# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #
Laman Utama » , , , , , » Bengkel BT Teknik Reka Corak Batik Terap Kombinasi Canting (Imej Fotografi)

Bengkel BT Teknik Reka Corak Batik Terap Kombinasi Canting (Imej Fotografi)

Pada 6 hingga 8 Disember 2011 yang lalu, bertempat di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Kedah, Bahagian Usahawan Ibu Pejabat dengan kerjasama pereka dari Bahagian Rekaan, En Shukri Mamat dan Timbalan Pengarah PKKM Kelantan, En Juhari Azmi telah menganjurkan Bengkel BT Teknik Reka Corak Batik Terap Kombinasi Canting (Imej Fotografi).



Bengkel tersebut telah disertai oleh seramai 17 orang pengusaha kraf bidang batik dari empat (4) buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dan telah dirasmikan oleh En Faizul Azha Ibrahim, Pengarah PKKM Cawangan Kedah.

Objektif bengkel ini diadakan adalah memberi pendedahan kepada pengusaha kraf bidang batik dalam penghasilan produk-produk baru batik dengan menggunakan teknik batik terap kombinasi canting yang juga dipanggil dengan nama Imej Fotografi.


Tujuan bengkel ini dianjurkan adalah untuk mewujudkan produk-produk baru batik di pasaran terutamanya sempena aktiviti Promosi Hari Kraf Kebangsaan tahun 2012.  Pengusaha kraf diajar dari langkah pertama dalam pemilihan subject matter sehingga ke langkah melilin, mewarna, merebus dan kemudiannya menjadi produk siap.


Diantara produk-produk kain pasang yang berjaya dihasilkan sepanjang bengkel berlangsung.  Produk yang dihasilkan tidak dapat disiapkan sepenuhnya disebabkan masa yang terlalu singkat bagi satu-satu proses yang dilakukan.


Adalah diharapkan pengusaha yang menyertai aktiviti bengkel ini dapat mempelajari teknik yang diperkenalkan dan berusaha untuk mengeluarkan produk tersebut untuk dipasarkan semasa berlangsungnya Hari Kraf Kebangsaan yang dijangka akan diadakan pada 28 Mac 2012.


Penyelaras Projek : Siti Fatimah Zaharah

No comments:

Post a Comment