# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #
Laman Utama » , » Taklimat Projek OP Barang Kemas Perak di Kelantan

Taklimat Projek OP Barang Kemas Perak di Kelantan

Pada 4 Disember 2011 (Ahad) yang lepas, Bahagian ini telah mengadakan taklimat Projek Orientasi Pengeluaran (OP) Barang Kemas Perak kepada pengusaha di Kelantan bagi tujuan pengeluaran produk untuk pasaran Hari Kraf Kebangsaan 2012 yang akan datang.  Taklimat tersebut telah diberikan oleh En. Ahmad Yani Othman dari syarikat Suen Jewellers dari segi rekaan dan dibantu oleh En. Tuan Azmi Tuan Ismail dari segi teknikal pembuatan.

Sehari sebelum sesi taklimat diadakan, pihak Bahagian Usahawan Ibu Pejabat yang diwakili oleh Puan Masnainiza Muhamad telah melawat ke dua (2) buah bengkel usahawan iaitu bengkel syarikat Seni Kraftangan Timur dan bengkel En Nasar Che Musa (Ayah Su) bagi tujuan melihat dengan lebih dekat proses pengeluaran yang dilakukan oleh pengusaha kraf perak, Kelantan.


Lawatan ke bengkel syarikat Seni Kraftangan Timur.

Lawatan ke bengkel En. Nasar Che Musa (Ayah Su)

Sesi taklimat ini telah melibatkan seramai 10 orang pengusaha dan memberi fokus kepada pengeluaran produk barang kemas perak lelaki dan wanita.  Sesi taklimat tersebut juga melibatkan pembahagian dan perbincangan berkaitan rekaan yang kemudiannya diagihkan kepada pengusaha kraf untuk tujuan pengeluaran.


Sebahagian pengusaha kraf bidang kraf perak yang hadir sesi taklimat projek OP.

Pengusaha kraf sedang mendengar taklimat yang diberikan oleh En. Ahmad Yani, turut serta dalam gambar adalah En. Juhari Azmi (Timbalan Pengarah PKKM Kelantan), En. Mohamad Bin Salleh dan En. Nik Abd Aziz dari PKKM Kelantan.

Semasa sesi taklimat tersebut juga, beberapa produk contoh telah ditunjukkan kepada pengusaha sebagai rujukan kualiti dan kemasan yang perlu dititikberatkan.

Pembahagian dan perbincangan rekaan oleh pengusaha kraf.

Taklimat tersebut juga melibatkan sesi asas pembangunan rekaan bagi memberi pendedahan kepada pengusaha dalam mempelbagaikan penghasilan produk.

Taklimat tersebut telah berakhir pada jam 3.00 petang dengan pengusaha kraf mendapat amanat dari Pengarah PKKM Cawangan Kelantan berkaitan hasrat Kraftangan Malaysia dalam mempertingkatkan industri kraf barang kemas perak di pasaran domestik dan antarabangsa.


Pelapor : Masnainiza Binti Muhamad

No comments:

Post a Comment