# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #

Ucapan Salam Ramadhan







KELEBIHAN RAMADHAN - sumber www.ashtech.com.my

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya. 

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud  Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

Daripada Abu Hurairah telah berkata : Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata : Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Demonstrasi Pembuatan Produk Ukiran Kayu


 Pada zaman dahulu barangan peti kayu dihasilkan oleh pengukir dan tukang kayu bagi kegunaan menyimpan peralatan, perhiasan, pakaian dan juga barang-barang berharga. Penggunaan kayu untuk dijadikan kotak atau peti amat disenangi oleh tukang kayu pada zaman dahulu kerana bekalan mudah didapati. Alam Nusantara telah dianugerahi Tuhan dengan cuaca yang sesuai untuk tumbuhan dan pepohon kayu tropika. Dibandingkan dengan tembaga atau besi yang sukar didapati, penggunaan kayu oleh tukang-tukang dan pengukir kayu pada zaman dahulu mudah dimengertikan. Kayu ringan dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja. 



  Kayu-kayu tropika yang digunakan sejak zaman dahulu hingga kini mestilah mempunyai ciri-ciri yang membolehkannya dibentuk dan diukir dengan mudah untuk dijadikan kotak. Antara jenis-jenis kayu ini aialah meranti, nyatuh, merbau dan sebagainya yang ternyata sesuai dijadikan kotak kerana ianya tahan lama. Di samping itu urat-urat pada kayu tersebut juga mempunyai rekacorak yang tersendiri dan menarik dipandang. Oleh kerana itulah kotak-kotak ini jarang sekali dicat atau diwarnakan sehingga menghilangkan rekacorak semulajadi  kayu tersebut. Kalau perlu ianya hanya di ‘shellac’ atau di ‘varnish’ sahaja. 


   
Kotak kayu ini mempunyai nilainya tersendiri (intrinsic value) kerana sebab-sebab yang dinayatakan di atas. Dekorasi tambahan pada kotak ini seperti ukiran (etching) tembaga, perak dan sebagainya tidaklah mencacatkan nilai estetikanya.

Kotak merupakan sejenis bekas yang mempunyai pelbagai bentuk. Apabila bentuknya tidak dinyatakan biasanya kotak itu berbentuk kubus dan kuboid. Sungguhpun begitu kotak mungkin mempunyai keratan rentas yang berbentuk segi empat tepat, bulat, bujur; mempunyai bahagian atas yang condong atau berkubah, atau sisi tidak tegak. Kotak biasanya dibuka dengan menaik, menggelunsur atau mengalihkan penutupnya, yang mungkin berengsel dan/atau diikat dengan selak, kancing atau kunci. Walau apa bentuk dan tujuannya atau dari bahan apa ia dihasilkan, ia merupakan hasil dari peti, salah satu perabot domestik tertua. Kegunaannya tidak terbatas dan pelbagai objek boleh diletakkan ke dalamnya bagi pelbagai tujuan. - sumber wikipedia


Juru Demo sempena Promosi Kraf Aidilfitri :-
ZANITA BINTI RAMLI
Z & Z Kayu Kraf
Pusat Inkubator Temerloh
Lot 11, Kawasan Perindustrian Songsang
28000 Temerloh, Pahang
017-3064952
 
RASIDI BIN ABU HALEPAH
Seri Cempaka
Pusat Inkubator Temerloh
Lot 11, Kawasan Perindustrian Songsang
28000 Temerloh, Pahang
013-9123204

Demonstrasi Pembuatan Jahitan Tulang Belut


 
Jahitan Tulang Belut adalah jahitan hiasan leher yang asli khusus untuk baju kurung tradisional dan baju Melayu di selatan tanah air. Satu-satunya hiasan leher baju kurung yang diwarisi sejak turun-temurun. Jahitan ini menambah kehalusan seni buatan baju kurung Melayu yang berasaskan kepada jahitan lilit ubi. 







Semakin kecil saiz jahitan tulang belut semakin tinggi nilai kehalusan seninya. Tidak sesuai digunakan sebagai hiasan jahitan tepi kelengkapan rumah tangga.


Baju Melayu yang biasa di pakai di Malaysia dan negara serantau biasanya terbahagi kepada dua, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang. Baju Melayu Teluk belanga biasanya lebih terkenal di selatan Malaysia sementara potongan Cekak Musang di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut, potongan Cekak Musang berbentuk seperti leher baju India hanya bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Sementara potongan Teluk Belanga pula bahagian lehernya hanya di jahit secara sulaman. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan seperti Mata Lalat, Tulang Belut dan sebagainya. - sumber wikipedia


Juru Demo sempena Promosi Kraf Aidilfitri :-
NAAIMAH BINTI MAHFOZ
Kesuma Budi Enterprise
RB 862 A, Ramuan Cina Besar
Masjid Tanah, 78300 Melaka
017-6328266

Demonstrasi Pembuatan Produk Kraf Perak - Barangan Hiasan Diri


Seni pertukangan perak adalah salah satu daripada cabang kesenian orang Melayu yang amat terkenal di Negeri Kelantan dan sedikit di negeri Terengganu. Agar sukar bagi kita untuk mencari sejarah bermulanya seni perusahaan ini, tetapi ada kemungkinannya bahawa kesenian-kesenian lain yang mempengaruhi masyarakat Melayu. Kemahiran bertukang orang Melayu dipercayai memang sudah ada sejak zaman berzaman lagi, iaitu hasil pengaruh tamadun ‘Hindu’ yang memang terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti tembaga dan emas. Dengan ini, perusahaan barang-barang perak ada kaitan rapat dengan bidang perusahaan emas dan tembaga kerana terdapat persamaan dari segi pembuatannya. 



Proses dan teknik ikatan permata menggunakan beberapa teknik iaitu dengan membuat acuan dari kulit sotong, melebur perak dan menuang, mencuci dan memasang permata dan menggilap. Selain itu barang hiasan diri ini memerlukan  bahan dan peralatan . 

Bahan dan peralatan:-
i)                    Semawar
ii)                   Kikir belah rotan besar
iii)                 Kikir kecil
iv)                 Tukul besi
v)                  Handasan
vi)                 Besi tanggi
vii)               Besi penggilat
viii)              Crucible
ix)                 Gergaji
x)                  Minyak petrol
xi)                 Kulit sotong
xii)               Pijar
xiii)              Kertas pasir
xiv)             Benang no.10
xv)               Powder halus
xvi)             Powder kasar

Juru Demo sempena Promosi Kraf Aidilfitri:-
MOHD HILMI BIN HASAN
A&M Global Sdn Bhd
Lot PT 7585, Pekedai Wakaf Tapai
21040 Marang, Terengganu

Demonstrasi Pembuatan Produk Kraf Perak - Barangan Wares

Seni pertukangan perak adalah salah satu daripada cabang kesenian orang Melayu yang amat terkenal di Negeri Kelantan. Agar sukar bagi kita untuk mencari sejarah bermulanya seni perusahaan ini, tetapi ada kemungkinannya bahawa kesenian-kesenian lain yang mempengaruhi masyarakat Melayu. Kemahiran bertukang orang Melayu dipercayai memang sudah ada sejak zaman berzaman lagi, iaitu hasil pengaruh tamadun ‘Hindu’ yang memang terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti tembaga dan emas. Dengan ini, perusahaan barang-barang perak ada kaitan rapat dengan bidang perusahaan emas dan tembaga kerana terdapat persamaan dari segi pembuatannya.



Barangan kasar menggunakan pelbagai proses iaitu Proses Peleburan, Proses Pembentukan, Memateri dan Teknik Komo. Alatan peralatan yang digunakan untuk memproses barang-barang kasar adalah seperti berikut:-

i)                    Sarang komo kayu
ii)                   Besi komo
iii)                 Tukul besi
iv)                 Tukul tanduk
v)                  Jangka pengukur
vi)                 Gunting
vii)               Set pahat bunga
viii)              Kikir besar
ix)                 Kikir halus
x)                  Gergaji
xi)                 Disc
xii)               Jeput leper
xiii)              Jeput bulat
xiv)             Conel
xv)               Pisau pengokok
xvi)             Kertas pasir


Juru Demo sempena Promosi Kraf Aidilfitri :-
MOHD MALIKI BIN MOHD ROSLI
S 18, Kampung Kraftangan Jalan Hilir, Balai Besar
15300 Kota Bharu, Kelantan
019-3447552