# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #

Tahniah Pn Nur Haslinda Roszahari



Pada 22 November 2011 yang lalu Pn Nur Haslinda Roszahari, Kerani di Bahagian ini telah selamat melahirkan bayi perempuan secara pembedahan bertempat di Hospital Ampang.

Bayi perempuan ini telah diberi nama Anggun Audrey Amani binti Razief Iqwan dilahirkan dengan berat 3.37kg.
Kini Pn Nur Haslinda berada di Ipoh untuk menghabiskan waktu berpantang dan akan kembali bertugas 20 Februari 2012 nanti.

Semoga keluarga beliau bertambah bahagia dengan kehadiran puteri Anggun ke dunia ini.

TAHNIAH diucapkan kepada beliau.


Bengkel Bimbingan Teknikal (BT) Teknik Penghasilan Acuan Vase Dan Bowl

Bertempat di PKKM Cawangan Perak, Bahagian Usahawan telah menganjurkan Bengkel  Bimbingan Teknikal (BT) Teknik  Penghasilan Acuan Vase Dan Bowl pada 21 - 24 November 2011 (4 hari) dengan penglibatan  seramai 7 orang pengusaha kraf seramik dari negeri Perak.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan asas  mengenai penghasilan acuan/mould  seramik dan mempelajari kaedah terbaik dalam penghasilkan produk.  Melalui aktiviti bengkel yang diadakan ini, peserta dapat menghasilkan acuan mengikut model roduk yang dikehendaki tanpa terlalu bergantung kepada pembuat mould luar.

Tenaga pengajar yang telah dilantik dalam bengkel ini adalah En Rahimi Bin Ahmad dari Roshfin Keramik Sdn Bhd yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam bidang penghasilan acuan/ mould making.

En.Rahimi selaku tenaga pengajar membantu peserta membuat garisan tengah/centerline pada model.

 Kemudian ianya ditanda dengan pensil warna khas. Ini adalah penting bagi memastikan acuan sama rata.



Model kemudiannya dibaringkan 180` Darjah mendatar diatas permukaan meja kerja. Garisan tengah/pusat yang telah ditanda menjadi tanda aras acuan model.


Benteng tanah liat dibuat disekeliling model yang telah di tanda.


 Setelah kedua-dua bahagian selesai,bahagian ketiga acuan dilalakukan pada bahagian tapak.


Bancuhan Moulding Plaster/ Plaster Of Paris (POP) dilakukan mengikut nilai timbangan yang telah disediakan.


Tuangan dilakukan secara perlahan –lahan untuk mengelakkan ketulan dan kebocoran pada dinding  lapisan.
 

Sebelum bancuhan plaster  dituang ke atas model sabun sekali lagi disapu untuk mengelakkan model melekat.


Bahagian luar acuan dibentuk sehingga menyerupai model sebenar di dalam. Ini adalah untuk memastikan kadar serapan disekeliling acuan adalah sama rata.

 
  Bahagian dalam acuan diperiksa untuk memastikan tiada ruang yang rosak,sekiranya ada lubang tersebut akan ditampal semula menggunakan plaster.


 odel dikeluarkan untuk melihat ketebalan dinding acuan. Ianya perlu diukur supaya ketebalan adalah sama pada setiap bahagian.



Bengkel berakhir pada 24 November 2011, jam 5.00 petang dengan pengusaha kraf yang mengikuti bengkel ini mendapat amanat daripada Pengarah PKKM Cawangan Perak, En. So`hibul Azri Ahmad.  Bengkel lanjutan pembangunan produk Vase dan Bowl akan dilaksanakan pada pasa akan datang.


Penyelaras Projek : Fahazanie Sandy Halim

Tahniah Kepada Puan Mariana



Bahagian Usahawan mengucapkan sekalung tahniah kepada Puan Mariana yang telah selamat melahirkan cahayamata ketiganya pada 13 November 2011 yang lalu. Dikhabarkan bayi perempuan seberat 3.3 kg yang dilahirkan secara normal ini diberi nama Nurzahira Mawar Marisha.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan ceria.

Bengkel Bimbingan Teknikal Susulan Fesyen Pakaian Menggunakan Kemasan Jahitan Tradisional Johor


Bengkel Bimbingan Teknikal (BT) susulan ini telah diadakan di PKKM Cawangan Johor pada 9 - 11 November 2011 yang lalu. Pemilihan peserta (penjahit) berdasarkan kepada tahap kemahiran dan komitmen peserta semasa bengkel-bengkel jahitan terdahulu. Seramai 6 orang penjahit telah dipilih yang merangkumi kawasan Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kulaijaya. Bengkel susulan ini diadakan bertujuan untuk membantu penjahit (usahawan) memperkemaskan lagi hasil pakaian yang dijahit berdasarkan rekaan pakaian yang telah disediakan oleh Unit Fesyen, Bahagian Rekaan.

Pola pakaian yang lengkap telah disediakan sebelum bengkel dimulakan bagi membolehkan penjahit membuat rujukan dan terus memulakan aktiviti pemotongan kain. Cik Shada (Bahagian Rekaan) dan Encik  Haniff bertindak sebagai tenaga pengajar untuk membantu penjahit sepanjang bengkel dijalankan. Setiap tenaga pengajar perlu memfokuskan kepada 3 penjahit.



Penjahit perlu menekap paten pakaian masing-masing dengan bantuan tenaga pengajar dimana ketepatan ukuran amat dititikberatkan supaya mendapat hasil yang memuaskan.


Dengan tahap kemahiran yang ada, pada hari pertama bengkel, penjahit telahpun memulakan aktiviti jahitan dan setiap proses penghasilan pakaian dipantau oleh tenaga pengajar.


Jahitan kemasan menggunakan jahitan tradisional Johor mula dijalankan pada hari kedua dimana proses ini mengambil masa yang agak lama berbanding dengan proses yang lain. Penjahit perlu menggunakan kreativiti masing-masing untuk mendapatkan hasil jahitan / sulaman yang menarik.

                                                                                                                                                                              

Hasil jahitan pakaian dinilai oleh Pengarah PKKM Cawangan Johor, juga diberikan komen oleh tenaga pengajar. Sebanyak 6 rekaan pakaian telah dihasilkan diakhir bengkel ini.

Kiri :  Baju Kurung Moden                                               Kanan :  Baju Kurung Moden (Kain Japan Silk)
Kiri : Baju Kebaya Labuh                   Kanan : Baju Kurung Kedah


 Kiri : Baju Kurung Moden (Kain Chiffon)                                  Kanan : Baju Kurung Pesak

Bahagian Usahawan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua anggota kerja PKKM Cawangan Johor yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang bengkel ini dijalankan. Terima kasih juga kepada usahawan (penjahit) yang telah memberikan komitmen yang tinggi untuk menghasilkan pakaian.

Pakaian ini boleh didapati semasa Hari Kraf Kebangsaan 2012 yang akan diadakan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.


Penyelaras Projek : Intan RH.

Perbincangan 4 Penjuru bagi Perlaksanaan Projek Teapot HKK2012

Pada 8 November 2011, bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian Usahawan Kraftangan Malaysia, satu perbincangan berkaitan pelaksanaan projek teapot sempena Hari Kraf Kebangsaan 2012 (HKK2012) telah diadakan dengan penglibatan oleh Pengarah Bahagian Usahawan, En Ibrahim Ismail, Pengarah Bahagian Rekaan, En Yushak Mahmood, Pengarah Bahagian Teknikal, En Kamaruzzaman dan Pengarah Cawangan Perak, En So'hibul Azri Ahmad.

Turut hadir bagi sesi perbincangan tersebut adalah Pegawai Cawangan En Mohd Fu'ad, En Aizuddin, Pn Mai Hafizatul, Pereka Ibu Pejabat En Nursalman, En Shahril Hilmi dan En Fahazanie Sandy serta Pegawai Bahagian ini En Shazwan dan Pn Roshaida.


 En. Yusak, En. Kamaruzzaman, En. Sohibul dan  En. Ibrahim sedang membincangkan kelancaran Projek OP dan BT Seramik untuk pengeluaran HKK2012


 Pengarah Cawangan Perak yang diiringi bersama Pegawai Pereka E. Mohd Fu`ad,En Aizuddin dan juga Pn.Mai Hafizatul membincangkan aktiviti yang bakal dijalankan di peringkat cawangan


 En.Ibrahim sedang menguji praktikaliti produk contoh teapot sambil diperhatikan oleh En Yusak


Sebahagian produk contoh teapot yang dibawa oleh wakil Cawangan Perak untuk diuji tahap kesesuaian kegunaan sebelum Orientasi Pengeluaran dilaksanakan secara menyeluruh


Penyelaras Projek : Fahazanie Sandy

Pusat Inovasi Kraf Batik - Kraftangan Malaysia

Batik berasal dari kata Jawa "amba" yang bermakna menulis, dan "nitik" yang bermakna membuat titik. Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik. Batik terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya adalah batik tulis, batik skrin, batik celup, dan batik terap. Teknik batik telah diketahui lebih seribu tahun, kemungkinannya berasal dari Mesir kuno atau Sumeria. Ia terdapat di beberapa negara di Afrika Barat seperti Cameroon, Mali dan Nigeria; atau di Asia, seperti Bangladesh, India, Indonesia, Iran, Malaysia, Sri Lanka dan Thailand. Batik telah menjadi sebahagian daripada budaya dunia terutama di alam Melayu, dan sejak lama yang merangkumi negara-negara Asia Tenggara.

Batik, sebagai keseluruhan teknik, teknologi, serta pengembangan motif dan budaya yang terkait, oleh UNESCO telah ditetapkan sebagai Warisan Kemanusiaan untuk Budaya Lisan dan Nonbendawi (Masterpieces of the Oral and Intangible Heritage of Humanity) sejak 2 Oktober, 2009.
~ sumber : wikipedia

Di bawah program Bahagian Usahawan, Kratfangan Malaysia terdapat satu (1) Pusat Inovasi Kraf Batik iaitu bertempat di
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Cawangan Kelantan
KM 10, Jalan Kuala Krai
16010 Kota Bharu
Kelantan

Tel : 09-712 6266, 09-712 6277
Faks : 09-712 6278

Pihak cawangan da melakukan kajian ke atas penghasilan produk kraf batik dengan menggunakan teknik terbaharu. Sebarang pertanyaan berkaitan penghasilan dan kajian ke atas produk kraf batik boleh berhubung dengan pegawai cawangan di talian telefon yang tertera di atas. 


Selamat Datang Pegawai Baharu Pn Farina Darus

 
Berkuat kuasa pada 1 November 2011 yang lalu, Bahagian Usahawan telah menerima seorang pegawai baharu iaitu Pn Farina Binti Darus yang sebelum ini bertugas di Unit Pengurusan Sumber Manusia.


Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga kedatanganmu diiring restu Ilahi.





Terbang sekawan si burung merbuk,
Batang selasih di Tanjung Dara;
Kerja menanti harap tidaklah sibuk,
Semoga kasih bertambah mesra.


Semoga kita dapat sama-sama menyumbang khidmat bakti dalam membangun usahawan dan industri kraf di Malaysia.











kata pujangga hanya sekadar renungan :
"Poket yang kosong lebih baik daripada kepala yang kosong." (Mark Twain)

Kerja - kerja persiapan sempena lawatan TKSU ke Perkampungan Budaya Orang Asli Mah Meri

Sempena Lawatan TKSU ke Perkampungan Budaya Orang Asli Mah Meri, Pulau Carey pada 2 November 2011, Bahagian Usahawan telah melakukan persiapan ruang Demonstrasi Kraf sehari sebelum tarikh lawatan tersebut.

 Ruangan demonstrasi kraf yang telah disusunatur

 
 Sudut pandangan yang berbeza bagi ruang Demonstrasi Anyaman Mengkuang dan Anyaman Origami


 Anggota kerja Bahagian Usahawan sedang melakukan kerja - kerja susunatur


 Ruangan Demonstrai Kraf Ukiran Patung dan Ukiran Topeng


 Ruang Demonstrai Kraf Anyaman Mengkuang dan Anyaman Origami

Ruang Penyimpanan Bahan Mentah dan Ruang Persalinan

Semoga Lawatan TKSU pada hari ini akan berpuas hati dengan segala yang telah diusahakan

Taklimat Awal Bengkel Bimbingan Teknikal Fesyen Pakaian Komersil

Pada 28 Oktober 2011 yang lalu, Bahagian Usahawan mengadakan taklimat awal kepada usahawan-usahawan yang menyertai Bengkel BT Fesyen Pakaian Komersil yang akan diadakan di Kolej Legenda, Mantin, Negeri Sembilan pada pertengahan bulan ini. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk membolehkan usahawan memilih rekaan pakaian yang bersesuaian dengan kemahiran masing-masing, penyerahan paten pakaian dan juga bahan mentah (kain) untuk dijadikan batik yang mengikut konsep warna Pop Art.




Sesi taklimat dimulakan dengan penerangan ringkas berkaitan bengkel oleh Puan Roshaida , dibantu oleh Cik Siti Fatimah Zaharah dalam urusan penyelarasan sampel-sampel warna dan penyediaan peralatan lain.




Anggota kerja dari Bahagian Rekaan iaitu Puan Intan Suria, Cik Aida  dan Cik Shada juga membantu dalam aspek memberi penerangan terperinci melalui tayangan slide berkaitan jenis-jenis rekaan yang disediakan, pemilihan warna dan motif serta penggunaan bahan fabrik yang sesuai untuk dibuat pakaian.




Usahawan yang hadir ke sesi taklimat ini terdiri daripada usahawan dari Selangor, Terengganu, Kelantan, Perak dan Kedah.




Usahawan juga diberi peluang untuk melihat prototaip pakaian yang dihasilkan oleh Bahagian Rekaan bagi tujuan rujukan.





Pengarah Bahagian Usahawan, Encik Ibrahim bin Haji Ismail turut meluangkan masa bersama-sama usahawan diakhir sesi taklimat tersebut.


Sumber : Puan Roshaida / Cik Siti Fatimah Zaharah