enterprise
Pakatan Juru Ukir Tradisional
Yayasan Tuanku Nur Zahirah
Pern Sutera Pulau Keladi
Pahang
Kedah
Terengganu
Terengganu
Pahang
Panel Kayu
Kertas Buatan Tangan
Panel Kayu
Kain Tenun
Kain Tenun

Pamerah tersebut telah dirasmikan oleh Dato' Seri Mustapha Mohamad, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri pada 9 Disember 2011 (Jumaat).

Di antara produk kraf yang dipamerkan di Pavilion ICU, JPM sepanjang pameran berlangsung.


Penyelaras Projek : Mohd Khairul Azman

Taburan Projek Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2011, Kraftangan Malaysia

SDSI 2011

Nota :
- maklumat tertera telah dikemaskini pada 1 Disember 2011

Penyelaras Projek : Mohd Khairul Azman Bin Che Kob

Al-Fatihah Buat Allahyarham Mohd Nazari Maarus


sumber

Pagi ini kami dikhabarkan En Nazari Maarus, anggota kerja Institut Kraf Negara telah kembali ke rahmatullah malam tadi,13 Disember 2011. Beliau banyak menyumbangkan idea dalam rekaan fesyen Kraftangan Malaysia dan mudah memberi kerjasama dengan Bahagian Usahawan semasa perkhidmatan beliau di Bahagian Rekaan sebelum ini.

Bahagian ini mengucapkan takziah kepada keluarga beliau atas kehilangan permata pereka yang amat berharga.  Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.  Ameen

Al-Fatihah

Rekaan Produk Barang Kemas Perak

Lanjutan daripada berita Taklimat Projek Barang Kemas Perak yang telah diadakan pada 4 Disember 2011 (Ahad) bertempat di PKKM Cawangan Kelantan.  Ini adalah sebahagian rekaan produk barang kemas perak yang telah diagihkan kepada pengusaha bidang kraf perak untuk tujuan pengeluaran produk.


 kiri : set choker
kanan : cincin


 kiri : set barang kemas lelaki
kanan : butang baju melayu


 pendant


 produk contoh pendant yang telah dihasilkan


pendant + brooch
procuk contoh pendant + brooch yang telah dihasilkan

Adalah diharapkan rekaan-rekaan yang diberikan kepada pengusaha kraf ini akan dapat dibuat pengeluaran untuk tujuan di ujipasar semasa promosi bertema anjuran Kraftangan Malaysia dan ia juga diharap dapat menambah lagi idea dalam penghasilan produk sediada pengusaha kraf perak.


Penyelaras Projek : Masnainiza Muhamad

Taklimat Projek OP Barang Kemas Perak di Kelantan

Pada 4 Disember 2011 (Ahad) yang lepas, Bahagian ini telah mengadakan taklimat Projek Orientasi Pengeluaran (OP) Barang Kemas Perak kepada pengusaha di Kelantan bagi tujuan pengeluaran produk untuk pasaran Hari Kraf Kebangsaan 2012 yang akan datang.  Taklimat tersebut telah diberikan oleh En. Ahmad Yani Othman dari syarikat Suen Jewellers dari segi rekaan dan dibantu oleh En. Tuan Azmi Tuan Ismail dari segi teknikal pembuatan.

Sehari sebelum sesi taklimat diadakan, pihak Bahagian Usahawan Ibu Pejabat yang diwakili oleh Puan Masnainiza Muhamad telah melawat ke dua (2) buah bengkel usahawan iaitu bengkel syarikat Seni Kraftangan Timur dan bengkel En Nasar Che Musa (Ayah Su) bagi tujuan melihat dengan lebih dekat proses pengeluaran yang dilakukan oleh pengusaha kraf perak, Kelantan.


Lawatan ke bengkel syarikat Seni Kraftangan Timur.

Lawatan ke bengkel En. Nasar Che Musa (Ayah Su)

Sesi taklimat ini telah melibatkan seramai 10 orang pengusaha dan memberi fokus kepada pengeluaran produk barang kemas perak lelaki dan wanita.  Sesi taklimat tersebut juga melibatkan pembahagian dan perbincangan berkaitan rekaan yang kemudiannya diagihkan kepada pengusaha kraf untuk tujuan pengeluaran.


Sebahagian pengusaha kraf bidang kraf perak yang hadir sesi taklimat projek OP.

Pengusaha kraf sedang mendengar taklimat yang diberikan oleh En. Ahmad Yani, turut serta dalam gambar adalah En. Juhari Azmi (Timbalan Pengarah PKKM Kelantan), En. Mohamad Bin Salleh dan En. Nik Abd Aziz dari PKKM Kelantan.

Semasa sesi taklimat tersebut juga, beberapa produk contoh telah ditunjukkan kepada pengusaha sebagai rujukan kualiti dan kemasan yang perlu dititikberatkan.

Pembahagian dan perbincangan rekaan oleh pengusaha kraf.

Taklimat tersebut juga melibatkan sesi asas pembangunan rekaan bagi memberi pendedahan kepada pengusaha dalam mempelbagaikan penghasilan produk.

Taklimat tersebut telah berakhir pada jam 3.00 petang dengan pengusaha kraf mendapat amanat dari Pengarah PKKM Cawangan Kelantan berkaitan hasrat Kraftangan Malaysia dalam mempertingkatkan industri kraf barang kemas perak di pasaran domestik dan antarabangsa.


Pelapor : Masnainiza Binti Muhamad

Tempat Ketiga Pertandingan Blog Terbaik 2011

Blog Bahagian Usahawan telah dibangunkan pada 18 November 2009 atas usaha untuk berkongsi maklumat dan berita terkini berkaitan aktiviti yang dilaksanakan oleh Bahagian dan perkara-perkara yang berlaku di dalam keluarga Bahagian ini.

Pada hari ini, 01 Disember 2011, Kraftangan Malaysia telah menganugerahkan Tempat Ketiga kepada Bahagian ini dalam Pertandingan Blog Terbaik 2011 di peringkat Ibu Pejabat.  Terima kasih kepada anggota kerja yang sama-sama memberi maklumat dan berkongsi idea dalam  pembangunan Blog Bahagian Usahawan disamping tugas-tugas hakiki yang dilaksanakan.


 En. Ibrahim Ismail, Pengarah Bahagian Usahawan


Sijil Penghargaan yang diterima

Tahniah juga diucapkan kepada pemenang lain iaitu Peringkat Ibu Pejabat - Bahagian Pemuliharaan Kraf (Tempat Kedua), Bahagian Komunikasi Korporat (Tempat Pertama) dan Peringkat Cawangan - Kompleks Kraf Langkawi (Tempat Ketiga), PKKM Cawangan Selangor (Tempat Kedua), PKKM Cawangan Johor (Tempat Pertama).

Semoga dengan penganugerahan ini, akan meningkatkan lagi usaha kita dalam perkongsian ilmu dan maklumat melalui laman sesawang dan memberi manfaat kepada pengguna di luar.