# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #
Laman Utama » , , » Bengkel Bimbingan Teknikal Susulan Fesyen Pakaian Menggunakan Kemasan Jahitan Tradisional Johor

Bengkel Bimbingan Teknikal Susulan Fesyen Pakaian Menggunakan Kemasan Jahitan Tradisional Johor


Bengkel Bimbingan Teknikal (BT) susulan ini telah diadakan di PKKM Cawangan Johor pada 9 - 11 November 2011 yang lalu. Pemilihan peserta (penjahit) berdasarkan kepada tahap kemahiran dan komitmen peserta semasa bengkel-bengkel jahitan terdahulu. Seramai 6 orang penjahit telah dipilih yang merangkumi kawasan Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kulaijaya. Bengkel susulan ini diadakan bertujuan untuk membantu penjahit (usahawan) memperkemaskan lagi hasil pakaian yang dijahit berdasarkan rekaan pakaian yang telah disediakan oleh Unit Fesyen, Bahagian Rekaan.

Pola pakaian yang lengkap telah disediakan sebelum bengkel dimulakan bagi membolehkan penjahit membuat rujukan dan terus memulakan aktiviti pemotongan kain. Cik Shada (Bahagian Rekaan) dan Encik  Haniff bertindak sebagai tenaga pengajar untuk membantu penjahit sepanjang bengkel dijalankan. Setiap tenaga pengajar perlu memfokuskan kepada 3 penjahit.



Penjahit perlu menekap paten pakaian masing-masing dengan bantuan tenaga pengajar dimana ketepatan ukuran amat dititikberatkan supaya mendapat hasil yang memuaskan.


Dengan tahap kemahiran yang ada, pada hari pertama bengkel, penjahit telahpun memulakan aktiviti jahitan dan setiap proses penghasilan pakaian dipantau oleh tenaga pengajar.


Jahitan kemasan menggunakan jahitan tradisional Johor mula dijalankan pada hari kedua dimana proses ini mengambil masa yang agak lama berbanding dengan proses yang lain. Penjahit perlu menggunakan kreativiti masing-masing untuk mendapatkan hasil jahitan / sulaman yang menarik.

                                                                                                                                                                              

Hasil jahitan pakaian dinilai oleh Pengarah PKKM Cawangan Johor, juga diberikan komen oleh tenaga pengajar. Sebanyak 6 rekaan pakaian telah dihasilkan diakhir bengkel ini.

Kiri :  Baju Kurung Moden                                               Kanan :  Baju Kurung Moden (Kain Japan Silk)
Kiri : Baju Kebaya Labuh                   Kanan : Baju Kurung Kedah


 Kiri : Baju Kurung Moden (Kain Chiffon)                                  Kanan : Baju Kurung Pesak

Bahagian Usahawan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua anggota kerja PKKM Cawangan Johor yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang bengkel ini dijalankan. Terima kasih juga kepada usahawan (penjahit) yang telah memberikan komitmen yang tinggi untuk menghasilkan pakaian.

Pakaian ini boleh didapati semasa Hari Kraf Kebangsaan 2012 yang akan diadakan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.


Penyelaras Projek : Intan RH.

No comments:

Post a Comment