# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #

Persiapan BT Sculpturing Dalam Penghasilan Paten

beberapa equipment bahan bercetak dah siap disediakan oleh anggota kerja yang berkaitan bagi pelaksanaan BT Sculpturing Dalam Penghasilan Paten yang akan dilaksanakan di PKKM Cawangan Kelantan pada 25 - 29 April 2011 selama 5 hari.

'

seorang pegawai Bahagian ini akan bertindak sebagai urus setia sepanjang aktiviti berlangsung iaitu En Shazwan Abdul Rahim, beliau akan bertolak ke Kelantan dijangka pada hari Ahad ini untuk membuat persiapa terakhir di peringkat cawangan.

'

di peringkat ibu pejabat, beberapa bahan cetak telah disediakan seperti :

'

buku program ; tinggal nak lipat sahaja

'

borang kaji selidik ; siap sepenuhnya

'

tag nama ; tinggal nak masuk dalam plastik n tali

'

ada beberapa bahan cetak yang perlu dicetak di luar iaitu backdrop dan banner 'Selamat Datang'. bahan-bahan ini akan di bawa oleh En Shazwan untuk diserahkan kepada pihak cawangan bagi tindakan seterusnya.

'

senarai peserta sudah diterima daripada pihak cawangan dan dijangka seramai 16 orang peserta dalam bidang kraf perak akan menyertai bengkel ini.

'

semoga semuanya berjalan dengan lancar. terima kasih kepada pihak PKKM Kelantan dan anggota kerja yang sama-sama bakal menjayakan bengkel ini.

'

'

sibuk sibuk di bahagian usahawan

sekarang ni semua anggota kerja bahagian usahawan sedang sibuk sibuk untuk aktiviti masing-masing. yang aktiviti bt dengan aktiviti mereka, yang laporan dengan laporan nya, yang bantuan dengan bantuan nya, yang turun peruntukan dengan turun peruntukan nya, yang design dengan design nya lah kan.

'

next week akan ada dua aktiviti bimbingan teknikal anjuran Bahagian Usahawan yang melibatkan dua negeri iaitu;

'

1. Bimbingan Teknikal Sculpturing Dalam Penghasilan Paten yang akan diadakan pada 25 - 29 April 2011 (5 hari) bertempat di PKKM Cawangan Kelantan. Bengkel ini akan memberi fokus kepada penghasilan paten bagi produk aksesori kraf perak.

'

2. Bimbingan Teknikal Produk Anyaman Rotan yang akan di adakan pada 26 - 29 April 2011 (4 hari) bertempat di Inkubator Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Bengkel ini berfokus kepada penghasilan produk Bakul Buah, Bakul Dobi, Beg Rotan, Bekas Hantaran, Bekas Buah, Bekas Lilin dan Bekas Telur.

'

Produk-produk yang akan dihasilkan dalam aktiviti bengkel ini adalah menjurus kepada pemasaran semasa berlangsungkan Promosi Kerja Kahwin yang dijangka akan diadakan pada 26 Mei - 6 Jun 2011 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

'

semoga dengan adanya bengkel-bengkel ini, akan dapat membantu pengusaha kraf di bawah bimbingan Kraftangan Malaysia dalam penghasilan produk yang berorientasikan perkahwinan dalam pasaran semasa.

'

Ameen

Jawatankuasa Penilaian Harga

sekarang sedang berlangsung

'

Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Harga

Sebut Harga Bagi Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji Dan Mentauliah Mesin-Mesin Dan Peralatan Memproses Kayu Untuk Bengkel Usahawan Seni Ukir Bakawali Di Besut, Terengganu
' keanggotaan ' Pengerusi : Pn Siti Nurshahrul Hj Sarom - Akauntan Unit Kewangan ' Ahli : Pn Azlin Abdul Aziz - Penolong Pengarah Bahagian Usahawan En Mohd Johan Kosnan - Penolong Akauntan Unit Kewangan ' Urusetia : Pn Masnainiza Muhamad - Bahagian Usahawan '
____________________________________________________________________


usahawan yang berminat untuk membuat permohonan dan mempunyai sebarang pertanyaan bagi insentif bantuan membekalan mesin / jentera dan prasarana boleh terus berhubung dengan pegawai penyelaras di Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri di seluruh Malaysia atau terus berhubung dengan pegawai penyelaras di Bahagian Usahawan Ibu Pejabat : -

'

Pn Azlin Abdul Aziz samb. 144

En Syed Mohd Daniel Sayd Dasuki samb. 167

Takwim April Dan Mei 2011 - Bahagian Usahawan

Pada bulan April dan Mei 2011, Bahagian Usahawan telah membariskan beberapa aktiviti Bimbingan Teknikal (BT), Orientasi Pengeluaran (OP) dan Kursus Keusahawanan (KK) yang akan dilaksanakan di seluruh negara seperti di bawah:-

'


APRIL



  1. BT Enameling (Tatahan Serbuk Permata) > Selangor > 11 - 15 April

  2. BT Produk Baru Kemasan Black Pot > Perak > 19 - 23 April

  3. BT Teknik Sclupturing Dalam Pembuatan Paten (Fasa I)> Kelantan > 25 - 29 April

  4. OP Pembuatan Produk Cenderahati Tembaga > Terengganu

'


MEI



  1. BT Pembuatan Produk Aksesori manik > Sabah > 2 - 6 Mei

  2. BT Fesyen Pakaian Moden > Negeri Sembilan > 3 - 7 Mei

  3. KK Peningkatan Keusahawanan Cemerlang Zon Utara > Kedah > 5 Mei

  4. BT Pembuatan Acuan Seramik > Perak > 9 - 13 Mei

  5. BT Pembuatan Produk Enamelling > Selangor > 7 - 10 Mei

  6. BT Pembuatan Produk Daun Getah > Terengganu > 7 - 13 Mei

  7. BT Produk Reka Corak Batik Terap Kombinasi Canting > Kelantan > 10 - 12 Mei

  8. KK Peningkatan Keusahawanan Cemerlang Zon Timur > Kelantan > 16 Mei

  9. BT Teknik Sclupturing Dalam Pembuatan Paten (Fasa II) > Melaka > 16 - 20 Mei

  10. BT Pembuatan Acuan Seramik > Sabah > 16 - 20 Mei

  11. BT Teknik Aplikasi Bahan Pewarnaan Asli >Sarawak > 21 - 25 Mei

  12. BT Teknik Spin Casting Ke Atas Produk Pewter > Melaka >21 - 23 Mei

  13. BT Produk Reka Corak Batik Terap Kombinasi Canting > Melaka>23 - 25 Mei

  14. BT BT Pembuatan Produk Coffee Set / Tea Set > Perak> 23 - 27 Mei

  15. BT Pembuatan Produk Tembaga > Terengganu >23 - 27 Mei

  16. BT Pembuatan Produk Aksesori Filigree Perak > Kelantan > 28 Mei - 1 Jun

  17. BT Pembuatan Produk Pewter > Melaka > 30 Mei - 3 Jun

  18. BT Teknik Pemadanan Warna Anyaman > Terengganu > 30 Mei - 2 Jun

  19. BT Produk Kelangkapan Rumah Berasaskan Batik >Kelantan > 31 Mei - 2 Jun

  20. OP Pembuatan Kotak Kertas Buatan Tangan > Kedah

  21. OP Pembuatan Produk Cenderahati Pewter > Terengganu

  22. OP Pembuatan Produk Aksesori Filigree Perak > Kelantan

  23. OP Produk Enamelling > Kelantan, Terengganu, Selangor

  24. OP Produk Baru Kemasan Black Pot > Perak

'


Nota :- * Tarikh dan masa adalah tertakluk kepada perubahan.


** Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.


'


'


___________________________________________________________________


sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan pegawai penyelaras aktiviti iaitu


~ BT / OP - En Shazwan Abdul Rahim - 03 -2162 7459 samb. 283


~ KK - Pn Azlin Abdul Aziz - 03-2162 7459 samb. 144

Bengkel Bimbingan Teknikal Pewarnaan Daun Getah

Tajuk : Bengkel Bimbingan Teknikal Pewarnaan Daun Getah

Tarikh : 20 - 23 Mac 2011

Tempat : Pusat Inkubator Kuala Pilah, N.Sembilan
'
Objektif pelaksanaan bengkel ini adalah memberi pendedahan kepada pengusaha kraf berkaitan teknik pencelupan warna pada produk daun getah di samping memperkenalkan tema warna pastel ke dalam pasaran bagi produk daun getah.
'
Tenaga pengajar bagi bengkel ini adalah Encik Yusof Ahmad dari Syarikat Garden Gallery dengan penyertaan seramai 41 orang pengusaha daun getah dari seluruh negara dan 8 orang pereka Kraftangan Malaysia.
' ' Gambar sepanjang bengkel berlangsung '

keseluruhan peserta bengkel bersama En. Mat Rasul Sidek (Timbalan Penagrah Bahagian Usahawan), En Ali Mad Jais (Pengarah PKKM Negeri Sembilan), Pn Hjh Zainabon Ismail (Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan, RISDA), En Yusof Ahmad (Tenaga Pengajar)

' diantara proses yang dilakukan sepanjang bengkel berlangsung '
perbincangan tiga penjuru diantara En Mat Rasul, Pn Hjh Zainabon dan En Yusof

'
di antara produk-produk daun getah yang telah dihasilkan
'

' Adalah diharapkan bengkel ini telah memberi manfaat kepada pengusaha daun getah yang hadir dalam penghasilan produk berasaskan daun getah dengan warna-warna tema pada tahun ini.