# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #

Bengkel Bimbingan Teknikal Produk Enamelling

Satu Bengkel Bimbingan Teknikal Produk Enamelling akan diadakan pada 14 - 17 Mei 2011 bertempat di Institut Kraf Negara, Rawang, Selangor


Bengkel ini merupakan lanjutan kepada Bengkel Teknik Enamelling yang telah diadakan terdahulu dengan kali ini penyertaan adalah seramai 12 orang usahawan dari negeri Kelantan, Terengganu, Selangor dan Melaka. Ia juga melibatkan pereka, pengajar kraf cawangan Terengganu dan Selangor dan tidak ketinggalan pengajar kraf serta pelajar Jurusan Seni Kraf Logam Institut Kraf Negara.


sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan En Shazwan dan Pn Masnainiza di Bahagian Usahawan.

Bengkel Bimbingan Teknikal Batik Terap Kombinasi Canting

Sekarang sedang berlangsung Bengkel Bimbingan Teknikal Batik Terap Kombinasi Canting yang diadakan bermula 9 Mei dan akan berakhir pada 13 Mei ini bertempat di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan.

Pelaksanaan bengkel ini juga adalah dengan kerjasama Unit Tekstil, Bahagian Rekaan yang bertindak sebagai tenaga pengajar dan Penagajar Kraf Cawangan Kelantan.

Sebarang pertanyaan berkaitan pelaksanaan bengkel ini boleh berhubung teus dengan Cik Siti Fatimah Zaharah di Bahagian Usahawan.