# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #

Bengkel Bimbingan Teknikal Produk Baru Rotan, Buluh dan Daun Getah

Bengkel Bimbingan Teknikal Produk Baru Rotan, Buluh dan Daun Getah pada 18 - 21 Oktober 2011 bertempat di Pusat Inkubator Kraf Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Bengkel yang disertai oleh seramai 43 orang peserta yang terdiri dikalangan pengusaha Negeri Sembilan, Johor, Melaka ,Selangor, Perak, Perlis dan Kelantan ini telah berlangsung dengan jayanya dan telah mencapai matlamat untuk menghasilkan produk baru iaitu Produk Bakul Dobi, Beg Rotan, Bekas Buah bagi Rotan manakala produk baru Buluh seperti Dulang Buah, Bakul Boko dan produk Daun Getah seperti Potpouri serta Bekas Kotak Tisu berkonsepkan Pop Art.

Dalam aktiviti bengkel ini, pihak kami telah melantik En Ishak bin Kassim dari Syarikat Kraf Rotan Ishak sebagai tenaga Pengajar, manakala bidang buluh tenaga pengajar yang dilantik ialah En Md Borhan bin Md Saiban ( Pengajar Kraf ) dan bidang Daun Getah telah melantik Tn Haji Mat Rasul bin Sidek ( Timbalan Pengarah Bahagian Usahawan ) sebagai tenaga pengajar.



Ucapan kata aluan dari Pengarah Kompleks Kraf Negeri Sembilan dan Perasmian Bengkel Bimbingan Teknikal Produk Baru Rotan,Buluh dan Daun Getah

Ketekunan peserta daun getah dalam pembuatan produk baru begitu mengujakan 

 En Ishak bin Kassim sedang memberi tunjuk ajar kepada salah seorang peserta dari Syarikat Suri Kraf ( Pahang ) mengenai teknik lilitan penutup bakul dobi

Tn Haji Mat Rasul sedang menerangkan cara susunan bunga daun getah 

  Contoh produk baru daun getah yang telah siap digubah


 Produk baru Rotan dan Buluh yang telah siap semasa Bengkel Bimbingan Teknikal dijalankan

 Lawatan dari Pengarah Bahagian Usahawan, En Ibrahim bin Haji Ismail dan Majlis Penutupan

Sesi bergambar bersama peserta Bengkel Bimbingan Teknikal Produk Baru Rotan, Buluh dan Daun Getah pada 18-21 Oktober 2011


Sebarang Maklumat sila berhubung dengan En Mohd Nizam bin Abu di Talian 246




Ralat : 

- Pihak Kratfangan Malaysia telah melantik En Ishak bin Kassim dari Syarikat Kraf Rotan Ishak sebagai tenaga Pengajar bagi bengkel pembuatan produk baru rotan, manakala En Md Borhan bin Md Saiban bagi bidang buluh dan  Tn Haji Mat Rasul bin Sidek ( Timbalan Pengarah Bahagian Usahawan ) bidang daun getah.



Bengkel Bimbingan Teknikal (BT) Teknik Kemasan Sgrafitto Dan Kristal Glaze

Pada 11 - 14 Oktober 2011 yang lalu, Bahagian ini telah menganjurkan Bengkel  Bimbingan Teknikal (BT) Teknik Kemasan Sgrafitto Dan Kristal Glaze bertujuan untuk memberi pendekantan baru dan  tambahnilai kepada teknik sgrafitto yang sedia ada  dan memperkenalkan  pengusaha dengan teknik kristaline glaze  sebagai kemasan alternatif pada produk seramik.

PENGLIBATAN PESERTA

Seramai 15 orang peserta telah menyertai bengkel ini dan mereka terdiri daripada pengusaha seramik dari negeri Kedah, Johor dan negeri Perak.  


En .Mohd Fu`ad Bin Ariffin dari  Unit Seramik Bahagian Rekaan telah dilantik sebagaitenaga pengajar bagi teknik Sgrafitto dan dibantu oleh En.Syahril Hilmi Md Din  juga dari bahagian yang sama.  Manakala En Mohamad Aizuddin Bin Mohamad Naser sebagai tenaga pengajar Kristal Glaze dari PKKM Cawangan Perak dan dibantu oleh En.Rahmi dan En .Mohd Rusdiy dari Unit Makmal Cawangan.

BAHAN – BAHAN 
Bahan mentah yang digunakan dalam   penghasilan Teknik Sgrafitto ialah Stain Red Iron Oxide,  dan warna –warna tambahan Kuning, Hijau, Biru, Merah dan Turquoise. Red Cobalt, Red Cooper  ,Borax Frit, Wallastonite.

Manakala bagi penghasilan teknik Crystaline Glaze pula bahan –bahannya adalah  Potash feldspar, Silica, Kaolin, Zinc Oxide, Cobalt  , Cooper , Stain : Red Iron, Kuning, Hijau, Turquoise dan Biru.


Salam Perpisahan Kepada Encik Mohd. Razis Said

Encik Mohd. Razis bin Said, pegawai di Bahagian Usahawan telah ditukarkan ke PKKM Cawangan Kelantan berkuatkuasa pada 20 Oktober 2011 yang lalu. Tahniah diucapkan kepada beliau atas lantikan sebagai Pengarah Cawangan Kelantan.


Makan-makan di Restoran Andalus untuk meraikan beliau




Berselera nampak bos makan...  :)



Bos menyampaikan cenderahati kepada Encik Razis tanda terima kasih tidak terhingga..



Kenangan yang tak dapat dilupakan..



Tanpa kami, siapa la bos kan.... :D


Kami warga kerja Bahagian Usahawan mengucapkan selamat berjaya kepada Encik Razis. 



Bengkel Bimbingan Teknikal Rekaan Produk Batik Menggunakan Teknik Blok

Bertempat di PKKM Cawangan Kelantan dan Bengkel Ayu Fashion, Bahagian Usahawan telah menganjurkan Bengkel Bimbingan Teknikal Rekaan Produk Batik Menggunakan Teknik Blok. Bengkel ini diadakan selama 4 hari bermula pada 10 - 13 Oktober 2011. Pegawai Bahagian Usahawan, Cik Siti Fatimah Zaharah binti Halim bertindak sebagai urus setia sepanjang bengkel ini dilaksanakan.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada usahawan batik terhadap penghasilan kain batik dengan menggunakan teknik blok, dengan memfokuskan kepada cara perletakan rekaan ke atas kain.



HARI PERTAMA
Ucapan aluan oleh Pengarah Cawangan dan taklimat awal oleh tenaga pengajar



Usahawan mula membuat rekaan masing-masing


Antara rekaan-rekaan yang dihasilkan oleh usahawan

***************************************************************************

HARI KEDUA
Proses mencairkan lilin


Proses menerap, merebus dan membasuh kain


Proses menerap dan mewarna kain

**************************************************************************


HARI KETIGA
Usahawan menyambung aktiviti menerap dan mewarna kain


Anggota kerja Bahagian Rekaan turut sama membantu

***************************************************************************


HARI KEEMPAT
Aktiviti menjemur kain yang telah dihasilkan mengikut kreativiti masing-masing


Sesi perbincangan diantara tenaga pengajar dan usahawan


Penyampaian sijil oleh Pengarah PKKM Cawangan Kelantan


Foto kenangan bersama usahawan yang terlibat


Produk yang dihasilkan diakhir bengkel


Produk yang dihasilkan diakhir bengkel


Bahagian Usahawan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga PKKM Cawangan Kelantan yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang bengkel dilaksanakan. Terima kasih juga kepada Encik Mahadi bin Deraman (Ayu Fashion) atas komitmen dan kesungguhan beliau membimbing peserta.


Sumber :   Cik Siti Fatimah Zaharah binti Halim



Jenis Jahitan Leher Tradisional


Baju Kurung Pahang
Jahitan Leher - Sulam Ulat Bermanik











Baju Kurung Pesak Buluh
Jahitan Leher - Sulam Pucuk Rebung

Baju Kurung Pesak Gantung
Jahitan Leher - Sulam Karipap






Baju Kurung Moden
Jahitan Leher - Sulam Kerang Bermanik











Sebahagian produk contoh yang telah dihasilkan semasa Bengkel Bimbingan Teknikal Fesyen Pakaian Menggunakan Teknik Kemasan Jahitan Tradisional yang telah diadakan pada 11 - 14 Oktober 2011.

Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui Pn Roshaida Harun.

Pemenang Pertandingan Mencari Perkataan Tersembunyi

Tahniah kepada dua anggota kerja Bahagian ini yang telah terpilih sebagai pemenang Pertandingan Mencari Perkataan Tersembunyi yang telah dianjurkan oleh Bahagian Pemuliharaan yang telah diadakan pada 1 hingga 7 Oktober 2011 yang lalu.

















En. Fahazanie Sandy Halim bersama hadiah tempat Pertama yang telah dimenangi dalam pertandingan tersebut.
















Pn Masnainiza Muhamad yang telah memenangi tempat Ketiga dalam pertandingan tersebut bersama hadiah yang telah dimenangi.


Tahniah juga kepada semua pemenang pertandingan dan pihak penganjur yang telah berjaya menyemarakkan pengetahuan anggota kerja Kraftangan Malaysia berkaitan kraf logam tradisional sempena Pameran Kraf Logam yang berlangsung di Muzium Kraf Kuala Lumpur.  Keputusan penuh pertandingan boleh dirujuk di Blog Rasmi Bahagian Pemuliharaan, Kraftangan Malaysia. Gambar penuh aktiviti penyampaian hadiah boleh lihat di SINI.

Bengkel Bimbingan Teknikal Fesyen Jahitan Menggunakan Teknik Kemasan Jahitan Tradisional Johor

Baru-baru ini bermula pada 11 - 14 Oktober 2011, Bahagian Usahawan telah melaksanakan Bengkel Bimbingan Teknikal Fesyen Pakaian Menggunakan Teknik Kemasan Jahitan Tradisional Johor bertempat di PKKM Cawangan Johor. Bengkel ini merupakan kesinambungan bengkel terdahulu dimana pada kali ini, peserta-peserta perlu menghasilkan pakaian seperti baju kurung moden, baju kurung Pahang, baju kebaya, baju kurung Kedah moden, baju kurung pesak gantung dan juga baju kurung pesak buluh. Kemasan jahitan tradisional Johor perlu diaplikasikan terhadap pakaian bagi menampakkan hasil yang lebih cantik, manakala penambahan aksesori lain seperti manik dijahit mengikut kesesuaian pakaian.

Seramai 10 orang peserta menghadiri bengkel ini yang terdiri daripada penjahit-penjahit dari Kota Tinggi, Kulaijaya dan Skudai. Puan Fatimah binti Tugimon dan Puan Nor Akhadah dilantik sebagai tenaga pengajar bagi membimbing peserta-peserta semasa bengkel ini dijalankan.

                                           

Pada hari pertama, peserta memulakan bengkel dengan membuat paten pakaian berdasarkan rekaan yang dipilih. Seterusnya aktiviti pemotongan kain dimulakan.


Aktiviti menjahit pakaian terus dilakukan sebaik sahaja peserta menyiapkan paten dan membuat pemotongan pakaian. Kain tenun digunakan untuk menghasilkan pakaian dan ia adalah sesuai untuk menampakkan hasil kemasan jahitan tradisional Johor.


Diantara kemasan jahitan tradisional yang digunakan ialah jahitan kerang bermanik, pucuk rebung dan sulam Perancis yang mana jahitan ini memerlukan kemahiran dan ketelitian. Biasanya jahitan ini diaplikasikan di bahagian leher baju, lengan baju atau bahagian bawah baju.


Terdapat 10 jenis rekaan dihasilkan oleh peserta diakhir bengkel ini dan disamping penggunaan kain tenun sebagai bahan utama, peserta juga didedahkan dengan gabungan fabrik lain seperti kain Chiffon dan Japan Silk.

Pada hari keempat, Pengarah PKKM Cawangan Johor berbesar hati menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta-peserta bengkel dan sijil penghargaan kepada tenaga pengajar.



Bahagian Usahawan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga PKKM Cawangan Johor diatas segala kerjasama yang telah diberikan untuk menjayakan bengkel ini.

Tarian Zapin tarian asli,
Jadi kebanggaan rakyat jelata,
Jahitan tradisional warisan seni,
Cantik dipandang indah di mata.



Sumber : Puan Roshaida binti Harun.







TAHNIAH ANOM

Beras kunyit kami taburi,
Air mawar direnjis wangi,
Undangan kami setulus hati,
Harap sudi datang merai.


 Pada 30 September 2011, seorang anggota kerja Bahagian Usahawan telah selamat menamatkan zaman bujang beliau pada jam 4.30 petang.

Majlis Pernikahan telah diadakan di rumah beliau di Kampung Melayu Ampang, Kuala Lumpur. Majis Persandingan pihak perempuan telah diadakan pada keesokan hari, 1 Oktober 2011 di Dewan Besar UTM, Jalan Semarak.





Majlis bertandang pihak lelaki pula telah diadakan di Ruang Legar Bangunan MARA, Kuala Lumpur seminggu selepas itu.

 

Anggota kerja yang dimaksudkan adalah Puan Sahnom Binti Shahidan (Anom) dan pasangannya En Mohd Hasuad Bin Rahman yang berasal juga dari Kuala lumpur.  





Semoga hubungan mereka terus kekal dan bahagia hingga ke hujung nyawa.  Ameen.

Bengkel Bimbingan Teknikal Teknik Sapuan Lime Wash

kata alu-aluan dan perasmian oleh Pengarah PKKM Cawangan Pahang

Sesi kelas teori - semua ngantok jer mata..!!

sesi kelas praktikal - nampak semua cergas-cergas je

Peserta menggunakan spray gununtuk semburan Lacquer ( Lime Colour )

Bahan-bahan yang digunakan dalam kerja-kerja teknik lime wash ini


Sapuan white glaze atas laquer menggunakan kain yang kering

Teknik wash menggunakan berus halus


Diantara produk yang telah di jadikan bahan ujian dan contoh

Sesi penilaian produk oleh tenaga pengajar (En Zainuddin Mohammad)

Cenderamata sebagai tanda terima kasih dari Kraftangan Malaysia

Bergambar kenangan bersama tenaga pengajar dan peserta bengkel bimbingan teknikal lime wash
27 - 29 September 2011 di Pusat Inkubator Kraf Temerloh, Pahang

Sekian, terima kasih

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan En. Mohd Nizam bin Abu