# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #

Produk Rembau Crystal - Rembau, Negeri Sembilan


Rembau Crystal Sdn. Bhd.
Lot 1432, Kompleks Perkampungan Kristal,
Jalan Kampung Mulia,
71300 Rembau,
Negeri Sembilan
No Tel: 06-6853100 / 6855100
No. Faks: 06-6854100
email: rembaucrystal@yahoo.com.my








Lawatan Ke Bengkel Usahawan

Dalam bulan Ramadan ini, Bahagian Usahawan telah menghadkan pelaksanaan aktiviti Bimbingan Teknikal dan Orientasi Pengeluaran kepada usahawan-usahawan kraf di seluruh negara.  Ini adalah bagi menghormati bulan yang penuh keberkatan dan diharapkan anda di luar sana dapat memperbanyakkan dan memperoleh keredhaan dari-Nya.  

Walaubagaimana pon, beberapa siri lawatan telah dilaksanakan oleh beberapa pegawai Bahagian ke bengkel-bengkel usahawan terpilih iaitu :
  • Rembau Crystal - Rembau, Negeri Sembilan
  • Kampung Ulu Juaseh, Labis, Johor
Siri lawatan yang telah diketuai oleh En. Shazwan, turut disertai oleh Pn. Roshaida, En. Mohd Nizam dan En. Sandy telah diadakan pada 18 Ogos 2011, Khamis adalah bertujuan untuk membuat pemantauan pengeluaran produk dan cadangan pelaksanaan bentuk bantuan latihan kemahiran yang bakal dilaksanakan selepas sambutan Aidilfitri nanti.

Hasil lawatan mendapati terdapat beberapa penambah baikkan boleh dilakukan terhadap pengeluaran produk di samping pembekalan bahan kepada usahawan yang akan terlibat dalam aktiviti Promosi Hari Kraf Kebangsaan 2012.  Beberapa rekaan produk baru juga sedang giat disediakan oleh pegawai terlibat untuk membantu usahawan terlibat dalam pengeluaran produk mengikut pasaran semasa.

Swarovski Faceted Crystal Beads

sumber gambar umei.com













Swarovski (English pronunciation: /swɒrˈɒfski/ sworr-off-skee[2]) is the brand name for a range of precisely-cut crystal (a particular type of glass) and related luxury products produced by Swarovski AG of Wattens, Austria.

Swarovski (Bahasa Inggeris sebutan: / swɒrɒfski / sworr-off-skee) adalah nama jenama untuk pelbagai jenis kristal yang tepat-cut (jenis kaca) dan produk-produk mewah yang berkaitan yang dihasilkan oleh Swarovski AG Wattens, Austria. - sumber wikipedia

Bengkel Bimbingan Teknikal (BT) Pemadanan Warna Tenunan Sabah

Aktiviti : Bengkel Bimbingan Teknikal (BT) Pemadanan Warna Tenunan Sabah
Tarikh : 24 - 26 Julai 2011
Tempat : Pusat Tenunan SDSI, Kota Belud, Sabah
Bilangan peserta : 40 orang
Tenaga Pengajar : Puan Noraizah bt. Abdullah (IKN)

Objektif bengkel adalah untuk memperkenalkan kaedah pemadanan warna dengan memahami asas-asas teori warna dalam kehidupan, seterusnya usahawan tenun dapat menghasilkan kain tenun dengan menggunakan warna-warna yang baru dan berlainan.












 Proses pencelupan & pemadanan warna benang serta proses pengeringan benang.
 Hasil warna benang yang didapatkan oleh peserta.













Hasil warna benang yang didapatkan oleh peserta.
Hasil warna benang yang didapatkan oleh peserta.













Hasil warna benang yang didapatkan oleh peserta.
Proses dokumentasi sampel benang yang telah didapatkan warna yang sepadan dengan tona warna gambar yang dicetak.











Proses dokumentasi sampel benang yang telah didapatkan warna yang sepadan dengan tona warna gambar yang dicetak.
Proses dokumentasi sampel benang yang telah didapatkan warna yang sepadan dengan tona warna gambar yang dicetak.












Sesi soal-jawab diantara pegawai Bhg PU Ibu pejabat dan pegawai PU cawangan dengan peserta2 bengkel.
Majlis penutup oleh Encik Awang Ismail bin Othman, wakil Pengarah cawangan. 

 Penganuran bengkel sebegini adalah memang dikehendaki oleh pengusaha-pengusaha tekstil di Malaysia dalam penghasilan produk yang memerlukan pemadanan warna bersesuaian dan dapat meningkatkan kualiti produk tekstil yang dihasilkan.
________________________
Pelapor : Roshaida bt. Harun

Bengkel BT Produk Baru Jahitan Tradisional

Tajuk : Bengkel BT Produk Baru Jahitan Tradisional
Tarikh : 20 - 22 Julai 2011
Tempat : PKKM Cawangan Johor
Bilangan Peserta : 29 orang


Sebanyak 13 jenis jahitan tradisional Johor telah diajar sepanjang bengkel dijalankan iaitu Jahitan tulang belut, peringgi, ulat,bunga cengkih, mata lalat, mata keli, karipap, gigi buaya, kipas, pucuk rebung, kerawang bermanik, kaki ayam bermanik dan sulam Perancis.



















Perasmian bengkel oleh Pengarah PKKM Cawangan Johor.
Ceramah / taklimat bertajuk "Busana Johor - Pengertian Jahitan & Kegunaannya" oleh Encik Shafie bin Ahmad, Pegawai Kebudayaan, Yayasan Warisan Johor.












Taklimat pengenalan tentang jahitan tradisional Johor oleh Puan Fatimah bt. Tugimon, Pemilik Syarikat Koleksi IMM selaku tenaga pengajar bengkel.
 Jahitan Peringgi, salah satu jenis jahitan tradisional Johor.













Proses membuat pola baju kurung dan pemotongan kain pasang oleh peserta bengkel.












Proses membuat pola baju kurung dan pemotongan kain pasang oleh peserta bengkel.

















 
Proses menjahit baju kurung.



Semoga penganjuran bengkel sebegini dapat memberi pendedahan kepada generasi baru kepada jenis-jenis jahitan tradisional sebagai ragamhias kepada pakaian seharian.
________________________
Pelapor : Roshaida bt. Harun

Kenali Ramadhan - Siri 12

Tingkatan Puasa

Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam bukunya Ihya al-'Ulumuddin telah membahagikan puasa itu kepada 3 tingkatan:
  1. Puasanya orang awam (shaum al-'umum): menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.
  2. Puasanya orang khusus (shaum al-khusus): turut berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa.
  3. Puasanya orang istimewa, super khusus (shaum al-khawasi al-khawas): turut berpuasa 'hati nurani', iaitu tidak memikirkan sangat soal keduniaan
Pembahagian di atas memberikan umat Islam ruang untuk berfikir dan menelaah tingkat manakah mereka berada.

Kerugian meninggalkan puasa Ramadhan

Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan saja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

# Sumber Wikipedia

Kenali Ramadhan - Siri 11

Perkara yang membatalkan puasa

Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:
  • Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
  • Keluar darah haid atau nifas
  • Gila (hilang akal)
  • Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
  • Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
  • Murtad (keluar dari Islam)
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).

Mereka yang diizinkan berbuka

Terdapat kelonggaran (harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka:
  • Orang yang sakit .
  • Orang yang berkerja buruh.
  • Orang yang dalam musafir (perjalanan).
  • Orang tua yang sudah lemah.
  • Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.

 

 

 

Doa buka puasa

اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت
Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan

# Sumber Wikipedia

Kenali Ramadhan - Siri 10

Syarat wajib puasa

Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:
  • Berakal/waras
  • Baligh (cukup umur)
  • Mampu/tidak uzur.

Syarat sah puasa

Manakala syarat puasa itu diterima di dalam Islam (sah) ialah:
  • Orang Islam
  • Berakal - tidak sah jika gila atau kanak2 belum mumayyiz
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.

Rukun puasa

Rukun puasa ada dua, iaitu:
  • Berniat pada malam harinya
  • Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.

Sunat puasa

Perkara-perkara berikut disunatkan ketika berpuasa:
  • Makan sahur serta melambatkannya
  • Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
  • Menjamu orang-orang berbuka puasa
  • Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan.
# Sumber Wikipedia

    Kenali Ramadhan - Siri 9

    Hukum Puasa

    Puasa Wajib

    1. Puasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Syariat puasa Ramadhan difardhukan kepada umat Muhammad s.a.w. pada tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam.
    2. Puasa Kifarah.
    3. Puasa qadha
    4. Puasa Nazar.

    Puasa Sunat

    Hari-hari berikut disunatkan berpuasa bagi umat Islam:
    1. Puasa enam hari pada bulan Syawal
    2. Puasa pada Hari Arafah pada 9 Zulhijjah, namun menurut Ahli Sunah Waljamaah (Sunni), berpuasa pada 9 Zulhijjah adalah haram bagi orang yang menunaikan ibadah Haji. Berpuasa pada 9 Zulhijjah juga adalah dilarang dalam Mazhab Syiah.
    3. Puasa pada Hari Asyura pada 10 Muharam
    4. Puasa pada Hari Isnin dan Khamis
    5. Puasa pada 13, 14, 15 haribulan pada setiap bulan Islam Hijrah. Pada tarikh-tarikh tersebut bulan akan berada dalam keadaan amat jelas kelihatan serta purnama penuh.

    Puasa Haram

    Rencana utama: Tempoh haram puasa
    1. Puasa pada Hari Syak pada hari 30 Syaaban
    2. Puasa pada Hari Raya Aidil Fitri pada 1 Syawal
    3. Puasa pada Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah
    4. Puasa pada Hari Tashriq pada 11, 12, 13 Zulhijjah
    5. Puasa perempuan haid & Nifas
    6. Puasa pada Hari Arafah yakni pada 9 Zulhijjah, larangan berpuasa menurut Mazhab Syiah, tetapi berpuasa pada hari tersebut adalah sunat bagi Muslim yang mengikuti Mazhab Ahli Sunah Waljamaah, namun menurut pandangan Ahli Sunah Waljamaah juga, haram berpuasa pada hari tersebut bagi orang yang menunaikan Haji di Arafah.
    7. Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
    8. Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa
    9. Puasa untuk orang lain dan yang ghaib serta tidak diniatkan kepada Allah SWT

    # Sumber Wikipedia

    Kenali Ramadhan - Siri 8

    Niat puasa Ramadhan

    Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.

    Lafaz niat

    Lafaz setiap malam. 
     Niat ringkas:
    نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
    Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

    Lafaz lengkap:
    نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
    Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
    • Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.
    Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:
    Lafaznya:
    نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
    Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

    • Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
    • Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
    “Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

    Waktu berniat

    Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

    # Sumber Wikipedia

    Kenali Ramadhan - Siri 7

    Dalil

    Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)}}

    Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

    |" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."}}



    # Sumber Wikipedia

    Kenali Ramadhan - Siri 6

    Ibadat Puasa

    Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.
    Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.





    # Sumber Wikipedia

    Kenali Ramadhan - Siri 5

    Aspek ekonomi

    Masjid Jamek Kedua, Muar, Johor
    Salah satu fenomena yang dapat dilihat di negara dengan penduduk majoriti Islam pada bulan Ramadan pada umumnya adalah Bazar Ramadan. Menjelang waktu maghrib, dapat dilihat di tapak-tapak pasar malam atau kawasan lapang, gerai-gerai yang menjual juadah berbuka puasa. Bazar seperti ini biasanya diselenggara kerajaan setempat (majlis perbandaran atau pejabat daerah), namun ada juga bazar khas yang dianjurkan kerajaan negeri atau syarikat tertentu. Selain itu, pada siang hari bulan ini juga dapat dilihat para pedagang bermusim yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan yang menjaja pelbagai barangan dari makanan hinggalah pakaian, di tempat-tempat awam terutamanya di tepi-tepi jalan. Kesemua ini dapat menjana ekonomi kawasan terbabit [10].

    # Sumber Wikipedia

    Kenali Ramadhan - Siri 4

    Amalan Sewaktu Ramadhan

    Umat Islam digalakkan membanyakkan ibadah pada bulan Ramadan kerana ganjarannya digandakan pada bulan ini.

    Puasa Ramadan

    Rencana utama: Ibadat puasa
    Selama sebulan Ramadan, umat Islam akan berpuasa setiap hari, dari terbit fajar (subuh) sehinggalah terbenamnya matahari (maghrib). Selama berpuasa, mereka harus menahan diri dari makan, minum dan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa sehingga tiba waktu berbuka. Syariat ini diturunkan pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah dan sejak itu, masyarakat Islam menyambut bulan Ramadan dengan seharian berpuasa.
    Orang Islam disunatkan bersahur sebelum berpuasa [2]. Sahur (makan sebelum fajar) membezakan puasa orang Islam dan puasa lain. Semasa berbuka puasa (iftar), disunatkan pula berbuka dengan makanan atau minuman manis serta tidak berlebih-lebihan. Disunatkan juga untuk menjamu orang lain berbuka puasa.

    Solat Tarawih

    Rencana utama: Solat Sunat Tarawih
    Masjid Kuantan, Pahang
    Pada malam harinya, setelah solat Isyak, umat Islam melanjutkan ibadahnya dengan melaksanakan solat Tarawih, solat khusus yang hanya dilakukan pada bulan Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjama'ah di masjid-masjid. Di sesetengah tempat, sebelum pelaksanaan solat tarawih, diadakan ceramah singkat untuk menasihati para jama'ah.






    Zakat Fitrah

    Rencana utama: Zakat Fitrah
    Zakat fitrah adalah zakat yang dikeluarkan khusus pada bulan Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya Solat Sunat Hari Raya. Setiap individu muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat jenis ini [9]. Nilai zakat fitrah yang harus dikeluarkan per individu adalah satu gantang makanan ruji di daerah bersangkutan. Jumlah ini adalah setara dengan 2.70 kg beras.

    Aidil Fitri

    Rencana utama: Hari Raya Aidil Fitri
    Akhir bulan Ramadan dirayakan dengan sukacita oleh seluruh Muslim di dunia. Pada malam harinya (malam 1 Syawal), yang biasa disebut malam kemenangan, mereka akan mengumandangkan takbir bersama-sama. Esoknya tanggal 1 Syawal, yang dirayakan sebagai Hari Raya Aidil Fitri, semua Muslim baik lelaki mahupun perempuan digalakkan ke masjid untuk melakukan Solat Sunat Hari Raya. Solat dua raka'at ini akan diikuti khutbah mengenai Aidil Fitri.

    # Sumber Wikipedia

    Kenali Ramadhan - Siri 3

    Peristiwa Semasa Ramadhan

     Turunnya al-Qur'an

    Rencana utama: Nuzul Quran
    Para ulama bersetuju bahawa Al-Quran mula diturunkan pada bulan Ramadan, namun tarikhnya kurang jelas. Ahlu sunnah wal jamaah menerima bahawa al-Qur'an diturunkan pada malam Jumaat, 17 Ramadan [5] dan oleh itu 17 Ramadan diperingati sebagai hari turunnya wahyu (Nuzul Quran) buat pertama kalinya (terdapat juga perbezaan pendapat mengenai perlu tidaknya peristiwa ini dirayakan [6]). Pada malam tersebut surah Al-‘Alaq ayat 1 hingga 5 diturunkan ketika Nabi Muhammad s.a.w. sedang berada di Gua Hira. Peringatan peristiwa ini biasanya dilakukan dengan acara ceramah di masjid-masjid.

    Lailatul Qadar

    Rencana utama: Lailatul Qadar
    Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, Perak
    Lailatul Qadar (malam ketetapan), adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadan. Malam ini dikatakan dalam al-Qur'an pada surah Al-Qadr, lebih baik daripada seribu bulan [7]. Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa riwayat, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadan. Walaubagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Sebahagian Muslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.

    Lain-lain

    Terdapat banyak peristiwa penting yang berlaku dalam bulan ini [8]. Antaranya:
    • 10 Ramadan 8 H: Pembukaan Makkah (630 M)
    • 17 Ramadan 2 H: Perang Badar (624 M)

    # Sumber Wikipedia

    Kenali Ramadhan - Siri 2

    Pengenalan

    Ramadan berasal dari kata akar رﻣض , yang bererti panas yang menyengat atau kekeringan, khususnya pada tanah. Dari kata akar tersebut kata Ramadan digunakan untuk menunjukkan adanya sensasi panas ketika seseorang itu kehausan. Pendapat lain mengatakan bahwa kata Ramadan digunakan kerana pada bulan itu dosa-dosa dihapuskan oleh perbuatan baik sebagaimana matahari membakar tanah. Hal ini dikiaskan dengan umat Islam yang mengambil kesempatan Ramadan untuk serius mencairkan, memuhasabah diri dan memperbaharui kekuatan jasmani, rohani dan tingkah lakunya, sebagaimana panas mewakili sesuatu yang dapat mencairkan bahan [2] .

    Penentuan awal Ramadan

    Rencana utama: hilal
    Masjid Shah Alam, Selangor
    Takwim Hijrah didasarkan pada orbit bulan mengelilingi bumi dan awal setiap bulan ditetapkan saat terjadinya hilal (bulan sabit). Kaedah penentuan saat terjadinya hilal yang digunakan ketika ini ada dua, iaitu kaedah penglihatan dengan mata kasar ("rukyah") dan kaedah perhitungan astronomi ("hisab").
    Sesetengah negara menggunakan rukyah sahaja manakala sesetengah yang lain menggunakan nisab sahaja [3]. Dunia Melayu amnya menggunakan kedua-dua kaedah sekaligus [4].





    # Sumber Wikipedia

    Bengkel Bimbingan Teknikal Produk Sulaman Kontemporari (Sulaman Nyonya)


    Pada 12 - 14 Julai 2011, bertempat di PKKM Cawangan Pulau Pinang telah diadakan Bengkel Bimbingan Teknikal Produk Sulaman Kontemporari (Sulaman Nyonya).

    Bengkel tersebut telah menggunakan khidmat Madam Lim Swee Kim (Adiguru Sulam Nyonya) dari Pulau Pinang sebagai tenaga pengajar. 

    Pengusaha kraf bidang sulaman yang terdiri daripada 12 orang dari negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis telah diajar dalam penghasilan produk berasaskan sulaman nyonya selama 3 hari modul pelaksanaan.

    Objektif bengkel ini adalah memelihara seni kemahiran Jahitan Sulaman Ngonya agar ianya dapat diperkembangkan sebagai salah satu daripada seni warisan negara.
    Ianya juga diharap dapat memajukan produk Sulaman Nyonya sebagai satu produk yang ekslusif.

    Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menujudkan produk-produk baharu di pasaran terutamanya sempena aktiviti Promosi Aidilfitri dan Promosi Tekstil bagi tahun 2011 anjuran Kraftangan Malasyia.

    Peserta juga diajar peralatan dan cara penggunaan mesin sulaman yang betul dalam penghasilan produk yang lebih kemas dan berkualiti.

    Modul bengkel adalah termasuk menggunakan teknik teori dan praktikal yang membolehkan pengusaha kraf menghasilkan produk yang dijangka mendapat sambutan dalam promosi-promosi yang akan disertai pada masa akan datang.
     Dengan cara ini, peserta dapat mendapat tunjuk ajar secara lebih dekat dan mudah daripada tenaga pengajar yang telah dilantik iaitu Madam Lim Swee Kim.

     Diantara produk yang dihasilkan dalam bengkel tersebut adalah Sarung Kusyen, Beg Cenderahati dan Kotak Tisu.

    Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan pelaksanaan bengkel ini terutamanya PKKM Cawangan Pulau Pinang yang menyediakan ruang kerja kepada peserta.
    Peserta bergambar bersama tenaga pengajar dan urusetia Ibu Pejabat selepas tamat bengkel.

    Kenali Ramadhan - Siri 1

    Ramadan (b. Arab: رمضان, transliterasi: Ramaḍān, terjemahan harfiah: "panas terik") (biasa digelar "Ramadan Al-Mubarak") adalah merupakan bulan yang ke-9 dan bulan paling suci di dalam kalendar Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur'an yang bermaksud:

    Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu...
    surah Al-Baqarah, ayat 185



    Masjid Putrajaya
    Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa [1].








    # Sumber Wikipedia