# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #

Definisi Seramik

Perkataan seramik diambil dari perkataan bahasa Inggeris (ceramic) berasal dari Yunani, dan secara harafiahnya merujuk kepada kepada semua bentuk tanah liat. Bagaimanapun, penggunaan istilah moden meluaskan penggunaannya untuk merangkumi bahan bukan logam bukan organik. Sehingga tahun 1950an, yang paling penting adalah tanah liat traditional, yang dijadikan barangan tembikar ( pottery ), batu bata, jubin, dan seumpamanya, bersama dengan simen dan kaca. Kraf tradisional dijelaskan dalam rencana tembikar.

Secara sejarah, barangan seramik adalah keras, poros, dan mudah pecah. Kajian mengenai seramik sebahagian besarnya bertujuan untuk mengurangkan masalah tersebut, dan meningkatkan kekuatan bahan seramik. - sumber : wikipedia


Labu Sayong

Kegiatan perusahaan seni tembikar tradisional di Semenanjung Malaysia telah mula dikenali sejak zaman-berzaman dan kini perusahaannya masih hidup di beberapa tempat di Semenanjung Malaysia. Melalui kudrat tangan dan ketajaman ilham manusia, maka terbentuklah tembikar yang memaparkan keindahan warisan tradisi yang sebahagian besarnya disempurnakan oleh kaum wanita. Seni tembikar ialah hasil seni kraftangan yang diperbuat dari tanah liat yang diuli, diterap dengan pelbagai corak, diasapkan serta dibakar untukmenghasilkan satu rupabentuk yang sungguh berseni dan unik.

Tembikar yang lebih dikenali sebagai Labu Sayong berwarna hitam banyak terdapat di Sayong, daerah Kuala Kangsar, Perak. Malah sebut sahaja Sayong, maka tergambarlah keindahan bentuk seni labu yang berwarna kehitaman. Wujudnya labu hitam ini dari buah labu tua yang dikeluarkan isinya dan dibersihkan sebelum dijadikan bekas untuk menyimpan air.

Suatu masa dahulu, labu hitam adalah alat penting yang digunakan sebagai bekas menyimpan air minuman di majlis kenduri. Keistimewaan labu hitam ini ialah airnya yang sejuk dan dipercayai boleh menawarkan beberapa jenis penyakit seperti batuk dan demam panas. Ia juga digunakan sebagai bekas air sewaktu menziarahi tanah perkuburan.

Labu Sayong menekankan sifat semulajadi iaitu tanah liat serta teknik penggunaan tangan. Rekaan corak permukaannya dihiasi dengan motif alam sekitar seperti motif bunga padi, pucuk rebung, bunga cengkih dan juga calaran-calaran geometrik yang harmoni.

Labu Sayong tetap dikagumi dan diminati bukan sahaja kerana penggunaannya semata-mata tetapi kerana keindahannya, berasaskan nilai estetika barangan tembikar itu. - sumber : kraftangan malaysia

Pengertian Logam & Kraf Logam

Dalam bidang kimia, logam adalah sejenis unsur yang bersedia untuk membentuk ion (kation) dan mempunyai ikatan logam. Logam-logam biasanya diterangkan sebagai sebuah kekisi ion-ion positif (kation) yang dikelilingi awan-awan elektron tak setempat. Logam adalah satu daripada tiga kumpulan unsur yang dikenalpasti melalui sifat-sifat pengionan dan ikatan, yang lainnya adalah metaloid dan bukan logam. Di dalam jadual berkala, satu garis pepenjuru yang dilukir daripada boron (B) kepada polonium (Po) membezakan logam dan bukan logam. Unsur-unsur pada garis ini adalah metaloid, kadang kala dipanggil ala logam; unsur-unsur ke sebelah bawah kiri merupakan logam-logam, manakala sebelah atas kanan adalah bukan logam.

Sebuah takrifan yang lebih moden untuk logam ialah ia mempunyai jalur pengaliran dan jalur valens yang bertindih pada struktur elektronnya. Takrifan ini membuka kategori tersebut kepada polimer-polimer logam dan logam-logam organik lain, yang telah direka oleh para penyelidik dan dimanfaatkan dalam peralatan teknologi tinggi. Bahan-bahan sintetik ini biasanya mempunyai ciri-ciri kepantulan kelabu keperakan yan terdapat pada unsur logam.

Unsur bukan logam adalah lebih berlimpah dalam alam semula jadi berbanding dengan unsur logam, tetapi terdapat lebih banyak jenis unsur logam dalam jadual berkala. Antara logam-logam yang diketahui ramai adalah aluminium, tembaga, emas, besi, plumbum, perak, titanium, uranium, dan zink.

Alotrop-alotrop logam cenderung untuk bersifat berkilat, mulur, mudah ditempa, dan pengalir yang baik, sementara bukan logam secara amnya adalah rapuh (bagi bukan logam pepejal), kurang berkilau, dan merupakan penebat.

Sifat-sifat kekonduksiannya adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh setiap atom yang mengenakan pegangan longgar terhadap elektron terluar (elektron valens); maka, elektron-elektron membentuk awan di sekitar nuklei logam kation yang padat rapat.

Kebanyakan logam adalah secara kimianya kurang stabil, dan bertindak balas dengan oksigen dalam udara untuk membentuk oksida pada jangka masa yang berbeza-beza (contohnya besi berkarat setelah bertahun-tahun manakala kalium terbakar dalam beberapa saat). Logam Alkali bertindak balas paling cepat diikuti dengan logam Alkali Bumi, kedua-dua kumpulan didapati pada kumpulan penghujung terkiri dalam jadual berkala. Logam peralihan mengambil masa yang lebih lama untuk teroksida (contohnya besi, tembaga, zink, nikel). Yang lainnya, seperti paladium, platinum dan emas, langsung tidak bertindak balas dengan atmosfera. Sesetengah logam membentuk lapisan pelindung oksida pada permukaannya yang tidak dapat ditembusi selanjutnya oleh molekul-molekul oksigen, seterusnya mengekalkan rupa kilauan dan kekonduksian yang baik setelah berdekad-dekad lamanya (seperti aluminium, sesetengah keluli, dan titanium). Oksida-oksida logam adalah bersifat bes (berlawan dengan bukan logam, yang bersifat asid).

Mengecat dan menganodkan logam adalah cara baik untuk mencegah kakisan. - sumber : wikipedia



"Keluaran Kraftangan" ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa keluaran batik; dan "keluaran batik" ertinya apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai rekabentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya.
Bidang Kraf Logam terdiri daripada Filigree Perak, Pandai Besi dan Tembaga yang menjadi keutamaan dalam pembangunan industri kraf di Malaysia. Untuk melihat lebih lengkap berkaitan bidang kraf logam, boleh rujuk di laman sesawang Kraftangan Malaysia/Bidang Kraf Logam. - sumber : Kraftangan Malaysia

Rumah Terbuka Bahagian Usahawan

Pada 12 September 2011, Bahagian Usahawan telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri di sini dengan menjemput semua kakitangan Kraftangan Malaysia. Ini adalah salah satu usaha untuk memperatkan  hubungan diantara anggota kerja di Bahagian ini dan Bahagian lain di peringkat Ibu Pejabat selain daripada urusan kerja yang dilakukan secara rasmi.

Sempena sambutan tersebut, Bahagian ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, YBhg En Mohd Kamil Mohd Ali, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Tn Hj Shahruddin Mohd Nor dan Timbalam Ketua Pengarah (Operasi) En Ramli Mohd Nor kerana sudi menerima jemputan kami.

Tidak lupa jugak kepada pengarah-pengarah Bahagian dan anggota kerja yang sudi hadir dan memeriahkan lagi majlis tersebut.  

Bersama ini dikongsi gambar-gambar yang sempat dirakan sepanjang majlis tersebut berlangsung




















 Aktiviti di dapur Level 'M' wing kiri, dara pingitan menunjukan skill memotong kek sponsor oleh Shazwan.












Persediaan untuk memasak nasi tomato oleh chef Intan n master chef Razis.












"Sebelum hidang kat luar, baik aku makan dulu, nanti x dapat pula" bos Bahagian Usahawan.












Mummy Linda buat pose menarik berlatar belakangkan makanan yang telah siap disusun.













"Cuba teka chef Intan masak ape...?" Tim
















Diantara menu yang dihidangkan Nasi Dagang Cik Mat, Nasi Tomato Intan, Nasi Impit  & Lemamg Razis, Kuah Kacang Bos, Ayam Rendang Aim, Ayam Masak Merah Lynn, Rendang Daging Anom.











Desert dan pencuci mulut Carrot Cake Wan, Puding Castard Jagung Masz, Koktel Buah Azlin, Puding Laici, dan Buah-buahan Seia Sekata.














Angkatan tuan rumah merasmikan majlis.











  
En Aim melayan tetamu utama TBhg Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, En Mohd Kamil dan TKP (O) En Ramli Mohd Nor.











Tetamu jemputan mula menyerang makanan, kelihatan Pengarah Bhgn Pembangunan sedang memerhati menu yang berkenan.
 Jiran terdekat Bhgn Pemuliharaan Kraf sedang mengambil makanan masing-masing.

 Pengarah Bhgn Teknikal nampak pinggan dah kosong, nak tambah lagi lah tu, sila sila..... jangan malu malu.












Wah, teratur jerk mereka ni ambil makan kan, maklumlah masa ni orang tak ramai lagi, so boleh lah ambil dalam keadaan tenang kan.












Di dalam bilik dah penuh orang, jadi ada juga tetamu yang ambil menu di luar dulu, mee hoon soto import punya.












Cik Mat sibuk membuat rakaman video tetamu yang datang dan tuan rumah juga.













Pengarah Bhgn Rekaan dan anggota kerja Bhgn Teknikal.









 

Tn Hj Shahruddin TKP (P) terpaksa mengambil makanan sendiri, maafkan kami kerana x menang tangan nak melayan tetamu yang datang.













Tidak muat tempat duduk dalam bilik, En Koboi kita terpaksa makan di meja kerja.













Makan hanya beralaskan tangan masing-masing.














Cik Mat sedang melayan tetamu.











En Syardi dari Unit Pengurusan Sumber Manusia pon terpaksa makan kat ruang kerja.












Anggota kerja Bhgn Pasaran & Promosi dan Bhgn BSK. Kak Jan, nape diri je, dah kenyang ke?.













Senyuman manja dari Cikgu Nazri, yang belakang tu pula serius je bercerita.













Seekor kumbang dengan 3 kuntum bunga dari Bhgn Rekaan.










 
Merdeka! Merdeka! Merdeka! semangat dari orang balik dari perbarisan, duduk pon dekat dengan bendera.











Cik Zul sedang memilih makanan yang tinggal untuk di makan. Maklum lah datang lewat, makanan pon dah hampir habis.












Ahli-ahli perbarisan Hari Merdeka mengisi perut masing2 lepas penat berbaris.

Walaupon majlis yang diadakan itu tidak sebesar dan semeriah Majlis Rumah Terbuka YB atau orang kenamaa, diharapkan tetamu yang hadir berpuas hati dengan menu yang disediakan.  Bagi mereka yang berpuasa pada hari itu, alhamdulillah kami ada bekalkan sedikit makanan untuk berbuka.

Maaf sekiranya apa yang kami hidangkan tidak menepati selera tetamu yang hadir. Maaf juga dipinta sekiranya layanan yang diberikan tidak seperti yang diharapkan.  Maaf juga diharapkan oleh kami andai ada kelakuan dan tingkah laku kami yang tidak enak dipandang mata sepanjang majlis tersebut.

Diharap jemputan kami akan datang juga akan dipenuhi oleh tuan-tuan dan puan-puan sekiranya ada. Insyaallah.

TERIMA KASIH SEMUA!!!