# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #
Laman Utama » » Taklimat Awal Bengkel Bimbingan Teknikal Fesyen Pakaian Komersil

Taklimat Awal Bengkel Bimbingan Teknikal Fesyen Pakaian Komersil

Pada 28 Oktober 2011 yang lalu, Bahagian Usahawan mengadakan taklimat awal kepada usahawan-usahawan yang menyertai Bengkel BT Fesyen Pakaian Komersil yang akan diadakan di Kolej Legenda, Mantin, Negeri Sembilan pada pertengahan bulan ini. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk membolehkan usahawan memilih rekaan pakaian yang bersesuaian dengan kemahiran masing-masing, penyerahan paten pakaian dan juga bahan mentah (kain) untuk dijadikan batik yang mengikut konsep warna Pop Art.




Sesi taklimat dimulakan dengan penerangan ringkas berkaitan bengkel oleh Puan Roshaida , dibantu oleh Cik Siti Fatimah Zaharah dalam urusan penyelarasan sampel-sampel warna dan penyediaan peralatan lain.




Anggota kerja dari Bahagian Rekaan iaitu Puan Intan Suria, Cik Aida  dan Cik Shada juga membantu dalam aspek memberi penerangan terperinci melalui tayangan slide berkaitan jenis-jenis rekaan yang disediakan, pemilihan warna dan motif serta penggunaan bahan fabrik yang sesuai untuk dibuat pakaian.




Usahawan yang hadir ke sesi taklimat ini terdiri daripada usahawan dari Selangor, Terengganu, Kelantan, Perak dan Kedah.




Usahawan juga diberi peluang untuk melihat prototaip pakaian yang dihasilkan oleh Bahagian Rekaan bagi tujuan rujukan.





Pengarah Bahagian Usahawan, Encik Ibrahim bin Haji Ismail turut meluangkan masa bersama-sama usahawan diakhir sesi taklimat tersebut.


Sumber : Puan Roshaida / Cik Siti Fatimah Zaharah



No comments:

Post a Comment